Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Cici & Ery

Wednesday, April 30, 2014

Tropika Herbal Cream *sticky post*

Assalammualaikum semua.

Rasanya semua dah tahu di Ciciyaya Shop, Tropika Herbal Cream yang paling laku sekali kan. Jika di minggu payday, sehari terjual 40 kotak! Alhamdulillah.

So, apa tu Tropika Herbal Cream?





Tropika Herbal Cream dgn ramuan minyak kayu putih, halia dan herba tropika dapat membantu melegakan kembung perut, batuk, selsema, colics (perut berangin bayi), gatal kulit dan sebarang ketidakselesaan bayi.

Krim ini tidak panas, boleh digunakan dr bayi umur sehari.

Mudah sungguh meresap, tidak melekit.

Krim ini juga berfungsi sebagai vicks, utk mebantu mengurangkan masalah pernafasan spt asma, wheezing, batuk berkahak. hanya sapu di dada dan belakang dada.

Sesuai utk kanak2 yg mempunyai kulit yang sensitif.

Sapu setiap kali lepas mandi atau bila2 diperlukan. 

Si manja akan selesa sepanjang masa. :)

Harga: RM39.90 sahaja.




Do like my page Ciciyaya Shop utk testimoni dan produk lain dr Tropika dan Herbasuci ya.

Ciciyaya merupakan sub-stokis untuk Tropika dan Herbasuci. :)

Wednesday, April 16, 2014

Menari dalam Kesulitan.

Someone pm ci beberapa hari lepas, meluahkan perasaan, bercerita keluh kesah. Bukan dia memburukkan sesiapa, setakat nak bercerita, dan minta ci dengar.
Perasaan itu, ci kenal sangat.
Rasa penat, rasa mcm dah tak boleh teruskan.
Rasa mcm letih longlai, rasa mcm buntu.
Rasa kecewa dgn diri sendiri, rasa hilang diri sendiri.
Rasa buat semua benda salah.
Rasa nak marah.

Sebenarnya, bila ci dgr cerita dia, ci teringat cici dalam page yg sama.
Ci pernah ada di situ.
Ci pernah menyampah dgn diri sendiri.
Benci.
Pernah tanya Allah, apa dosa ci, sampai besar sgt dugaan.
Childish ckit time tu; mana tak childish nya, i was not in a good shape. Nak fikir apa pun tak boleh dah. :(

Sampai satu ketika, ci sedar dan faham.
Takde satu benda dalam dunia ni yg Allah buat silap.
Tak ada.
Semua bersebab.
Semua nya.

Dan semua kesulitan, kesusahan kepayahan itu akan bawa kita ke stage lain.
Mungkin yg indah tu kita dpt balik di dunia ni, mungkin jg Allah nak reserve kat akhirat.
Kita pun tak tahu.

Yg Allah bgtau, sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu ada kesenangan.
Dalam duit tak ada, Allah bg badan yg sihat.
Dalam kita demam, Allah bg naik pangkat.
Something, somewhere, mesti ada yg senang.
Cuma kita shj kena biasakan diri bukak 'hijab'.

Dan iya, satu benda yg ci belajar, kita perlu 'menari dalam kesulitan'.
Bila dalam susah, bangun dan kata 'Alhamdulillah, Allah sayang aku.'

Eventually, semua perkara akan berlalu, akan lepas, akan selesai, cuma kita sahaja yg pilih mcm mana, dgn mood apa, dgn keadaan mcm mana kita nak selesaikan.

Dengan air mata, atau senyuman.
Dengan kecewa,  atau gembira nya.

Bukan senang nak belajar gembira dalam susah. Ci tahu.

Notakecil: Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin. :)