Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)
Showing posts with label cici. Show all posts
Showing posts with label cici. Show all posts

Friday, December 4, 2015

My Pregnancy Story- Allah is indeed the Best Planner

Assalammualaikum semua. :)

Beberapa minggu kebelakangan ni memang tough untuk org yg nama nya Cici nih. Daripada satu ke satu ujian Allah bagi. Sampai dah kering air mata, sampai kalau sedih sangat pun, mmg takde setitik pun yg akan keluar. Huhu.

Sejak beberapa bulan lepas pun kesihatan ci agak merosot. Hormon ci kacau-bilau. Berat badan cici naik mendadak. Menstrual cycle cici jadi tak betul. Kejap datang, kejap tak datang, sampai tahap kena rujuk doktor. Kkdg jd bloated, kkdg muntah, most of the time ci kalah dengan fatigue. Tersidai atas katil, waktu nak masak drag badan masuk dapur, lepas anak-anak dah makan, masuk bilik baring balik. 

30/11/2015

Pagi tu hubby cici pergi kerja macam biasa. Cici pun teruskan aktiviti dengan anak-anak, cuti sekolah kan dah mula. Tapi hari ni pelik sikit, bloating start drpd pagi. Tapi nasib baik tak naik angin sampai ke kepala. Rasa meloya, perut cramp sikit. Ci pun check period tracker kat handphone, oh dah lewat 12 days. Tapi disebabkan last month ci baru start treatment drpd doktor, so mmg boleh expect benda ni akan jadi. Ci dah due jumpa doktor pun, maybe next week pergi, doktor advise untuk start on pil perancang.

Masuk tengah hari, fatigue jadi worst. Kena jugak masak kat anak-anak, sempat masak sup ayam je, pastu tak larat dah. Tetiba terfikir hubby kata nak balik makan, bangun balik masak sambal ayam. Sambil masak tu mcm nak menangis, sebab penat sangat. Huhu. Boleh bayangkan tak.

Bila jenguk bilik anak-anak, Ya Allah, bersepahnya. Dengan tak semena, Ci snapped! Ci menjerit sekuat hati suruh anak-anak kemas. Drg sampai terkejut, tak sempat ci nak marah, terus ci menangis sampai terduduk. Bukan menangis mcm org dewasa yg normal  menangis, ini meraung mcm budak-budak, seriously! 
Safiyya duduk je tepi ci, try buat muka kelakar dia, tapi yg ibu ni menangis tersedu-sedan. Lama-lama ci rasa peliknya, awat dengan aku nih. Peluk anak-anak balik, minta maaf kat drg sebab overeact.

Cici call hubby, mengadu semua benda. Ci ada ingat yg ci sebut, apa kena dengan ci ni abg? Hubby ci kata ibu pregnant kut (sebenarnya drpd semalam dia asyik bgtau benda yg sama!). Ci terdiam. Ci suruh dia belikan pregnancy test on the way balik, sbb kalau negative, mmg ci nak makan ubat angin, and ada satu jamu yg ci baru beli, kononnya nak imbangkan balik hormon.

Malam tu,

husband pun balik drpd pasar malam, dengan yong tau fu, dengan jagung, popia faveret ci, dan pregnancy test. Dia beli dua kotak. 

Senyap-senyap ci masuk bilik air. Firstly mmg ada urge nak pee pun. hihi. Kali ni husband beli upt yg kena pee kat bekas n titis kat window dia.

Terfikir balik last 2 months tak period smpai dua bulan, bukan upt cikai je ci beli, sampai ke digital yg mahai tu pun ci beli jugak. haha. 

Oh berbalik kpd cerita, instruction suruh titis 5 titis. dan tunggu 15 saat hingga ke 5 minit pertama. Memula titis pastu letak jejauh. Scary ohoii nak tunggu tengok. Dalam 5 saat, ci tgk line baru nak naik. Terus mata ci terpaku kat upt tu. Tak sampai 15 saat pun sebenarnya......jantung ci rasa mcm nk terlompat keluar...

Jelas dan terang...












