Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Monday, September 30, 2013

A Cute little thing called Chicken Pox



*Baca sambil buat chicken dance…hihihi*

Assalammualaikum semua.

Bulan 9 ni merupakan bulan yg paling tragis bagi ci dan family. 4 org serentak kena chicken pox!

Lepas je cuti hari raya, hantar anak2 ke nursery. Baru dua jam kat nursery, teacher call, bgtau abglong ayit dh kena. Terus pegi amik dia. Dah nampak naik kat muka, tepi mata, instantly. Memula ci pelik, baru je hantar td dlm keadaan sihat, ni dah kena chicken pox lak. Later that I know, mmg chicken pox happen that way. Instantly! Oh yes, that fine day was the start of sumthing so dreadful.

Day 1, ayit start demam. Panas jugak, smpai lembik dia. Lepas makan ubat (pcm and anti-viral), sapu calamine, terus dia main mcm biasa.


Week 1, week 2, takde tanda2 sesapa pun akan berjangkit. Ayit siap pergi sekolah mcm biasa.

Tetiba, ibu demam.

Ci start demam urat. Tak sedap badan, meloya, sakit  badan yada yada. Bila jumpa doc, dia insist suh ci buat upt. Ohoiii, anak baru 8 bulan dh nak kena buat upt. Mau tak senak perut tgu result. Dalam hati duk karang ayat, kut2 pegnen, apa nak cerita kat family dua2 pihak. Hihihi….result came back negative. Phew!

Khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin….demam ci on-off. Demam jenis sakit urat, menggigil, pastu mmg terpaksa telan pcm, sbb tak tahan.

Pagi Selasa, sekali tgk badan ada biji2 kecik, berair. Ci jerit pggl hubby ci. Hubby ci gelak je, ‘Aik, takan kecik dulu ibu tak kena lagi?’ ‘Haa, ni chicken pox la kan…ibu dh kena time darjah dua. How come?’  Hmmmm…tak payah nak how come sgt dah la….virus sekarang dah melalui proses mutasi, boleh kena kali kedua, kalau badan tak tahan. Kebetulan, mungkin badan ci tak cukup protection. Tak kuat imun sistem. Haih…

Pegi la klinik uia, lepas hantar smua anak ke nursery. Beria tunjuk small bumps kat badan depan doctor. Doktor kata ‘Tak payah selak la, muka awak pun dh banyak…’ Gulp. Muka? Muka yg kalau naik jerawat seketul pun dh kecoh? Yup, selang sejam, small bumps kecik yg berair plus sgt gatal naik kat pipi, dahi, kat area anak rambut. Dok ulang tgk cermin kira bumps, lelama tak terkira dah sbb terlampau byk. Hahahaha…

Day 1, day 2, mmg demam mcm nak m.a.t.i. hihihi…ci boleh berfb sambil layan contraction, dilated 8 cm. Ci boleh berwhatsapp waktu doc jahit bwh. Tapiiiii....Ci tak boleh even pegang telefon pun waktu demam campak. Punya la lembik. Haiyooo…Start day 2, dh byk naik kat badan. Nasib baik dh kawen. Hahahaha….


Muka ci yg mengalami transformasi....hihihihi....byk sungguh dot dot dot..... :)




Week 1, week 2, ci dpt mc. Dalam masa yg sama Tiya pun kena. Tp tiya ni special, demam sehari je, habis naik smua in one day. Pastu terus hilang.

Week 3, ci naik kerja dgn hati yg berbunga2. Walaupun muka berlubang2, but still berbunga2 la.

But Allah has a bigger plan for me.

Safiyya pulak kena.

Allahuakbar.




Lalu bermula lah episode tak best dalam hidup ci.

Nope, tak merungut pun, bercerita aje.

Ye la, hubby ci dh byk kali cuti sepanjang ayit tiya cici demam….waktu safiyya, mana ada cuti dah. Cici pulak bru naik kerja dr mc 2 minggu. Takan nak cuti lg?

Dilema ibu abah bekerja, kan?

Mau takmau, ci amik cuti lg 2 ari. Dan 3 ari berbaki tu hubby ci jaga Safiyya.

Akibatnya sgt tak best utk diceritakan. Pendek kata, tak semua org faham. Yg org faham, kita dh digajikan utk bekerja, kenapa tak kerja? Kenapa kena cuti? Takde tempat ke nak hantar anak, takde orglain ke boleh jaga? Kerja awak, sape nak buat? Sort of like that.

*angguk-angguk, geleng-geleng*

Nak jadikan cerita, Safiyya pulak lambat kuar habis campak dia. Week 2 bru kuar semua sekali.

Rezeki ci dpt suami yg sgt sgtttt byk membantu, di kala ci dh takde cuti nak amik dah. Love u abg... Hihihi…mcm harini, pagi smpai tghari bawak safiyya ke opis, lepas lunch hubby ci bawak balik rumah. Apa lg yg boleh kami buat kan.

Sepanjang sebulan ni, banyak onak duri dh kami lalui. Ececeh….mmg terlampau banyak kepayahan, kepenatan yg kami kena handle.

Penat jaga anak sakit, penat nak jungle masa, penat nak layan org yg tak faham. Serba-serbi penat. Smpai menangis2 ci, mcm budak kecik. Ayayayayaiii....

In the end of the day, semua benda ada hikmahnya. Disebabkan kejadian chicken pox ni, byk benda yg berubah. Byk benda yg kelam-kabut sebelumnya, sort in place. Maybe Allah nak prep ci, utk future yg mungkin lg mencabar. Who knows kan.

Terima kasih mak ayah mak abah yg tak jemu2 dtg melawat, sbb tahu kami mmg kuarantin kat rumah je.

Terima kasih kenkawan yg bg semangat bulan bintang kat ci. Yg pujuk hati supaya ci kuat. 

Special thanx to my adik-beradik, in laws, adik Kina, Kak Erda, Diana.


Dan terima kasih kepada suami ci, my boss, Encik Mohammad Hairy. Pengorbanan dia hanya Allah yg boleh balas. 

:) 

Oh sebelum ci lupa....if this happens you, or your kids, pergi klinik dan dptkan ubat anti-viral. Sumhow ubat tu bg baik cepat. Ibu menyusu takleh makan ye. Letak calamine lotion byk2. Kalau nak guna daun semambu, air beras, kunyit, halba, pun boleh...byk petua utk chicken pox ni. Take care all... *hugs* :)