Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Cici & Ery

Wednesday, November 20, 2013

IIUM Ummatic Global- Art Of Cake Decorating 2013


Dua minggu lepas, kawan ci, Ida Rahayu pm ci kat fb. Tanya ci kalau2 ci nak join pertandingan deco kek. Nak terlepas hp waktu tu, sbb tak terkata apa. Hihihi. I don’t know anything about cake! Kek pun ci tak suka makan, apatah lg nak hias nya.

Last time ci buat kek, tu pun brownies, resepi dpt dr kakak ci, dr Nigella Dawson. Setengah jam pun dh boleh siap. Tu pun brownies ni mmg comot rupa bentuk dia, tak payah nak hias2 bagai. Hihihi.

So, apa yg buat ci masuk jugak?
  •          Nak challenge diri sendiri (macam biasa).
  •          Nak rasa mcm mana berada dalam pertandingan ala2 food network challenge.
  •          Partner ci bukan calang2 org, dia taukey kek. So, dah selamat kat ctu. Hihihi.

Dgn lafaz Bismillah, ci bgtau ‘Okey’ kat kawan ci. Sign up, pay the fee, then tunggu hari pertandingan.
Ada la meeting dua kali, nak discuss pasal how we’re going to do this, the timing, the design, the deco….pastu kebetulan kat kaed ada sweets and candy fair, trus borong daco kat ctu. Semngat waja nih masing2.

Esok dh nak bertanding, arini bru terkial2 tgk youtube ‘how to roll a fondant’.

Hahahahaha

Tarik nafas jap. Sambung gelak balik.

Hahahaha.

Oh Allah. Kenapa la cici oiii…

So yes, berbekalkan HANYA ilmu teori, ci pun pergi contest esoknya. Jd org pertama yg show up. Dlm otak, fondant tu sama mcm playdough. Ulang ayat tu sampai nak muntah. 



Kami di beri meja, nama team kami Cake’s Mommies. Sebab dah mak2 org kan.



Bismillah. First time pegang fondat. Eh, betul la, mcm playdough. Senang shj nak uli, bab nak colour tu a bit tricky. Sbb nak bg colour tu naik, nak bg sebati. All and all, senang ajee…hihihi…thanx to ayu sbb assemble semua, ci just buat as her instruction je. Dia kan mastermind. 







Lepas dah siap semua, kena la present depan judges and students yg penuh dalam main auditorium. Mmg sebijik mcm food network challenge. 

Bab present, pegang mic, mmg cici suka...tp suruh nyanyi, sorryyyyyyy...... hihihi.

'This cake is inspired by our daughters, as both of us are mothers..... ' ayat pun mcm mak mak jeee...

Selepas penat lelah, berpeluh berdiri sejam setengah, apa kami dapat?

Dapat a bit of reality bites, sbb tgk kek2 org lain boleh tahannn…!

Tapi, dah Allah tulis kan.

Kami dapat nombor dua!!!

Yeayyyy!!! *insert bunyi mercun papan.

Alhamdulillah. Sujud syukur.


Muka2 masing2 pun macam eh eh apa yg jadi nih…hihihi….
Hadiah duit RM200.00 dan sedikit cenderamata dr Chef.
Okey la, bahagi dua. Masuk pun melabur RM30 je.


Lepas post dalam fb, mula kawan komen, lepas ni ci boleh la buat kek ke, bukak bakeri ke. Eh eh eh…rasa mcm tak sanggup je. Tangan keras kut. Ci mmg respek, tabik spring kat org yg ambil order buat kek. Kakak ipar ci salah srg nya. Tahap kesabaran sure tinggi kan….nak buat satu hal, nak kemas tu a diff kind of story. Heeeee….

Tapi all and all, dah ada satu persepsi pada diri sendiri. If we push ourselves harder, we can do anything, Insyaallah. :)

Imposibble is nothing. 



Wednesday, November 13, 2013

11 mo.

Dah hampir 11 bulan ci bersalinkan Nur Safiyya Raina. Ya Allah, how time flies. Anak ketiga nih, semua benda dia express.

Dapat tahu pregnant pun express, mengandung rasa express, nak teran pun express, membesar pun rasa lajuuuu je.

She is indeed an easy baby.

Tak susah langsung nak jaga dia. Nak dgr dia nangis teruk pun jarangggg sgt. Setakat ekkk ukkk nak susu, nak ibu tu je lah.

Menyusu senang, tidur senang, makan senang, bawak jenjalan senang.

What more can I ask as a mum.

Yg kelakarnya, dia kamcing sgt dgn abglong dia. Nampak abglong dr jauh dh tersengih2…the moment dia nampak kakak, terus melalak tanak. Hahaha. Teringat relationship ci dgn kakak ci, kak yeya. Waktu kecik kuatnya gaduh, semua benda tak kena. Bila besar dh jadi rapat, mcm bestfriend. Okey, more than best friend.

As for makan, dia dah tanak bubur nasik. Seingat ci, dia la anak yg paling awal reject bubur nasik. Nak makan nasik betul je, yg lembut. Ni saja nak bg senang keja ibu ye? Hihihi. Good girl!

The other day, waktu mak ayah ci ada kat KL. Ci sembang dgn ayah, smbil jaga safiyya kat food court. Abgery time tu bawak ayit n tiya main kat playground.

'Rasa² ayah future husband safiyya tgh watpa la ni? Naik beskal ka... Dok main lego kaa... ' 
Ayah bls 'Tah² dlm perut, tak beranak lg...' 

Possibly.

Hihihi.

Seronok bila predict future anak2. How they will turn up to be. How you want them to be.
Ci berharap anak2 ci membesar sebagai muslim yg sebenar.

Wah…big words sgt. First step? Mesti la ibu kena belajar jd muslim sebenar dulu. Sbb anak2 kita akan belajar melalui teladan. Bukan hanya arahan.

*self-reminder for cici






Oh, ini cici semalam, waktu attend conference for education. nak jugak ootd, fefeling vivy yusoff. hihihi. 

Walaupun bukan conference tu bukan line ci, tp seronok kenal dgn org2 baru, dr bidang yg lain. Mmg la terkebil2 bila drg cakap psl term in education, but still, faham isi cerita dia, so okey lah. Hihihi. 

Dalam education, bukan yg diajar tu shj penting, yg menerima ‘pengajaran’ tu pun sama penting. Dia faham ke? kenapa penting utk dia faham sesuatu itu? Bermanfaat ke ilmu yg nak diajar tu? Or sekadar nak habiskan silibus je?  Kkdg bila masuk kelas, ci selalu tnya, kenapa la kena tahu semua nih. Bukan pakai time kerja pun. Haih.