Subhanallah. Time tu Allah saja yg tahu betapa terkedu nya ci. Lain sangat dengan pregnancy sebelum ni, waktu naik line tu punya la samar sampai kena tgk bawah lampu. Kali ni jelas sangat. Terus berlari keluar bathroom, hubby ci tgh makan jagung. Ci letak upt atas meja depan dia. Dia tersenyum, almost like tersengih 'Abg dah kata kan...abg tau lama dah...'
haha. Pastu dia peluk ci, kami shake hands sambil ucap tahniah kat masing-masing. hahaha. 

Pastu terus tak selera nak makan. Terkejut tak habis lagi. My oh my.



Malam tu hubby ci kena pg keja balik, ci pun amik tester yg kedua, test lagi sekali. Mana la tahu yg first tu rosak ke, masuk angin ke apa ke. haha. Sama jugak. Terang jugak, walaupun dh lewat malam dah time tu (selalunya dinasihatkan test urine pertama awal pagi kan). Terus msg my bff nak share. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


1/12/2015

Call mak dan mak nak break the news. They seems to be surprised sama la mcm kami pun. 

Terus pg klinik Family Dr. Kamariah, jumpa our family doctor, Dr. Asiah. Waktu masuk tu, dia senyum tgk ci. Mmg ptt dtg nak amik pil perancang pun. Tapi cerita dh jadi lain. huhu.

"Ye Cici..."
"Doktor, semalam saya buat upt" sambil tunjuk kat dia dua batang tu.
"Alhamdulillah....Eh jap (bukak rekod ci), oh awak patutnya start pil perancang kan...Laa tak sempat" tersenyum lebar dia.
"Aah, saya dh dtg, doktor cuti. Doktor ganti tanak prescribe,dia suruh tgu doktor balik"
"Laa....sorry la, disebabkan saya, dh kacau plan asal awak. Awak okey ke ni? Awak okey ke awak pregnant ni? Takpe, awak muda lg cici. Anak ketiga dh besar pun" Dr. Asiah try nak pujuk. 
"Saya okey. Mmg rezeki saya..."
"Ish3...saya cuti Deepavali lama, awak pun sakan 'beraya' yeh. Sampai pregnant" pecah gelak doktor tu. haha.
"Nak check lg sekali ke doktor?"
"Tak payah la, dh dua kali pun awak check. Terang terang awak mengandung"

Buat kesepuluh kali doktor ucap tahniah. hihihi. Insyaallah bukak buku akhir bulan ni. Nak kena lepas 2nd months dulu, baru boleh bukak buku n buat full checkup n scan.

Keluar je dr klinik, whatsapp family members, break the news kat org2 yg rapat.

Allahuakbar.
Subhanallah.
Alhamdulillah.

Baiknya Allah. Dalam ujian getir yg Allah berikan, Allah bg anugerah kpd kami. I have never thought yg akan diberi peluang utk rasa sekali lagi. Ci selalu rasa yg Safiyya akan jd yg bongsu. Tak terfikir yg dia akan jd kakak.

Reaksi anak-anak? Drpd semalam waktu tahu tu, semua peluk perut ibu. Semua excited! Along kata lepas ni tak payah berebut adik dgn kakak, srg boleh jaga sorang satu. hahaha. Selama ni drg asyik berebut nak jaga safiyya. :) 

Cici doa semoga pregnancy ni jd the easy one, sama mcm safiyya dulu. Semoga baby adik sihat dan membesar dgn sempurna. Insyaallah.

Sama-sama doakan cici ye. 

Till then, Assalammualaikum. :)

Thursday, October 16, 2014

Screaming Free Parenting, boleh kah kita?

Assalammualaikum lovelies!

Terpanggil nak bercerita pasal topik ni, sbb tadi cici rasa nak meletup. hihihi. Anak-anak punya imaginasi kkdg tak tercapai dek akal, kkdg terlebih kreatif sampai tahap ibu pulak nak meletup. Alahai...Hati panas membara, hati mengelegak, rasa nak bertempik.

Tapi.....tapi.....

Teringat pesan seorang auntie yg memang run satu montessori, dia kata 'budak-budak ni hanya dengar 3 perkataan depan je. kalau kita kata 'Kan ibu dah kata bla bla bla, dia akan pick up kan ibu dah aje...pastu dia distract dgn benda lain pula. So, kena precise. Aduh. 

