Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Cici & Ery

Thursday, May 29, 2014

Sakit Jiwa...

Dear mommies, 

Susah utk kita sorok perasaan bila baca psl anak 6 tahun kena pukul, simbah air panas smpai meninggal oleh ibu sendiri kan.
Berkecai rasa hati.
Ci cuba takmau fikir dalam2 sgt, apa yg ibu dia fikir bila buat anak sendiri mcm tu.
I really think that she's not in her best shape. Mana ada ibu yg sihat dan waras tergamak buat mcm tu.
Cici pun pernah marah anak ci.
Anak ci pun pernah buat salah.
Setiap kali, ci doa yg ci takan kalah dgn rasa amarah.
Yup, because it will turn you into an ugly person.
Doa ci utk anak kecil itu. Tempat nya di syurga.
Doa ci utk si ibu. Semoga dia kembali waras dan rindukan anaknya. Semoga dia sedar yg dia dah kembalikan amanah Allah dlm keadaan yg teruk, walhal Allah anugerahkan dlm keadaan sempurna ketika lahir.
Doa ci juga utk si jiran yg dgr tangisan si anak smpai sejam namun tidak mampu berbuat apa2. Semoga dia boleh tidur lena tanpa terngiang2 jeritan di telinga.
Allah. 

Friday, May 9, 2014

Dugaan atau Hukuman?

Kita hamba Allah.
Kita diuji.
Constantly.

Anak2 tak sihat.
Suami tak sihat.
Diri sendiri tak sihat.

Kereta rosak.
Kerja asyik ponteng, bos nyampah.
Business tak jalan, tak menjadi.

Iman turun naik.
Duit tak cukup.
Tengah jalan kena ragut.

Allah.

Bila kita ditimpa perkara yg tak best, selalu kita termangu, ini ujian Allah ke, ini balasan atas dosa? Atas dosa yg mana satu la agaknya.

Ci dgr channel Sis Yasmin Mogahed kat YouTube aritu. Cerita pasal hardship. Is it just a hardship or a punishment.

Meleleh air mata. Sebab kkdg tak sengaja, hati jahat ni terdetik, kenapa la asyik aku Ya Allah. :'(

So, is it just a hardship or punishment?

Wallahualam.
Kita pun tak pasti yg mana satu yg mana.
Which is which.
Tapi, kita boleh agak, dgn cara kita response kepada ujian Allah itu.

Kalau kita sabar, kita redha, Insyaallah, itu hanyalah ujian dr Allah. Ujian yg nak mendekatkan kita dgn Allah. Tanda Allah sayang.

Kalau kita jd moody, cranky, grumpy. Jadi tak boleh nak terima kenyataan. Jadi berang. Kemungkinan itu hukuman drpd Allah.  Indeed, juga tanda Allah sayang. Tanda Allah mahu sucikan dosa, jika kita bertaubat. Tanda Allah rindu nak dgr suara kita merintih berdoa.

Kawan ci pernah kata, Allah jentik sikit, supaya kita ingat kat Dia. True!

Iya.
Cakap pasal ingat pd Allah.
Kadangkala.
Doa lepas solat kita pun mcm pita rakaman.
Dah fix.
Cth : Ya Allah, ampunkan lah dosaku. Amin.
Day in, day out. 5 kali sehari.

Itu dh bkn doa, itu skrip. Yg rutin.
Seharusnya kita spesifik.

Cth: Ya Allah, lembut kan lah hatiku utk melayani anak2 ku. Sekiranya anak2 terjatuhkan barang, terbuat salah, beratkan lah tgn ku. Jauhkan diriku drpd sifat pemarah. Engkau Maha Mengampuni.

Cth: Ya Allah. Murahkan lah rezeki ku hari ini. Aku dah byk melabur utk berniaga. Target masih suku utk dipenuhi Ya Allah. Engkau Maha Mengasihani, Engkau Maha Kaya.

Cth: Ya Allah. Kau lembut kan hati bakal mertua ku Ya Allah. Supaya dia jatuh kasih kepadaku. Demi Allah, aku ingin menjadi sebahagian keluarganya.

Lebih ikhlas. Lebih sentap di jiwa. Lebih cepat sampai.
Insyaallah.

