Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Cici & Ery

Wednesday, October 29, 2014

Muslim Parent's Guide to the Early Years


Membesarkan anak2 memanglah mencabar dan memenatkan. 
Selalu kita terperangkap dalam soalan 'adakah cara aku betul?' 
Nak marah, bagaimana marah yg membina, yg mana marah yg membinasa.
Setakat mana hukuman yg dibenarkan Islam? Dan bukan main pukul sahaja utk lepaskan marah.

Cici faham dalam keadaan berdepan dgn anak2 yg menduga kesabaran, letaklah teori mana sekali pun, kita senang hilang arah. 
Tapi, tak salah penuhkan ilmu di dada dan jiwa. 
Dan doa, semoga ianya berguna, bila masanya tiba.

The Muslim Parent's Guide to the Early Years.

Bukan sahaja buku guidance utk cara didik anak (intelektual, emosi), dan cara menjaga fizikal anak, tapi juga bagaimana utk menerapkan nilai-nilai Islam dlm jiwa sejak dari kecil. Solat, sedekah, Al-quran wuduk dan sebagainya. 
Bagaimana pula nak menjadi kan kita sebagai contoh teladan, bukan hanya ibu abah yg memberi arahan begitu begini.

Buku yg penuh info, yg wajib dimiliki. 
Harga RM40 sahaja.

Kat mana nak beli? Boleh dapatkan di Ciciyaya Shop



Whatsapp / Telegram 016-3313290 utk order ye. 










A trip to Pusat Sains Negara.

Assalammualaikum lovelies!

Bagi yang merancang nak bawa anak-anak jenjalan waktu weekend, ci suggest Pusat Sains Negara. Kami pergi countless time dah, sebab anak-anak memang enjoy main/explore kat situ. 

First time pergi mmg utk explore pameran-pameran yg best kat situ, lepas tu pergi sebab nak main kat playground yg besar. hihihi. Ci pun tatau kenapa, tapi, bila ci pergi je, mesti tak berapa ramai org, so sangat selesa nak bawak anak-anak kat situ.

 Kebetulan hari yg kami pergi tu, ada pulak divers tgh posing dalam fish tank yg besar kat entrance pusat sains negara.

Masuk je ke kawasan pameran, anak-anak ci menerpa ke sebelah playground utk toddler. Kawasan ni utk kanak-kanak bawah 4 tahun aje, sebab tu mainan dia kenit-kenit. Please jangan dtg sini pakai stoking lembap or kaki basah, sebab kawasan ni covered with carpet, bau senang naik. Macam hari yg ci pergi tu hmphhhh *tutup hidung*. 



Ada banyak giant instruments utk anak-anak explore. Setiap bahan pameran ada description dia. So, mak abah kena la rajin explain. Bukan rajin bawak, tapi tinggal anak-anak main sendirian. hihi.


Kat ctu kalau tekan-tekan kuar bunyi langau la, belalang la. Comel sgt tgk cik piya terkejut. hihihi.


Ni kawasan marine. Ada sub-marine dgn sampan sebelah dia. Mak-mak yg tinggi mcm cici careful ye, kawasan ni siling dia rendah, jangan main kejar anak tak tgk atas, terhantuk pengsan nanti. hihihi.



Okey yg ini kawasan utk anak-anak 5 tahun ke atas. playground ni besar dan tinggi. Ada slide dr atas turun ke bawah. Make sure anak tak gayat. ke mak yg gayat? hihihi.

Sebelah tu ada stage, kkdg ada pertunjukan sains, ada pameran. Penonton boleh join, boleh jawab kuiz, best sangat! Ada sekali kami datang, dia bawak keluar ular jinak. Boleh memain dgn ular tu, kalau berani la. huhuhu.