Kembang kempis juga la ibu nak tahan marah. Habis kuat masuk bilik air amik wudhuk, tak pun siram badan sekali lalu, lagi parah kalau nak mengamuk sgt, simbah badan dgn air sejuk dgn baju2 sekali. huhuhu.

So, mcm mana? Relevan tak screaming free parenting utk kita?

Amik cici sebagai contoh, Cici anak bekas Navy. Mak aii kalau marah mcm halilintar. Seingat ci, waktu ci kecik, ci jarang faham kenapa benda tu salah, benda ni takleh buat. Ci cuma tahu bila ci buat, kena tengking. Nampak tak?

Faham dan Tahu adalah dua perkara yg sangat berbeza bagi kanak-kanak.

Siapa lagi lah yg terbaik dalam mendidik anak kalau bukan kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Baginda sangat menghormati, mendidik dgn penuh kasih sayang dan kelembutan.

Iya, tanpa pukulan, tempikan,jeritan, ancaman. 

Tapi, bila org kata, 'naik lemak la bebudak sekarang'. Well, memang benar lah mendidik anak bermula dr dalam perut lagi. Bila dalam perut dah di saji dgn bukan-bukan, dan keluar anak membesar dgn yg bukan-bukan, bila sampai masa utk didik, anak jadi sedikit 'liat'.

Bagi cici, kasih sayang perlu, kelembutan itu perlu, tapi biar mereka tahu batas, biar kita letak ketegasan dalam kelembutan kita.

Lembut, tapi tegas. Sayang tapi tegas.

Ini borderline, duduk tepi takpe, awak cross je, siap! 

haha. just kidding.


Ini buku yang cici recommend utk semua ibu dan abah. Best kupasan buku ni, kalau nak tahu, kena la beli kat Ciciyaya Shop. :)

Any komen boleh drop di komen di bawah ye. :)

Till then, Assalammualaikum! :)

Tuesday, October 14, 2014

Abah sayang....tapiiii...abah penat.....

Assalammualaikum semua!

Aritu Cici jenjalan kat kedai buku dengan husband dan anak-anak. Buku aktiviti anak-anak banyak dah habis, buku mak lagi la! haha. Padahal banyak je lagi buku yang tak habih khatam atau boleh je revise balik buku lama. Dah penyakit bookaholic, takleh nak cure dah. Hihi.

Duk belek section bargain, sekali jumpa buku comel nih. 






Terus tergelak! Comel sangat kan!

Ni utk bapak-bapak yang selalu rasa 'adeh la korang ni dah kenapa...!' bila balik kerja dan mula mengadap peel anak-anak yang macam-machammmm. hihi. Kesian korang kan.

Wife yang nak cari hadiah kat hubby, boleh la beli buku ni. Ci tak beli pun. Bila ci tunjuk kat hubby ci, dia macam 'Heh, nak buat apa? Abg banyak idea la!' haha. some sort of in the state of his denial la kut. hew hew. 

Well, seriously, selain kasih sayang dan masa dgn ibu, anak-anak sangatlah perlu kan masa dan perhatian kaum bapa. Sangat!

Time nak manja-manja selalunya anak-anak dgn cici, tapi kalau bab nak nasihat, ci rasa hubby ci nasihat 'jalan' sikit drpd bila cici yg bg nasihat. Power kan abah nih!

In Dads and Daughters, advocate Joe Kelly explains that a father's relationship with his daughter is important because he's the first man she'll get to know in life. In other words, he's the standard for what she'll expect of a man and lifelong partner. Kelly, who is the executive director of Dads and Daughters, a national nonprofit organization based in Duluth, MN, encourages fathers to listen to their girls and -- just as they would with their boys -- be physically active with them. "A father who plays with his daughter -- shooting hoops, kicking a ball around, taking walks together -- is making a payment on an insurance policy that she'll grow up to be confident and strong," he says.