Ok dah habis cerita psl ni. Krg ngantuk nanti.

Sapa kat sini pengguna Dermagic?

Cici baru je beli trial set semalam. Kes darurat muka kerutu mcm katak puru. 
Tgu seminggu nanti ci buat review.


Eh eh rhyme pulak. Hihihi.

Sunday, November 10, 2013

My bff…where art thou.

Safiyya dah masuk 10 bulan, ni bermakna, dah 10 bulan ‘kawan baik’ ci tak datang lagi.

Waktu Harith, period ci dating balik after 7 bulan.

Waktu Athirah, 1thn 6bulan! Haiyoo. Tu pun dh naik gila tahan senak perut, mcm nak sengugut, tapi tak keluar2 pun. Sekali pergi mengurut, makcik bidan pesan ‘Nanti dh keluar period, jaga2 tau. Senang melekat ni…’ ci senyum kambing mbekk mbekk aje.

Next cycle, period tak dtg. Melekat janin yg nama dia Safiyya. [insert muka safiyya gigi 6 batang kat cni] ;)

After safiyya, now dh 10 bulan, my best buddy tak dtg jugak. Bukan ci mintak pun dia dtg, lagi best kan, takde la insiden ‘messy’ and ‘bloody’, boleh solat takyah cuti. Tapiiii, yg tak bestnya, symptom nak-datang-tapi-tak-datang tu buat ci tak selesa.

Sakit perut. Cramp. Pening kepala. Craving benda merepek. Demam. And all that.

Hubby ci pun dh naik pening. Sekejap nak makan satay, sekejap nak burger, sekejap nak zinger. Hihihi.

If you're breastfeeding, this will help to delay the return of your periods. If you're still breastfeeding day and night, it can be up to a year before you have a period. 

http://www.babycentre.co.uk/x553493/when-will-my-periods-start-after-ive-had-my-baby#ixzz2kJzfrKBS
i am normal. still. :)

A husband.






I post a status that day, and boy, my friends keep asking me about my husband.

Is he like this and that.

Betul ke dia mcm ni mcm tu…Nampak mcm garang. Mcm tak percaya je. Hihihi.

Ada satu hari, ci tanya abgery, ‘Abah, kalau kakak bila besar, dia tanak pakai tudung, abg nak kata apa?’

‘Kalau dia tak pakai tudung? Abah pakai la, pastu abah ikutttt dia ke mana2 smpai dia malu’

Hihihi.

Yes, he’s like that.


The reason why I can give birth to 3 kids in 5 years of marriage, because he’s like that. 

;)


Friday, October 18, 2013

Impian Cici


Waktu ci tingkatan 1-2, ci selalu berangan, nak jadi pramugari. Nak terbang tinggi. Akibat selalu tgk kapal terbang kat awan, lintas rumah mak ayah ci kat kedah. Tgk pulak iklan, pramugari cantik, sopan, kemas, bergaya, ada kelas. Iya, ci tulis kat buku pencapaian, cita-cita : Pramugari.

Nak tergelak kalau fikir balik. Tinggi cukup, muka la kut tak cukup syarat. Pramugari nak putih aje. Hihihi.

Selang beberapa tahun, ,maybe tingkatan 4, ci tgk movie ‘You’ve Got Mail’. Lakonan Meg Ryan dgn Tom Hanks. Meg Ryan ada kedai buku. Terus jatuh cinta nak bukak kedai buku yg ada konsep. Siap lukis plan, layout bagai. Rak kat mana, tempat baca kat mana, story telling session kat mana. Ci tulis jadual, hari ni launch buku sekian2 penulis, esok ada aktiviti story telling, konon nak ajak budak2 suka buku, mcm cici (ci obsess dgn bau buku baru. Sape geng dgn ci?? hihihi)

Satu hari, ci sembang2 dengan kawan2 sekolah, apa nk jadi lepas spm, nak sambung mana. Time tu selalu beli majalah remaja (dewan pelajar kot), ada ruangan pekerjaan. Drg akan elaborate pro and cons jd begitu dan begini. Pro and cons jd chef cthnya, pandai masak, gaji tinggi tp masa cuti susah esp festive season. Mcm gitu la kekdahnya.

So, dok sibuk dgn kawan2 nak jd itu ini, tetiba ci terlintas kat hati. ‘Aku nanti nak anak ramai. Aku nak jadi suri rumah…’

Bukan gatal nak kawen ke apa, takkkk. Hahahaha.

Belajar bersungguh jugak, sama mcm kawan2 ci yg nak jd begitu begini.

Dapat jd pelajar terbaik.

Pelajar terbaik yg pasang impian utk jadi suri rumah.

Haha.

Ini bru kelassss….

Kalah yg nak jd pramugari tadi.

So, sejak ci dh hantar surat keramat ci, ci selalu rasa doubt dlm diri. Lepas ni nak belanja mcm mana, cukup ke makan pakai semua. Boleh survive ke, tak bergaul dgn org luar, mcm mana pulak nanti.

Biasa lah, mcm rama2 yg bru nak kuar kepompong. Takut, teragak2, tatau dunia luar mcm mana.

Ci pegang satu benda. Rezeki itu rahsia Allah.

Mungkin Allah akan uji ci dgn rezeki yg kurang, tp hati yg senang.

Ci rela terima, apa lagi lah yg lebih bahagia drpd dpt besarkan anak2 depan mata.

Sebab itu, bila org rata2 kata sayanggg nya ci, tinggal kerja yg dh lama ci buat ni, ci tak rasa apa-apa.

Sbb apa yg ci akan tempuh nanti, pro and cons, mmg itu impian ci, sedari ci 16 tahun lg.

Oh ya, lg satu impian, nak bukak kedai buku kan. Okey, ci kiv dulu. 

Sebab sekarang ci ada 3 benda nak handle.

Demure Collection, yg ci usahakan dgn dua rakan ci, khas utk penggemar tudung yg labuh dan Insyaallah patuh syariah.

Ciciyaya Collection, koleksi baju kurung utk si comel. Insyaallah akan masuk kain cotton juga.

Little Fingers Shop- educational toys, books utk anak2.

Walaupun kecil, tp setiap satu bawa makna yg besar bg ci.

Alhamdulillah, semua ini rencana dr Allah.





Monday, September 30, 2013

A Cute little thing called Chicken Pox



*Baca sambil buat chicken dance…hihihi*

Assalammualaikum semua.