 Oh yg ini lagi satu. Foam Factory. Anak-anak boleh main tembak-tembak bola foam. Best tp kalau ramai, make sure anak-anak kita boleh handle keadaan dalam tu, sbb akan jd sedikit crowded dan bahaya kalau ada anak-anak besar yg ganas. ok salah, bukan ganas, tapi overexcited. *kisah benar*


Bila dah masuk, dongak atas tau mommies, cantik betul kubah atas tu. :)



Waktu last time kami pergi, ada pameram mcm CSI ni. Best kalau anak-anak join sekali, esp anak-anak yg dh bersekolah. Sebab by end of the exhibition, kita kena teka siapa yg bunuh siapa sebenarnya.


haaaa....dia ni la mati....satu kerja pulak nak cari pembunuh awak nih. huhuhu.


Kids' Discovery Place ni mcm tempat utk anak-anak bawah 5 thn, utk explore bahan experimen kecik-kecik, kkdg boleh mewarna, boleh main stamp, boleh main titi gantung, ada slide show. Tgk rezeki waktu datang, apa yg drg sediakan. Waktu kitaorg pg, ada mian stamp and jigsaw puzzle.

Luas dan mcm biasa, tak crowded. Ibu approved. :)




Oh terselit ibu di situ. Tompanggg laluuuu...








A the end, selalunya kami akan keluar main kat Wonderland, mcm waterpark kat luar. Yang tu cerita lain pulak ye.

Oh, kalau pegi, jangan lupa makan ns ayam kat food court. Serius sedap rs mcm butter. Tapi kalau nk avoid toyshop, waktu keluar tu, jangan belok kiri. haha. Warning siap-siap. :)

Till then, Assalammualaikum. :)

Tuesday, October 21, 2014

DIY Mask- Utk Lembutkan Wajah, Kecutkan Jerawat.

Assalammualaikum lovelies!

Semalam belek cermin, ada mcm bengkak merah tepi hidung, bila tekan-tekan mcm sakit. Huwaaa...jerawat pulak dah nak tumbuh. Time ni la kelam kelibut (org kedah kata) nak bg kecut. Dia tak naik lagi dah nak bg kecut. haih. hihi.

Bulan ni cycle tak betul lagi, still hanky panky since ci fully bf safiyya. Now ci dh start pump utk anak susuan, so mungkin hormon tu jadi lain skit. Or mungkin ci over-stress (tgk Insidious sampai berkerut2. heee). Or mungkin makan junkie banyak sangat (what i mean by junkie is my kids' leftover. haha).

Apa pun reason nya, kita kena banteras sebelum melarat, no? 

So, cici pun buat my diy-non-google-recipe kind of mask. hihi.

Ready? 

Bahan-bahan:

Lemon (perah)
Satu sudu Oats
Satu sudu rosehip oil (cici ada jenama Cosmoderm- boleh beli kat farmasi)
Satu sudu virgin coconut oil (Tropika) 



Boleh beli di Ciciyaya Shop ye. :)

Ini hasilnya.

Gaul gaul gaul. Then sapu satu muka. Tunggu dalam 15 minit smpai rasa mcm oats agak kering di muka. Berdiri kat sinki, slowly sapu sampai oats yg kering jatuh. urut-urut muka sikit dgn penuh kasih sayang. Pastu basuh muka mcm biasa.

Instant effect! Rasa muka lembutttt sangat mcm baby. Ada toing toing effect gitu. Serius! Tapi jerawat takde kecut terus. Magik sgt tu. hihihi.

Dah kering, pakai segala mak nenek toner, serum, moisturizer, teruss papppp benda ni.

 I am a huge fan of Simplysiti. Yang ni mmg best sangat, cepat je jerawat kecut. Tension yeh, dah 30 pun kena deal dgn jerawat. Rasa mcm remaja belia pulak. eh eh eh. 

Ada lebihan lemon yg dah perah tadi, lekap kat gula perang. Haaa...sebenarnya yg ni boleh jadi scrub. tapi tadi ci scrub bibir. Nak buang kulit2 kering. 




Scrub scrub scrub! Nak jilat bibir pun boleh sbb sedap. Haha.

