Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)
Showing posts with label bekerja dari rumah. Show all posts
Showing posts with label bekerja dari rumah. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

Indoor Playground- Apa yang ibu abah selaluuu buat?

Assalammualaikum lovelies! 

Sejak musim hujan dan denggi melanda kawasan rumah kami ni, nak turun bawah pun rasa risau semacam je. Serius banyak nyamuk kat bawah tu. Duduk senyap dalam rumah mcm kat luar tengah winter la kekdahnya. Huhu. Line up aktiviti utk anak-anak, but still, anak-anak nak explore juga, so kena la bawak pergi indoor playground.

Selalunya Ci akan bawak ke Kidzoona, sebab luas dan banyak mainan kat situ. 

Nasib baik jugak harga naik RM1 aje, jadi RM6, tu pun tiga anak dah RM18 kan. Takpa, anak-anak punya pasal. Susah nak say no. huhu.

So, ceritanya, kalau selalu kita pergi indoor playground, apa yg selalu kita nampak?

Yupppp, ibu abah yg duduk tepi-tepi sudut, cari port utk main handphone. Kat kidzoona siap ada charger lagi. 

Ada yg main game, ada yg check fb and all mother of social network. Siap geleng-geleng kepala, tau tau tgh main candy crush. hihi. 

Sepanjang pergi tempat yg sama, ada srg je ayah ni yg ci jumpa, pun tak peduli sgt anak dia nak main apa, cuma yg bezanya, dia suka baca buku. Tebal buku yg dia baca tu. I give him a lil bit of credit for that. :)

Well, honestly, memang generasi kita begitu. Kita senang ditenggelami teknologi. Kita senang pick up teknologi baru. Kita sentiasa connected, sentiasa nak berhubung. Tapi kkdg kita tak perasan, yg attitude tu buat kita jauh dr org sekeliling, esp yg betul2 perlukan perhatian kita. Anak-anak kita! :)






Post ni bukan nak judge parents mana-mana. Cici pun buat juga sekali-sekala. Esp bila customers punya pm masuk sekaligus. Ci kena jugak jawab utk mengurangkan bilangan yg belum reply. Haih.

Well, apa kata lepas ni, kita main skali dgn anak. Anak lompat, kita join sorak skali. (Ci jumpa srg ayah buat mcm tu. Serius!) :)

Next time uols pergi indoor playgrund, tagged cici yeh. :)

Till then, Assalammualaikum. :)


Tuesday, June 3, 2014

A day as WAHM

Waktu mula2 ci start jd working at home mum, life's great!
Bayangkan la 8 tahun buat rutin yg sama, 5 years drpdnya ci lalui dgn pagi yg hectic nak uruskan anak2.
Sekali, tiba2 rutin dah tukar. Rasa mcm a longggg vacation. Hooreyyy!  ^_^

Masuk bln kedua, rutin tunggang-langgang lagi. Still tak decide bila nak masak, pukul berapa nak homeschool anak, nak buat kerja, nak layan customers. Pendek kata, buat mana sempat, go with the flow.

Third month, dah mula rasa exhausted. Kerja tak siap, penat je lebey. Buat kerja sana skit, tak habis, sambung kerja baru. Cth nak kemas bilik, sekali msg cust masuk, duduk lama belek msg2 yg masuk. Pastu by the time habis, anak2 dah minta nak turun main. Haaa...
Banyak benda tercicir sbb tak mampu nak kendong semua. Ci jd a bit distracted sebab kononnya penat. Huhu.

Transition drpd full time working mother, jadi working at home mum mmg menjerihkan.

So, time goes by, baru la ci hafal rutin, ci set the rules. Bila nak buat apa, mana satu nak buat dulu.

Sebab, kita lah penentu kpi kita sendiri. Takde sape nak call dan kata 'saya nak awak sidai baju sebelum lunch, make sure siap', or 'saya nak awak hantar baju berlipat ke bilik saya asap'.
Takde sape.
Melainkan kita yg tolak diri kita sendiri.

Ada kalanya, ada harinya, ci stucked depan tv. Kononnya nak balas dendam sebab selama ni xdapat tgk tv, skrg nak ngadap puas2. Natijah, semua kerja tangguh, anak2 main tanpa input drpd cici. Too bad.
Allahuakbar. Nasib baik tak melarat.

So yes, cici buat jadual. Jadual cincai2 bgtau pukul bpe masak, mandikan anak, solat, makan bila, homeschool bila, dan bila nak uruskan bisnes...

Even simple thing, yg kita rasa kita boleh main congak dlm kepala pun akan jd payah kalau kita tak push utk buat.

Daily timetable tu, mostly hari biasa, yg tak ada apa2 yg berlaku, mcm tetiba hubby ajak keluar, atau ci keluar amik stock atau family ci datang, atau apa2. Iya, beri ruang juga utk benda2 ad-hoc terjadi, tapi nanti cover balik, esp. kalau kita ikut apa2 silibus homeschool anak2.

Well, that's about it. Thanx sebab sudi baca - wink*. Bagi kawan2 yg akan, baru memulakan hidup sebagai surirumah atau ibu yg bekerja dr rumah, good luck! Insyaallah, kita dah di dalam track yg betul, cuma perlu tolak sedikit utk jadi lebih dari 'biasa'.

With love,
Cici.