Bulan 9 ni merupakan bulan yg paling tragis bagi ci dan family. 4 org serentak kena chicken pox!

Lepas je cuti hari raya, hantar anak2 ke nursery. Baru dua jam kat nursery, teacher call, bgtau abglong ayit dh kena. Terus pegi amik dia. Dah nampak naik kat muka, tepi mata, instantly. Memula ci pelik, baru je hantar td dlm keadaan sihat, ni dah kena chicken pox lak. Later that I know, mmg chicken pox happen that way. Instantly! Oh yes, that fine day was the start of sumthing so dreadful.

Day 1, ayit start demam. Panas jugak, smpai lembik dia. Lepas makan ubat (pcm and anti-viral), sapu calamine, terus dia main mcm biasa.


Week 1, week 2, takde tanda2 sesapa pun akan berjangkit. Ayit siap pergi sekolah mcm biasa.

Tetiba, ibu demam.

Ci start demam urat. Tak sedap badan, meloya, sakit  badan yada yada. Bila jumpa doc, dia insist suh ci buat upt. Ohoiii, anak baru 8 bulan dh nak kena buat upt. Mau tak senak perut tgu result. Dalam hati duk karang ayat, kut2 pegnen, apa nak cerita kat family dua2 pihak. Hihihi….result came back negative. Phew!

Khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin….demam ci on-off. Demam jenis sakit urat, menggigil, pastu mmg terpaksa telan pcm, sbb tak tahan.

Pagi Selasa, sekali tgk badan ada biji2 kecik, berair. Ci jerit pggl hubby ci. Hubby ci gelak je, ‘Aik, takan kecik dulu ibu tak kena lagi?’ ‘Haa, ni chicken pox la kan…ibu dh kena time darjah dua. How come?’  Hmmmm…tak payah nak how come sgt dah la….virus sekarang dah melalui proses mutasi, boleh kena kali kedua, kalau badan tak tahan. Kebetulan, mungkin badan ci tak cukup protection. Tak kuat imun sistem. Haih…

Pegi la klinik uia, lepas hantar smua anak ke nursery. Beria tunjuk small bumps kat badan depan doctor. Doktor kata ‘Tak payah selak la, muka awak pun dh banyak…’ Gulp. Muka? Muka yg kalau naik jerawat seketul pun dh kecoh? Yup, selang sejam, small bumps kecik yg berair plus sgt gatal naik kat pipi, dahi, kat area anak rambut. Dok ulang tgk cermin kira bumps, lelama tak terkira dah sbb terlampau byk. Hahahaha…

Day 1, day 2, mmg demam mcm nak m.a.t.i. hihihi…ci boleh berfb sambil layan contraction, dilated 8 cm. Ci boleh berwhatsapp waktu doc jahit bwh. Tapiiiii....Ci tak boleh even pegang telefon pun waktu demam campak. Punya la lembik. Haiyooo…Start day 2, dh byk naik kat badan. Nasib baik dh kawen. Hahahaha….


Muka ci yg mengalami transformasi....hihihihi....byk sungguh dot dot dot..... :)




Week 1, week 2, ci dpt mc. Dalam masa yg sama Tiya pun kena. Tp tiya ni special, demam sehari je, habis naik smua in one day. Pastu terus hilang.

Week 3, ci naik kerja dgn hati yg berbunga2. Walaupun muka berlubang2, but still berbunga2 la.

But Allah has a bigger plan for me.

Safiyya pulak kena.

Allahuakbar.




Lalu bermula lah episode tak best dalam hidup ci.

Nope, tak merungut pun, bercerita aje.

Ye la, hubby ci dh byk kali cuti sepanjang ayit tiya cici demam….waktu safiyya, mana ada cuti dah. Cici pulak bru naik kerja dr mc 2 minggu. Takan nak cuti lg?

Dilema ibu abah bekerja, kan?

Mau takmau, ci amik cuti lg 2 ari. Dan 3 ari berbaki tu hubby ci jaga Safiyya.

Akibatnya sgt tak best utk diceritakan. Pendek kata, tak semua org faham. Yg org faham, kita dh digajikan utk bekerja, kenapa tak kerja? Kenapa kena cuti? Takde tempat ke nak hantar anak, takde orglain ke boleh jaga? Kerja awak, sape nak buat? Sort of like that.

*angguk-angguk, geleng-geleng*

Nak jadikan cerita, Safiyya pulak lambat kuar habis campak dia. Week 2 bru kuar semua sekali.

Rezeki ci dpt suami yg sgt sgtttt byk membantu, di kala ci dh takde cuti nak amik dah. Love u abg... Hihihi…mcm harini, pagi smpai tghari bawak safiyya ke opis, lepas lunch hubby ci bawak balik rumah. Apa lg yg boleh kami buat kan.

Sepanjang sebulan ni, banyak onak duri dh kami lalui. Ececeh….mmg terlampau banyak kepayahan, kepenatan yg kami kena handle.

Penat jaga anak sakit, penat nak jungle masa, penat nak layan org yg tak faham. Serba-serbi penat. Smpai menangis2 ci, mcm budak kecik. Ayayayayaiii....

In the end of the day, semua benda ada hikmahnya. Disebabkan kejadian chicken pox ni, byk benda yg berubah. Byk benda yg kelam-kabut sebelumnya, sort in place. Maybe Allah nak prep ci, utk future yg mungkin lg mencabar. Who knows kan.

Terima kasih mak ayah mak abah yg tak jemu2 dtg melawat, sbb tahu kami mmg kuarantin kat rumah je.

Terima kasih kenkawan yg bg semangat bulan bintang kat ci. Yg pujuk hati supaya ci kuat. 

Special thanx to my adik-beradik, in laws, adik Kina, Kak Erda, Diana.


Dan terima kasih kepada suami ci, my boss, Encik Mohammad Hairy. Pengorbanan dia hanya Allah yg boleh balas. 

:) 

Oh sebelum ci lupa....if this happens you, or your kids, pergi klinik dan dptkan ubat anti-viral. Sumhow ubat tu bg baik cepat. Ibu menyusu takleh makan ye. Letak calamine lotion byk2. Kalau nak guna daun semambu, air beras, kunyit, halba, pun boleh...byk petua utk chicken pox ni. Take care all... *hugs* :)

Friday, April 19, 2013

Promo Little Fingers Shop.... :)

Bg yg bertanya, Little Finger Shop ni sape yg punya?