Bilas mcm biasa. Done! Senang je kan.

The beauty of working at home mom mcm ni la, boleh tempek segala mak nenek kat muka tanpa suami nampak. Nanti dia balik rumah tgk muka bini glowy mowy dewy aje...kannnn....hihihi.



Ececeh...ni ke hasilnya? pakai filter selapis berani la kan. hihihi. Nak jadi model dah tak laku, jadi je la model blog sendiri kekdahnya. :)

Okey sayang-sayang semua. Anak-anak dah panggil. Till then, Assalammualaikum. 



Cici.

Thursday, October 16, 2014

Screaming Free Parenting, boleh kah kita?

Assalammualaikum lovelies!

Terpanggil nak bercerita pasal topik ni, sbb tadi cici rasa nak meletup. hihihi. Anak-anak punya imaginasi kkdg tak tercapai dek akal, kkdg terlebih kreatif sampai tahap ibu pulak nak meletup. Alahai...Hati panas membara, hati mengelegak, rasa nak bertempik.

Tapi.....tapi.....

Teringat pesan seorang auntie yg memang run satu montessori, dia kata 'budak-budak ni hanya dengar 3 perkataan depan je. kalau kita kata 'Kan ibu dah kata bla bla bla, dia akan pick up kan ibu dah aje...pastu dia distract dgn benda lain pula. So, kena precise. Aduh. 

Kembang kempis juga la ibu nak tahan marah. Habis kuat masuk bilik air amik wudhuk, tak pun siram badan sekali lalu, lagi parah kalau nak mengamuk sgt, simbah badan dgn air sejuk dgn baju2 sekali. huhuhu.

So, mcm mana? Relevan tak screaming free parenting utk kita?

Amik cici sebagai contoh, Cici anak bekas Navy. Mak aii kalau marah mcm halilintar. Seingat ci, waktu ci kecik, ci jarang faham kenapa benda tu salah, benda ni takleh buat. Ci cuma tahu bila ci buat, kena tengking. Nampak tak?

Faham dan Tahu adalah dua perkara yg sangat berbeza bagi kanak-kanak.

Siapa lagi lah yg terbaik dalam mendidik anak kalau bukan kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Baginda sangat menghormati, mendidik dgn penuh kasih sayang dan kelembutan.

Iya, tanpa pukulan, tempikan,jeritan, ancaman. 

Tapi, bila org kata, 'naik lemak la bebudak sekarang'. Well, memang benar lah mendidik anak bermula dr dalam perut lagi. Bila dalam perut dah di saji dgn bukan-bukan, dan keluar anak membesar dgn yg bukan-bukan, bila sampai masa utk didik, anak jadi sedikit 'liat'.

Bagi cici, kasih sayang perlu, kelembutan itu perlu, tapi biar mereka tahu batas, biar kita letak ketegasan dalam kelembutan kita.

Lembut, tapi tegas. Sayang tapi tegas.

Ini borderline, duduk tepi takpe, awak cross je, siap! 

haha. just kidding.


Ini buku yang cici recommend utk semua ibu dan abah. Best kupasan buku ni, kalau nak tahu, kena la beli kat Ciciyaya Shop. :)

Any komen boleh drop di komen di bawah ye. :)

Till then, Assalammualaikum! :)

Wednesday, October 15, 2014

Dedicated to my dear daughter, Nur Athirah Raisya...

Assalammualaikum semua!

12 October 2014 aritu birthday anak dara ci yang ke 4 tahun. Dah besar la kakak! Baru je rasa dia duk potpet2 bahasa alien dia sambil menyusu, sekali dah 4 tahun dah. huhu.

Subhanallah. 