So, next time, the moment something bad knock your door, cakap 'Alhamdulillah, Allah pilih aku utk dugaan besar ini. Sebesar mana pun dugaan, Allah Maha Besar. Aku redha.'

Amin...

:-)

Thursday, May 8, 2014

Salon ooo Salon

Petang tadi bawa anak-anak potong rambut. Seronok tengok salon kat area sri gombak, sederet kedai mesti ada satu dua.

Ci pergi satu salon, tak sure owner melayu or non, tp pekerja semua perempuan melayu.
Hairan jugak sbb yg berbaris tunggu giliran lelaki melayu.
Oh lelaki skrg mmg dh tak main kedai mamak ye, drg pg salon gitu.
Ci senyum kat adik kaunter. Nampak mcm stylo ckit. Kerja salon harus la style up to date kan.
Dia tgk ci atas bawah, 'Ye?'
'Nak gunting rambut... ' ci jawab.
'Sape?'  dia tgk ci pegang tgn Tiya.
'Dia...'
Pause jap, pastu acuh tak acuh,  'kena tunggu lah....'
Ci tak kisah pun sebenarnya.
Seriously, ci bukan jenis cepat melatah kalau org buat 'sekupang lima duit' kata org kedah. Huhu.
Sekali dgr adik2 salon tu mengilai ketawa dgn pelanggan2 lelaki.
Bergurau senda.
Even benda remeh. Merenyeh.
Ci boiled. A bit. Geli telinga.
Terus ci tak tunggu. Tarik tgn Tiya, pergi salon lain.

Salon kedua. Non-malay.
Bila ci bukak pintu, srg staff tanya, 'mau potong rambut?'
'Aah, iye. Dia. ' ci maksudkan tiya.
Dia senyum and sambung potong rambut customer lain.
Kebetulan ada satu family ni dtg sebelum ci, mmg satu family nak buat rambut. Ada yg nak potong, shampoo la bagai.
Without any direction, ci n tiya duduk kerusi depan cermin.
Staff ramai, tp semua busy.
Lalu-lalang depan kami tanpa senyum, tanpa bgtau berapa lama lg nak tunggu. Or berapa ramai lg baru turn kami.
Kami jd invisible selama beberapa minit kat situ.
Ci bangun.
Tarik tgn tiya, pergi ke pintu. Keluar terus.

Last2, along bawak ke kedai barbershop mamak yg paling hype kat sri gombak.
Kakak bawak ke Kwik AU2, yg masuk kedai terus takde mukadimah, zapp zapp zuss potong cantik terus. Nama pun kwik (quick)  kan. Hihihi.

Cerita ni dari kaca mata pelanggan.
Betapa dua kedai ni hilang satu dua keynote penting dlm berniaga.
Keramahan kpd semua pelanggan.
Timbang-rasa.

Tak rugi buat baik. Lagi baik lagi bagus.
Tambahan pula business salon yg sgt memerlukan return customer.

Haih.
^_^

Wednesday, May 7, 2014

Priority

Malam-malam ci skrg dipenuhi dgn dialog bersama diri sendiri.
Apa yg betul ci buat, apa yg kurang.
Ada termarah anak2 ke, terkasar ke, ter neglect ke.

My oh my, working at home while raising 3 kids was never near to easy.
Mcm kena tarik semua anggota, in different directions.
Sorang tgh makan, sorang nak poo-poo.
Sorang nak bf, lg sorang jerit nak makan.
Haha. Precious sungguh! :)

Nak mudah, bukak tv, bg ipad.
Tp nanti Allah tanya apa ci dh buat dgn amanah yg Dia bg, apa yg ci nak jawab.

So, bila ci nampak org maju dr ci, yg dh ke depan, Ci takleh tepuk meja dan kata 'Eh, I should be there...'

Well, probably I should.
But, sadly, I can't.

Honestly, kkdg, dalam hidup ni, kita takleh dpt semua (walaupun kita nak...).
Mesti kita akan korban salah satu. Kos lepas org kata.

My kids are my top priority.
They are the reason I have strength to sent resignation letter.
The reason I have guts to let go all my privilege, my free time, my career.

Although ci ada bisnes, ci ada projects going on, semuanya lepas uruskan mereka.

:-)