Jawapan: Cici la yg punya! :)

Dilahirkan kerana minat ci (dan mmg current obsession pun) kepada educational product, especially books, special products (mcm telekung), toys yg bersifat islamik.

Alhamdulillah, pelanggan bertambah. Pengunjung pun bertambah dr sehari ke sehari.

Benda yg baik, apa salahnya kita kongsi bersama. More to sharing the goodness of the product instead of making profit.

Terima kasih kpd yg sudah membeli dan selamat dtg kepada yg baru meng'like'.

If ada sebarang cadangan, do pm cici okey.

Klik klik here: Little Fingers Shop

We deserve to be Happy... :)

Bukak FB sekarang, kita jumpa pelbagai jenis orang.

Kalau dulu, nak compare hidup pun dgn kenkawan dekat, dgn jiran sebelah nyebelah. In case jiran beli tv, kita nak tv jugak. Esok dia tukaq langsir a.k.a tudung tingkap, kita pun sama naik!

Tapi sekarang, kita secara tak sedar meng'compare' life kita dgn sepanjang2 friendlist yg kuar kat timeline...

Tengok couple pegi jenjalan....'Alahai, suwitttt, hubby kiter tak wat cmtu ponnn' trus cebik n label 'hubby aku paling teruk dlm dunia!' isk3...

Tengok org lain pegi butik borong baju yg paling 'in' 'Eleh, esok aku nak pegi jugak lah' trus terjah smpai kering poket tp xsure baju tu seswai ke idak...janji smuaorg pakai, kita pon pakai...aduii...

Tengok anak org comel sgt dress up pakai tutu headband berjuntai... 'Anak aku kalo pakai cmni lgggg comel' trus g online shop shopping segala headband, lamaze, tights legging tutu...anak org pakai, anak kita tak boleh out of season...*tepuk dahi*

When you fulfilling your short term desire, you are happy indeed...but for how long???

Sampai bila nak tgk org and compare...

Sampai bila nak jd mcm org lain dan rasa kalo tak ikut mcm org lain kita jd sgt alien?

Kita yang penat.

Firstly, org jarangggg upload benda yg sedih, masalah, duka lara dia...smua benda are picture perfect (mcm perfect365 la...hihihi)... so yes, org yg kita selalu tgk tinggi tu pun ada downtime jugak sekali-sekala. 

Secondly, if ever terasa mcm 'ishhhh, bestnya jd mcm dia...semua bnda dia ada...awat la aku tak mcm tu' Stoppp!!! Tutup fb/twitter/blog/keek/IG and look around...kalo kita ada bumbung utk berteduh, ada biskut kering utk kunyah, ada hanpon utk tot tet tot tet berhubung, ada tilam toto utk landing, ada pulak hubby and anak2 utk bermanja; Allahuakbar, you are moreeee than  fortunate my dear... :)

You deserve to be happy...

You can be happy, if you be yourself.... :)

Monday, April 15, 2013

After 4 months of hibernation...

4 bulan bg orang lain, mungkin lama....4 bulan bg ci, sekejappp lah sgt berlalu.

Sebulan pertama ci on medical leave, preterm labor threaten. Duduk tgu baby Safiyya kuar.

Sebulan kedua berpantang.

Sebulan ketiga dan keempat, membina bonding maha rapat dgn anak2.

Ya Allah... Indahnya 4 bulan tu, Allah sahaja yang tahu. Ci tgk anak2 membesar depan mata. Anak2 makan apa shj yg tangan ci siapkan. 3 anak bawah jagaan ci, mengajar ci betapa besarnya nikmat Allah beri. Betapa Allah tunjuk ci apa makna sabar, apa makna tahan marah, apa makna teruskan kerja walaupun penat, dan bagaimana tunjuk teladan yg baik, instead of mengarah tak tentu pasal.

Oh yes, anak2 absorp apa shj yg ada depan mata.

Marah anak sbb makan keropk bersepah, tapi atas meja makan lupa nak bersihkan. Tegur anak main toys tak reti nak simpan, tapi kain berlonggok ibu lambat nak lipat.

Yup, ci kata kat diri sendiri.

Sbb sekarang ci faham benar kenapa ayah ci dulu tempelak, kami adik beradik lambat basuh kain, or biar kain dh penuh bakul bru terhegeh2 nak basuh. Sebab dia basuh baju setiap kali dia mandi. Mandi n laundry all one shot, so xde la baju yg bertapuk lama2 dlm bakul. Ayah even xdak pun bakul. hihihi...aah, ayah ci basuh baju dia sendiri. sesuatu yg suami2 lain boleh ambil iktibar.... :)

Begitu lah juga ceritanya dgn solat. Tempelak anak tanak/tak berminat nak dtg ke sejadah baru yg comel yg dibeli. Cuba tgk adakah kita sendiri bergegas ambil wudhuk bila dgr azan; esp kat rumah bila anak2 ada, or waktu azan kita dok melopong tgk tv. Adakah kita selalu berjemaah. Adakah kita ajak anak bersolat sama, adakah kita biar anak tgk kita solat or kita halau anak suruh duduk jejauh.

Kepimpinan melalui teladan.

Apa yg kita buat, mata2 kecil dok pandang je....hihihi... :)

Tough kan. Sgt scary sebenarnya.

Bila Allah beri anugerah, in this case, anak...Allah beri sekali tanggungjawab....  :)

Betapa besarnya tanggungjawab ni, sbb melalui kita lah, sedikit sebnyak mnjadi acuan apa yg anak kita akan jd. Jgn tgk akademik shj, pandai xpandai...tp adakah dia membesar mnjadi hamba Allah yg sejati....

Kalau ya, Alhamdulillah, sujud syukur, tanggungjawab kita dah selesai. Diselesaikan dgn jayanya.

Okey, berbalik cerita ci nak masuk kerja balik....arini hari kedua ci hntar anak2 ke Educare IIUM. yup, all three of them. Ayit ok, Fiya ok. Yang tak berapa okey, is si kakak Tiya...

Banyak kali dh attempt nak hantar, pastu dia demam. Ci rehatkan dia kat rumah. Pastu nak hantar balik ke nursery, at least nak biasakan dia before ci masuk opis balik.

Menangis melalak meraung depan pintu sekolah.

Bila tanya nape kakak tanak g sekolah?

Kakak mayuuuu (maluuu)

Allah, anak dara ci nih.

Fikir2 balik, elok la ada sifat segan silu, pemalu...dia kan anak dara...xde la nanti kena ajar malu pulak bila dh terlebih ramah sgt...hihihi.... :)


Allah...