Betapa ci bersyukur kepada Allah kerana anugerah Allah ni besar sungguh rahmat-Nya. Kakak seorang anak yg sangat baik, tak pernah melawan, tak pernah tinggi suara kat ibu abah, kalau dia sedih pun dia nangis sorang2 je minta org pujuk dia. Kakak jarang merebut mainan dgn adik, dia sangat bertolak-ansur, even kalau adik (atau Along!) menangis, dia akan pergi peluk, pujuk, tolong tenangkan. Kalau dia nampak ibu atau abah mcm serius skit, dia akan tanya 'nape ibu?' :)




Bila bawak kakak menziarah rumah org, kenduri kakak jarang meragam, kalau ada benda yg tak kena, boleh nampak muka dia cuba sorok. Kalau pergi kedai, shopping complex, kakak sgt jarang minta mainan. Dia kata nak, bila ibu kata tak payah, dia akan turut sahaja. Takde drama involved! hihihi. Ni bukan compare dgn budak lain, ni compare dgn long dia sendiri. huhuhu.

Takde lain yg ibu mintak, melainkan kebahagiaan kakak dunia dan akhirat :)



demi Allah, ibu sayang kakak. :)





Tuesday, October 14, 2014

Abah sayang....tapiiii...abah penat.....

Assalammualaikum semua!

Aritu Cici jenjalan kat kedai buku dengan husband dan anak-anak. Buku aktiviti anak-anak banyak dah habis, buku mak lagi la! haha. Padahal banyak je lagi buku yang tak habih khatam atau boleh je revise balik buku lama. Dah penyakit bookaholic, takleh nak cure dah. Hihi.

Duk belek section bargain, sekali jumpa buku comel nih. 






Terus tergelak! Comel sangat kan!

Ni utk bapak-bapak yang selalu rasa 'adeh la korang ni dah kenapa...!' bila balik kerja dan mula mengadap peel anak-anak yang macam-machammmm. hihi. Kesian korang kan.

Wife yang nak cari hadiah kat hubby, boleh la beli buku ni. Ci tak beli pun. Bila ci tunjuk kat hubby ci, dia macam 'Heh, nak buat apa? Abg banyak idea la!' haha. some sort of in the state of his denial la kut. hew hew. 

Well, seriously, selain kasih sayang dan masa dgn ibu, anak-anak sangatlah perlu kan masa dan perhatian kaum bapa. Sangat!

Time nak manja-manja selalunya anak-anak dgn cici, tapi kalau bab nak nasihat, ci rasa hubby ci nasihat 'jalan' sikit drpd bila cici yg bg nasihat. Power kan abah nih!

In Dads and Daughters, advocate Joe Kelly explains that a father's relationship with his daughter is important because he's the first man she'll get to know in life. In other words, he's the standard for what she'll expect of a man and lifelong partner. Kelly, who is the executive director of Dads and Daughters, a national nonprofit organization based in Duluth, MN, encourages fathers to listen to their girls and -- just as they would with their boys -- be physically active with them. "A father who plays with his daughter -- shooting hoops, kicking a ball around, taking walks together -- is making a payment on an insurance policy that she'll grow up to be confident and strong," he says.

Yang ni memang ci perasan kat anak-anak dara Ci, yang betapa pentingnya abah dalam hidup drg. Bila abah drg balik kerja, Allah, bercahaya je mata. As my hubby is a vry busy working man, dia selalu balik lewat malam, bebudak ni sanggup tunggu. Bila dgr bunyi bukak pintu, berlari mcm nak runtuh rumah, punya la nak sambut abah drg. Yang ibu, selalu jadi org last salam kat belakang. hihihihi.

So, if this post happen to be read by kaum abah, you are important! Sama mcm ibu. Bagi cici, pasangan yg berjaya dalam rumahtangga, ialah pasangan yg bersatu, jadi teammate yg hebat, yang sama-sama tahu role masing2 dalam membesarkan anak-anak. bukan satu lepas tangan kat satu lagi, even worst kalau dua2 lepas tangan, pass pulak kat maid, kat atuk nenek sepenuhnya. Allah.

Okey, nak off pergi join anak2 main poncok-pondok!

Jumpa lagi! :)