Yang ni memang ci perasan kat anak-anak dara Ci, yang betapa pentingnya abah dalam hidup drg. Bila abah drg balik kerja, Allah, bercahaya je mata. As my hubby is a vry busy working man, dia selalu balik lewat malam, bebudak ni sanggup tunggu. Bila dgr bunyi bukak pintu, berlari mcm nak runtuh rumah, punya la nak sambut abah drg. Yang ibu, selalu jadi org last salam kat belakang. hihihihi.

So, if this post happen to be read by kaum abah, you are important! Sama mcm ibu. Bagi cici, pasangan yg berjaya dalam rumahtangga, ialah pasangan yg bersatu, jadi teammate yg hebat, yang sama-sama tahu role masing2 dalam membesarkan anak-anak. bukan satu lepas tangan kat satu lagi, even worst kalau dua2 lepas tangan, pass pulak kat maid, kat atuk nenek sepenuhnya. Allah.

Okey, nak off pergi join anak2 main poncok-pondok!

Jumpa lagi! :)




Thursday, May 8, 2014

Salon ooo Salon

Petang tadi bawa anak-anak potong rambut. Seronok tengok salon kat area sri gombak, sederet kedai mesti ada satu dua.

Ci pergi satu salon, tak sure owner melayu or non, tp pekerja semua perempuan melayu.
Hairan jugak sbb yg berbaris tunggu giliran lelaki melayu.
Oh lelaki skrg mmg dh tak main kedai mamak ye, drg pg salon gitu.
Ci senyum kat adik kaunter. Nampak mcm stylo ckit. Kerja salon harus la style up to date kan.
Dia tgk ci atas bawah, 'Ye?'
'Nak gunting rambut... ' ci jawab.
'Sape?'  dia tgk ci pegang tgn Tiya.
'Dia...'
Pause jap, pastu acuh tak acuh,  'kena tunggu lah....'
Ci tak kisah pun sebenarnya.
Seriously, ci bukan jenis cepat melatah kalau org buat 'sekupang lima duit' kata org kedah. Huhu.
Sekali dgr adik2 salon tu mengilai ketawa dgn pelanggan2 lelaki.
Bergurau senda.
Even benda remeh. Merenyeh.
Ci boiled. A bit. Geli telinga.
Terus ci tak tunggu. Tarik tgn Tiya, pergi salon lain.

Salon kedua. Non-malay.
Bila ci bukak pintu, srg staff tanya, 'mau potong rambut?'
'Aah, iye. Dia. ' ci maksudkan tiya.
Dia senyum and sambung potong rambut customer lain.
Kebetulan ada satu family ni dtg sebelum ci, mmg satu family nak buat rambut. Ada yg nak potong, shampoo la bagai.
Without any direction, ci n tiya duduk kerusi depan cermin.
Staff ramai, tp semua busy.
Lalu-lalang depan kami tanpa senyum, tanpa bgtau berapa lama lg nak tunggu. Or berapa ramai lg baru turn kami.
Kami jd invisible selama beberapa minit kat situ.
Ci bangun.
Tarik tgn tiya, pergi ke pintu. Keluar terus.

Last2, along bawak ke kedai barbershop mamak yg paling hype kat sri gombak.
Kakak bawak ke Kwik AU2, yg masuk kedai terus takde mukadimah, zapp zapp zuss potong cantik terus. Nama pun kwik (quick)  kan. Hihihi.

Cerita ni dari kaca mata pelanggan.
Betapa dua kedai ni hilang satu dua keynote penting dlm berniaga.
Keramahan kpd semua pelanggan.
Timbang-rasa.

Tak rugi buat baik. Lagi baik lagi bagus.
Tambahan pula business salon yg sgt memerlukan return customer.

Haih.
^_^

Wednesday, April 16, 2014

Menari dalam Kesulitan.

Someone pm ci beberapa hari lepas, meluahkan perasaan, bercerita keluh kesah. Bukan dia memburukkan sesiapa, setakat nak bercerita, dan minta ci dengar.
Perasaan itu, ci kenal sangat.
Rasa penat, rasa mcm dah tak boleh teruskan.
Rasa mcm letih longlai, rasa mcm buntu.
Rasa kecewa dgn diri sendiri, rasa hilang diri sendiri.
Rasa buat semua benda salah.
Rasa nak marah.