Bulan ni tanda kami dh 5 tahun disatukan.... 5 tahun dah berlima.... 6 tahun berenam kah?

Hahahaha.... ok gurau.... ;)

Thursday, March 7, 2013

What should i do?

Since Safiyya ada, most of the time ayit and tiya ada dengan ci...bulan march ni, ci dh apply utk cutikan drg dr nursery dan tadika. Bukan sesaja, drg sendiri yg tanak pegi. Menangis melalak tanak pegi sekolah, sampai berpaut kat pintu pagar.

Being an easy baby of 1month old, Safiyya tak banyak meragam waktu siang. Even rumah sebelah tgh renovate, bunyi drill la, org ketam kayu la apa la, Safiyya still manage to sleep well.

Tapiiii.....dia sgt senang bangun bila dengar abg or kakak dia gelak/main...

Ci tidokan safiyya kat ruang tamu, sbb safiyya tak suka duduk dalam bilik sorang2. Kat ruang tamu jugak la ayit n tiya nak main. Bilik sendiri ada, tapi drg lg comfortable utk main depan ibu. Senang nak tunjuk "Ibu tgk niiii...." bila ada benda best or achievement yg drg dapat buat.

Bila adik asyik terkejut dgn suara nyaring kakak n abg, ibu laju je cakap "eh, korang slow ckit boleh?"

Try saying 'please quiet' to a 4yo and 3yo....what do u get? A blur face....cute, but blur....

Hahaha....

The thing is....ayat "eh, korang boleh slow ckit tak?" sama je dgn ayat "korang boleh diam?" Bunyi a bit garang n tegas, but pretty much the same thing.

Kalau sekali, takpe la...kalau dua puluh kali warning mcm tu, mcm mana la ayit tiya nak berkembang. Asyik suruh diammmm je....kan?

Haih....

Mommies out there, what do u do, if you're in my shoe? (I'm size 9 by the way..hihihi....)



Monday, March 4, 2013

Confinement : My way... :-)


Day 46...
Dah merdeka... Dah yabedabedu smlm... Day 45 ci dh sampai PD. Oh well...

Truthfully, i just love being pregnant... In love (scared at the same time) with the delivery mode. I just love the idea, the feeling of motherhood... But,  i hate confinement period...what more can i say... 

Dr anak sulung, ci xberapa lucky utk pantang dlm istilah pantang; kaki rapat, baring sebelah baby, org dtg hidang makanan kt sebelah, 44days of no kerja rumah allowed... From the first week, ci jaga badan ci sendiri (with big help from my hubby)... Masuk anak kedua, a bit nasib baik sbb mak ci dtg tlg... Masuk anak ketiga, first 3 days, mertua ci dtg. Masuk day 4, i'm on my own. Day 5, i already juggling with 3 kids. Fhew!  Lap peluh! Luckily, ci spent another one week kat rumah mertua. After that, i'm on my own again...

Bila sesi tutup pantang on my 42 days, mak bidan ada tanya,  'Ci langgar pantang tak?'... Malu malu alah nak jawap, ci kata' ci langgar semua, kecuali pantang makan shj... ' In other words, ci buat smua kerja rumah, plus jaga smua anak (ayit tiya xmau pergi school)...

Tp, Alhamdulillah, badan ci okey. Takde yg jatuh or turun. Semua kt tempat yg sepatutnya. Lega!

So, in case ada sesapa di luar sana, yg tak bernasib baik mcm ci jugak, here' s some list, yg ci boleh fikir sekarang, on how to deal with confinement with confidence... Ececeh... Okey, here goes!

1. Utk elak baby blues di awal kelahiran, jangannnn duduk srg diri. Kalau terpaksa pantang sendiri, minta suami temankan, or family or jiran or kawan... Make yourself busy, or jgn biarkan fikiran kosong... Membaca boleh membantu. Baca apa2 yg xdak kena ngena dgn kelahiran.. Self motivation, novel ringan yg kelakar (read sophie kinsella perhaps -  beli whole series of Confession of a Shopaholics!  Hihihi)...
2. Jgn tgk tv benda yg merapu yg buat serabut kepala... Musim awards ni byk tunjuk movie pening kepala yg artistic, jangan tengok!
3. Buat simple jadual utk diri sendiri. Bangun pukul berapa, mandi pukul berapa, berbengkung bertungku bila, masak bila,nak pump susu, nak siapkan baby pukul berapa. Jadual ni mungkin akan lari, dan ikut timing baby, but it's okey. At least ada guide.
4. Masak ala kadar.. Lauk pantang mmg ala kadar pun kan. If only kita dh meloya tgk lauk yg sama kita masak, be creative. And still, jgn penatkan diri dgn hanya memasak. Kita kan dlm pantang...
5. Bab main air, ci terpaksa langgaq, sbb ci kena mandi kan depa, kena siapkan, basuh poopoo, basuh kain... Tp make sure kita buat cecepat and pakai stocking right after that. Jgn biar bdn basah lelama sgt.
6. Elak angkat bnda berat. Kalau pun terpaksa, angkat perlahan2... Nak elak dr peranakan jatuh.
7. Jgn tinggal berbengkung, bertungku, berstocking and makan ubat or herba utk selepas bersalin. Sgttt membantu utk pulihkan dalaman.
8. If rasa kebas kebas kaki, rasa seram sejuk, cecepat tungku. Letak minyak panas and pakai stocking. Jgn sampai demam ye.
9. Sabar dan jgn melenting. If anak kita yg lain lasak or sepahkan rumah. Jgn tergesa utk kemas semua. Pesan pd suami utk terima keadaan rumah, sekurang-kurangnya smpai kita agak sihat dan kuat.
10. Rehat kalau boleh... Selama mana yg boleh.  Selama mana yg sempat.
11. Jgn dok gatai pi timbang badan selang sehari.  Huhuhu...
12. U know ur body well. Buat mana yg mampu. Kalau rs semacam, berhenti dan jgn salahkan diri kalau xlarat.
13. Doa dan tawakal....

