Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Cici & Ery

Friday, October 18, 2013

Impian Cici


Waktu ci tingkatan 1-2, ci selalu berangan, nak jadi pramugari. Nak terbang tinggi. Akibat selalu tgk kapal terbang kat awan, lintas rumah mak ayah ci kat kedah. Tgk pulak iklan, pramugari cantik, sopan, kemas, bergaya, ada kelas. Iya, ci tulis kat buku pencapaian, cita-cita : Pramugari.

Nak tergelak kalau fikir balik. Tinggi cukup, muka la kut tak cukup syarat. Pramugari nak putih aje. Hihihi.

Selang beberapa tahun, ,maybe tingkatan 4, ci tgk movie ‘You’ve Got Mail’. Lakonan Meg Ryan dgn Tom Hanks. Meg Ryan ada kedai buku. Terus jatuh cinta nak bukak kedai buku yg ada konsep. Siap lukis plan, layout bagai. Rak kat mana, tempat baca kat mana, story telling session kat mana. Ci tulis jadual, hari ni launch buku sekian2 penulis, esok ada aktiviti story telling, konon nak ajak budak2 suka buku, mcm cici (ci obsess dgn bau buku baru. Sape geng dgn ci?? hihihi)

Satu hari, ci sembang2 dengan kawan2 sekolah, apa nk jadi lepas spm, nak sambung mana. Time tu selalu beli majalah remaja (dewan pelajar kot), ada ruangan pekerjaan. Drg akan elaborate pro and cons jd begitu dan begini. Pro and cons jd chef cthnya, pandai masak, gaji tinggi tp masa cuti susah esp festive season. Mcm gitu la kekdahnya.

So, dok sibuk dgn kawan2 nak jd itu ini, tetiba ci terlintas kat hati. ‘Aku nanti nak anak ramai. Aku nak jadi suri rumah…’

Bukan gatal nak kawen ke apa, takkkk. Hahahaha.

Belajar bersungguh jugak, sama mcm kawan2 ci yg nak jd begitu begini.

Dapat jd pelajar terbaik.

Pelajar terbaik yg pasang impian utk jadi suri rumah.

Haha.

Ini bru kelassss….

Kalah yg nak jd pramugari tadi.

So, sejak ci dh hantar surat keramat ci, ci selalu rasa doubt dlm diri. Lepas ni nak belanja mcm mana, cukup ke makan pakai semua. Boleh survive ke, tak bergaul dgn org luar, mcm mana pulak nanti.

Biasa lah, mcm rama2 yg bru nak kuar kepompong. Takut, teragak2, tatau dunia luar mcm mana.

Ci pegang satu benda. Rezeki itu rahsia Allah.

Mungkin Allah akan uji ci dgn rezeki yg kurang, tp hati yg senang.

Ci rela terima, apa lagi lah yg lebih bahagia drpd dpt besarkan anak2 depan mata.

Sebab itu, bila org rata2 kata sayanggg nya ci, tinggal kerja yg dh lama ci buat ni, ci tak rasa apa-apa.

Sbb apa yg ci akan tempuh nanti, pro and cons, mmg itu impian ci, sedari ci 16 tahun lg.

Oh ya, lg satu impian, nak bukak kedai buku kan. Okey, ci kiv dulu. 

Sebab sekarang ci ada 3 benda nak handle.

Demure Collection, yg ci usahakan dgn dua rakan ci, khas utk penggemar tudung yg labuh dan Insyaallah patuh syariah.

Ciciyaya Collection, koleksi baju kurung utk si comel. Insyaallah akan masuk kain cotton juga.

Little Fingers Shop- educational toys, books utk anak2.

Walaupun kecil, tp setiap satu bawa makna yg besar bg ci.

Alhamdulillah, semua ini rencana dr Allah.