Yup...ci tau dan faham yg kalau kita tak jaga bdn dalam pantang betul2 nanti tua kita yg susah. Tapi in certain keadaan,  mcm ci ni, mmg terpaksa lalui jugak. Ci pesan kat diri sendiri, yg Allah takan duga kalau kita sendiri tak kuat nak hadapi. Allah Maha Adil....
To my all frens yg tgh dalam confinement period, esp yg kena pantang sendiri,  all the best and good luck. Be happy on whatever conditions u have. We're mothers, we're born to be tough... 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, March 1, 2013

T.O.Y ^_^

43 days of confinement, ci n family singgah Selayang Mall.... 
Niat di hati nak cari baju anak2.  Sebulan lebey xkuar jenjalan, excited bukan main ibu pantang ni. Kira aci la kua umah on 43th... Hihihi...
Being a mother of 2, ehhh 3, ci n hubby dh naik seram kalo pg ke shopping complex. Still traumatized by incident last few months,  ayit mcm kena rasuk bila jmpa kedai toys. Menjerit2 nk beli. Bila dh beli, baru kua pintu kedai, dia campak n nak toys lain. Xnak gaduh or marah dia in public, ci suruh dia pilih toys lain. Bnda yg sama jd, kua kedai trus baling n nak toys lain... Kussss semangat... Leh ilang akal dibuatnya....
So,  we rarely go to shopping complex that we're not familiar with. Setiap selekoh kami kena hafal sbb nk elak laluan red alert, yg ada toys.
Oh no, we're not a strict parents yg mmg xkan beli toys sbb takut anak leka main, xnak baca buku or etc... Ci mmg galakkan main, and believe me, toys dh byk tong smpai kena donate kat org.
2nd reason, ayit selalunya beli atas dasar nak beli. Dia belum ada sense of belonging lg atas toys dia, lom 5 min, dh cabut, dh patah, dh koyak, pastu dia campak. Tiya okey lg, she's only 2y.o. So, dia faham when i say no, means no. Bukan when ibu say no, kna tnya balik why no.. Hihihi...
So, tadi kami jenjalan dgn penuh strategy. 'Elak kawasan red alert'...
But then, u know these people yg rent out shoplot,  drg tau tu jln utama, depan escalator; haaa... Tang tu la nk letak kedai mainan seketol. Dgn lampu liplap, dgn kaler terang2,for sure la budak2 terkesima terpesona... Kan...
Tadi, mmg terpaksa jugak lalui kedai tu. Sbb betul2 sebelah escalator...
Ayit nmpak, dia mcm nak pegi... Dia toleh tgk muka ci... Ci tak kata apa, tp from the look in my face mmg clearly nmpak disagreement.
Ayit kata ' Toys xnak la ibu, dh banyak. Dah beli buku tadi... '
Legaaaa dia dh faham...
Lega xpayah hadap babak2 drama dia melalak depan kedai..
On top of all, after all that lega, ci bangga...
Fhew!  Alhamdulillah...  :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, February 9, 2013

Set Berpantang...

Few friends pm ci tanya set berpantang apa yg ci pakai. Bg yg lum tahu, ci guna Tropical Herbs from Amway.
Dek kena paksa dgn mak and kakak ci nun kat Canada tu, ci beli jugak sekotak. Asal niat nak beli jenama lain.  Kakak ci penah pakai utk anak dia yg no 2 dulu.. Dia punya la recommended. Skrg dia tgh pregnantkan anak ke 4, ci dah pos sekotak utk dia naik kapal selam. Harap sempat sampai b4 dia meletup. Hehehe...
Walaupun ci berpantang sdn bhd, ci still percaya herba2 tradisional, serbuk2 tempek2 kat badan ni... Baru la nampak and rasa mcm org dalam pantang kan.  Ci ngaku ci tak strict sgt, sbb sendiri2 je kan, nak kena uruskan 3 anak lg (byk hari drg xnak pegi nursery sbb tahu ci ada kat umah),  tapi mana yg termampu ci akan ikut dan buat...
Memula yg ci guna, herbal bath n douche... Basuhan bawah tu mmg fresh, esp lepas bersalin. Mana dgn sakit, luka jahitan lagi. Hadoii laaa.. Tips from me, beli bantal nursing or small pelampung.  Utk elakkan kita duduk atas luka tu. Kalo terkena, mmg ouchhhhh...guna basuhan ni,luka cepat baik. By day 5, ci dh leh duduk tanpa nursing pillow ci dah. Herbal bath pun best. Bau mcm teh, tak la kuat sgt. Ci tak bilas dgn air biasa, biar herba tu melekat kat bdn.
Ada herbal tea... Yg ni rasa dia ehem2 mmg mcm herba. Hehehe... Yg hardcore leh minum camtu je, yg xberani mcm ci leh campur dgn madu ye....
Pil ada 2 jenis je, makan after hari ke 10 utk no 1, dan after hari ke 24, utk no 2 punya botol. Ci bru makan yg 1...sepanjang makan, badan rasa sedap, byk kuar angin. Pil tu dlm bentul kapsul, xdak rasa apa trus telan. Hehehe. Ci makan sekali dgn multivitamin, and lepas ni ci nak sambung balik makan obimin. Pil ni xkacau bf pun, sbb sepanjang ci makan, baby xmeragam, susu pun banyak. Alhamdulillah...
Yg ci suka sgt, bengkung amway. Dapat free lak tu. Bengkung amway panjang, senang nak pakai sendiri. Before that, letak pes peramping perut dulu. Bancuh jdkan pes, sapu kat perut, lapik dgn tisu (xnak bg kotor bengkung), then start lilit bengkung. Rasa panas2 sedap je... And after berapa kali pakai, perut makin flat. Yippy! I just love bengkung!
Then ada param n pilis. Pilis ni, utk sapu kat dahi, ci campur ckit dgn bedak sejuk. Sebab nak bg lekat kuat ckit. Takde la berterabur kat baby bila kita bf kan...
Ada sesapa pernah pakai set ni?  Tak rugi kalo beli... Sbb memang best....  :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, February 3, 2013

My Birth Story...18 January 2013

17th January 2013

Pagi tu mcm biasa, siapkan anak2 ke sekolah...bila dh terlampau sarat mcm ni, hubby ci dh tak izin ci duk sensorang kat umah. so, dia bawak ci g site dia. Seribu rahmat ada kwn site, Liza, yg pregnant jugak, leh la borak2 mak buyung sambil tgu hubby habis inspection. Selalunya lepas habis, kami g date makan pagi, or tengah hari, and dia hantar ci balik so ci leh rehat2 sambil tgk tv (of coz channel home & health...leh tgk org beranak hari2) :)

Malam tu sempat ci masak utk family...sambal udang, sup sayur dgn telur dadar... :)

Dan, mcm biasa, contractions dtg on off mlm tu...Hubby ci ckp, kalo tgk ci dh takleh cakap, takleh bangun, takleh jalan, baru nak hantar ci g GMC...huhuhu...dia pun xlarat nak layan false alarm dah kut....

Ci tidur dgn aman sepanjangggg malam.... :)

18th January 2013

Pagi tu pun, mcm biasa, siapkan anak2 ke sekolah. Pegi bekfas dgn hubby kat Fazlina Maju. Ci ingat lg ci pegi 7Elevan lepas tu beli majalah Mami& Baby. Hari tu kawan hubby, Liza takde. So, ci duk srg dalam cabin sambil main fb, baca majalah, sementara tgu hubby. Baby menendang mcm biasa, so ci tak saspek apa2. Siap tgk youtube, how to induce labor naturally. Ada satu video ni, mummy tu practically lompat bintang. seriusly lompat tgi! Dalam hati, ni kalau tak beranak jugak, mau sakit perut nih...hahahaha...

Lunch tu, disebabkan malas, ci ajak hubby lunch lg sekali kat Fazlina Maju. Lepas tu, ci suruh hubby hantar ci balik, sbb rasa mcm a bit penat and ngantuk. On the way balik, ci teringat rojak buah pakcik sri gombak. Ci request nak rojak buah and soya pakcik tu. Kebetulan time tu, pakcik tu tgh on the go, terpaksa la kami kejar smpai pakcik tu berhenti...hehehe...ci pesan letak nenas sekali. No harm pun makan nenas kan, since dh nak beranak pun. Tu pun salah satu nak induce labor naturally jugak. :)

Lepas rehat kat umah, kami g amik anak2...mlm tu makan tapau je, sbb rasa sgt penat...Nasib ci xbaik, benda yg kami tapau semua rasa tak kena di tekak. Masin la apa la....perut lak rasa semacam....ci bgtau hubby nak masuk tidur awal, and kalau dia dh nak tidur, kejut ci sbb ci nak solat Isyak.

Pukul 1.30 pagi, ci terbangun sbb rasa cramping. Ci kejut hubby, mintak temankan ci solat kat luar. Lepas je salam, perut ci mcm tersentak. Rasa sakit mcm biasa, tapi a bit more intense than usual. Hubby ci, tetiba pegang penyapu, sapu satu rumah, kemas ruang tamu. Bila ci tanya 'Abg ni nape?' Dia jawap 'Nanti ramai nak dtg umah kita' hehehehehe.... Dia tanya ci whether dah nak pegi GMC, ci mintak dia tgu sampai kol 3.00 am.

3.00 am...memang sah contractions...sakit sgt intense smpai ci takleh berdiri tegak, everytime contraction, ci duduk dlm position merangkak kat atas sofa. Tgk ci mcm tu, hubby ci terus ajak ci g GMC. GMC dgn umah ci just 5 minit, kami pun capai apa yg patut, trus gerak ke sana. Sbb terpaksa tinggal bebudak yg still tido, hubby ci pun just drop ci kat GMC, and trus balik umah. Little that we know what will happen next.....

Sampai ci kat ward,  nurse nama Kak Wan sambut ci. Memang sunyi sepi GMC pagi buta tu, ci srg je patient. Ci masuk  labor room, pakaikan ctg before nurse nak wat ve. Dalam 15 minit, ci tnya nurse, 'Ada contraction kan?' just nak be sure...Kak Wan kata, mmg kuat, mmg kena warded mcm ni. Ci nmpak tru kertas, nmpak wave contractions. Dah mencecah 100 dah pun. Kak wan pun check jalan ci. I was so sure it will be 3cm...huhuhu....

'Awak dah 5 cm' haaaaa? ye ke......i'm half way tru....ci tgk jam.  Baru almost 4am. Tak sempat kalau hubby nak dtg. Kalo ikut sejam 1cm, mungkin sempat. Ci whatsapp hubby ci, dia kata nanti lepas hantar bebudak ke skolah, dia dtg teman ci bersalin. He was so sure...I was not...sbb sakit dh mcm makin kuat and rapat.

Ci masuk ke ward menunggu, wad Rose sementara nak tgu fully dilated. Nurse bg ubat poopoo kat ci, utk ci kosongkan tangki. Ci try minum air zam2 and kunyah kurma. Ci kol mak mertua ci. Kol hubby ci lagi. Minta dia doakan semua, bgtau betapa takutnya ci, betapa nevesnya ci, betapa ci tatau apa nak jadi kemudian, betapa ci nak dia ada kat sbelah ci. Kak Wan masuk ke wad, dia tanya ci okey ke tak? Dia try sembang dgn ci, tapi time contraction, ci mmg dh takleh nak cakap. Dia suruh ci baring, ci try tapi dh tak boleh. Dia minta izin wat ve lg sekali.

'Roziana masuk labor room balik la ye....dh nak 7 cm dah ni'

Setengah jam, dr 5 cm ke 7 cm.....Allahuakbar.....

Bila masuk balik labor room, nurse kosongkan bladder ci (i hate this part)...contraction makin kuat, tapi ci leh handle, sbb benda ni la yg ci rasa hari2 pun...huhuhu....sepanjang masa ci sebut 'Laaillahaillallah' utk redakan sakit....it works  wonderfully.... :)

Time ni ci sempat lg upload gambar ward dlm fb....sempat balas komen....sempat berfb dulu, pdhal dh dilated 8cm dah pun. Bila kak wan check and bgtau 8cm, dia berlari kol Dr. Fidak suruh datang cepat. Dalam 10 min, Dr. dtg. Ci simpan hp belakang bantal, in case nak kol sesapa nanti. 

Dr. Fidak dtg je, dia trus pecahkan ketuban ci. I was fully dilated. Dr. kata 'Roziana, awak cuba teran...' ci dh blur...teran? nape nak kena teran? tak rasa pun nak teran....tp ci try...rasa mcm kua lebihan air ketuban je (or darah?)...ci request nak gantung kaki kat stirrup, sbb tak reti nak pegang kaki sendiri (plus xlarat)...sekali lg Dr. kosongkan bladder ci. Lepas tu ci rasa contraction kuat sgt. Dr. suh push lg.....

Ci kata 'Dr., saya tak rasa nak teran pun...'

 'Takpe Roziana, baby dh kat ctu dah. Awak tak rasa pun, teran je' 

Ci kumpul segala tenaga yg ci ada, ci push sekali....kak wan and Dr.  guide ci. Sekali push, ci stop, mintak nak minum air sbb dahaga sgt. Time ni, mertua ci kol. Bervibrate ci rasa bantal sbb ci letak hp bawah bantal. hehehe... Sekali lg ci push sekuat hati....ci rasa sumthing kua, rasa panas kat bwh tu...Dr. bacakan doa sekuatnya. Bila nmpak ci teran kuat sgt, Dr., suh ci stop, 'Jangan teran kuat sgt Roziana. Bernafas ikut mulut awak'

Allah saja yg tahu apa yg ci rasa time tu....the pain, the feeling...mcm nak tercabut nyawa....

Tetiba ci nmpak mcm Dr. sambut sumthing...diam sekejap, pastu bunyi 'Uwekkkk....' kak wan trus letak kat dada ci....still tergantung kaki, ci mintak nak amik gmbar, nak send kat hubby...ci tak perasan bila uri kua, tapi ci nmpak mcm Dr. tgh busy nak jahit ci. Dia kata, byk koyak sebelah dalam, sbb awak teran kuat sgt....huhuhu....

Ci kol hubby....dia punya la terkejut, sbb dia ingat dia sempat nak dtg...it was only 5.45 am. 

Lepas dh siap semua, ci salam dgn Dr., masuk ward ci balik. Ci mintak nak susukan baby. 

Alhamdulillah, Nur Safiyya Raina selamat dilahirkan pada 18 Januari 2013, jam 5.45am. Berat 3.25kg, panjang 53cm. 

 Ward Rose....

 Time captured ni, kaki ci kat stirrup lagi...hehehe...gigih nak amik gambar....

 My newborn angel....Nur Safiyya Raina.... ;)

A mother of 3....as for now.... ;)


It was for me, a fast delivery....not really easy though...pengalaman vaginal delivery yg sangat lain dr apa yg ci alamai time Tiya...time tiya ci ada urge, time safiyya rasa mcm teran kosong je...probably dia tgh tido time tu....tapi ci sgt bersyukur, sbb walaupun hubby xde kat sebelah, ci ada kekuatan nak melahirkan anak kami...Allah's plan is the best...I'm officially a mother of 3.... :)

#naturally induce ur labor, mmg berkesan....hihihi...  ;)


Wednesday, January 16, 2013

Waiting for the major C...

It was almost few days after my edd...

Tak risau sgt since dr. Fidak bg new edd kat ci,  21 Jan 2013. Sama pulak dgn birthday Ayit. Kalau dpt kan best.. Insyaallah, ci doakan yg terbaik....  :-)

Talking about tanda2 bersalin... Pregnancy kali ni ci rasa almost semua (kecuali pecah ketuban)...
Sakit pinggang everyday since baby engaged last month...
Contraction: It is braxton hicks still or pre labor but mmg painful... Seingat ci, ci rasa contraction on the day ci bersalinkan Tiya. But for baby adik, mmg rasa setiap hari... Setiap malam.... Even tgh taip ni pun...
Still,  tak kuat nak mulakan labor...

As for now,  i just enjoying my last week as a pregnant lady...  Makan apa yg ci nak makan, buat apa yg ci nak buat... Keep myself energetic all the time...
Insyaallah, when the time comes, i will be ready....  :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, January 15, 2013

Overdued.... :)

Salam semua...

It's already passed 14th January 2013, and yes, mengulang sejarah Tiya dulu, I am overdued...

Tapi...

Kena bear in my mind yg kali ni edd ci bukan based on date last period...in fact, ci tak period langsung after Tiya's delivery. Doctor lak dok bergantung kat size baby for edd...kkdg baby terbesar dr tarikh, kkdg terkecik...kkdg statik...susah nak determined edd ci yg sebetoinya...but being positive like Dr. Fidak, dia senyum ja bila ci checkup on my edd.

Recap seminggu lepas....

Ci memula rasa my contractions on my 38th weeks...bukan setakat ngeras mcm biasa, mcm cramping sekali...almost mcm mild contractions...anxious, excited, smua ada...i was on my MC since weeks 37 lagi. Baby engaged awai, nak jalan g keja, even nak wat keja hakiki pun dh makin payah.

39th weeks...contractions jadi makanan harian ci...masuk fasa malam, ci mula sakit memulas2....cramping, backache, kkdg smpai muntah... ;(

3 kali masuk GMC, tapi bila check ctg, bila wat ve, baby tetiba jd sgt baik dan sopan santun, and terus tak jadi warded...nurse kata 'mana ada contraction' pdahal ibu dh berguling kat umah tadi. hahahaha...

40 weeks...the contractions or shall i say pre-labor makin intense...sakit smpai berpeluh2...ci kira time, 15 mins apart, 10 mins apart, by the time ci nak bersiap pegi hospital, sakit pun hilang...adoiii laa....even mak ci yg memula dtg nak tgu ci bersalin pun, siap balik kampung balik...huhuhu...

So yes, on my due date, ci pun dgn happynya gi checkup kat Dr. Fidak. Masuk je bilik, doc dh gelak2 tgk ci...

'Lom bersalin lagi ke? Ingat aritu saya dh tlg stretch (bukak jalan), awak dh nk beranak...' ci senyum je...

'Okey, baby mmg ke bawah sgt dah, dinding dh lembut, 2cm dilated...awak leh berjalan2 lg ye dgn 2cm ni? Dh seminggu 2cm ni...'

hihihih...

Tingat srg nurse bg komen on bdn ci....Rahim ci jenis rapat and ketat, jalan lambat nak bukak...

Mengenangkan makcik ngurut komen, 'Anak awak ni esok suka main2...nakal'

Dalam bahasa ibu baby adik sendiri, kalo baby lum ready nak kua, usik la jalan mcm mana pun, dia tanak kua...bahasa lg mudah, Allah dh tetapkan tarikh lahir dia.... :)

16th January and I am still a happy, healthy, heavily pregnant lady...Perut ci mmg besar...Kaki ci dh swollen (bukan bengkak air or angin tp jd besar), berat ci dh 75.5kg, berat baby dh 3.5 kg...

I cant even imagine myself getting more huge than this....

But, after all, i love being pregnant...so in love, smpai Allah anugerahkan badan ci yg lambat dilated...lambat dilated, maknanya lama la tempoh pregnant...hihihi....

I'm wondering kalau baby can hold smpai next week, leh sama birthday dgn abglong.... 21 Jan.... :)

Thanx kepada semua yg selalu tanyakan khabar ci...yg dulu baik tp sekarang dh hilang khabar berita pun ramai...but i dont have time for that...i have a bigger plan for this year...nak beranak and move on with my life.... :)