Sebenarnya, bila ci dgr cerita dia, ci teringat cici dalam page yg sama.
Ci pernah ada di situ.
Ci pernah menyampah dgn diri sendiri.
Benci.
Pernah tanya Allah, apa dosa ci, sampai besar sgt dugaan.
Childish ckit time tu; mana tak childish nya, i was not in a good shape. Nak fikir apa pun tak boleh dah. :(

Sampai satu ketika, ci sedar dan faham.
Takde satu benda dalam dunia ni yg Allah buat silap.
Tak ada.
Semua bersebab.
Semua nya.

Dan semua kesulitan, kesusahan kepayahan itu akan bawa kita ke stage lain.
Mungkin yg indah tu kita dpt balik di dunia ni, mungkin jg Allah nak reserve kat akhirat.
Kita pun tak tahu.

Yg Allah bgtau, sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu ada kesenangan.
Dalam duit tak ada, Allah bg badan yg sihat.
Dalam kita demam, Allah bg naik pangkat.
Something, somewhere, mesti ada yg senang.
Cuma kita shj kena biasakan diri bukak 'hijab'.

Dan iya, satu benda yg ci belajar, kita perlu 'menari dalam kesulitan'.
Bila dalam susah, bangun dan kata 'Alhamdulillah, Allah sayang aku.'

Eventually, semua perkara akan berlalu, akan lepas, akan selesai, cuma kita sahaja yg pilih mcm mana, dgn mood apa, dgn keadaan mcm mana kita nak selesaikan.

Dengan air mata, atau senyuman.
Dengan kecewa,  atau gembira nya.

Bukan senang nak belajar gembira dalam susah. Ci tahu.

Notakecil: Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin. :)

Monday, February 17, 2014

Banyaknya hutang cerita

Sejak jadi working at home mom ni, hari2 ci berazam.

Cici nak tulis balik blog...

Esoknya.

Okay, arini nak tulis blog.

Esok pulak.

Dan lusa.

Dan dan sampai arini tak mula tulis lagi...

Hihihi.



They are getting bigger... I'm getting older. Yes... :)








Wednesday, November 20, 2013

IIUM Ummatic Global- Art Of Cake Decorating 2013


Dua minggu lepas, kawan ci, Ida Rahayu pm ci kat fb. Tanya ci kalau2 ci nak join pertandingan deco kek. Nak terlepas hp waktu tu, sbb tak terkata apa. Hihihi. I don’t know anything about cake! Kek pun ci tak suka makan, apatah lg nak hias nya.

Last time ci buat kek, tu pun brownies, resepi dpt dr kakak ci, dr Nigella Dawson. Setengah jam pun dh boleh siap. Tu pun brownies ni mmg comot rupa bentuk dia, tak payah nak hias2 bagai. Hihihi.

So, apa yg buat ci masuk jugak?
  •          Nak challenge diri sendiri (macam biasa).
  •          Nak rasa mcm mana berada dalam pertandingan ala2 food network challenge.
  •          Partner ci bukan calang2 org, dia taukey kek. So, dah selamat kat ctu. Hihihi.

Dgn lafaz Bismillah, ci bgtau ‘Okey’ kat kawan ci. Sign up, pay the fee, then tunggu hari pertandingan.
Ada la meeting dua kali, nak discuss pasal how we’re going to do this, the timing, the design, the deco….pastu kebetulan kat kaed ada sweets and candy fair, trus borong daco kat ctu. Semngat waja nih masing2.

Esok dh nak bertanding, arini bru terkial2 tgk youtube ‘how to roll a fondant’.

Hahahahaha

Tarik nafas jap. Sambung gelak balik.

Hahahaha.

Oh Allah. Kenapa la cici oiii…

So yes, berbekalkan HANYA ilmu teori, ci pun pergi contest esoknya. Jd org pertama yg show up. Dlm otak, fondant tu sama mcm playdough. Ulang ayat tu sampai nak muntah. 



Kami di beri meja, nama team kami Cake’s Mommies. Sebab dah mak2 org kan.



Bismillah. First time pegang fondat. Eh, betul la, mcm playdough. Senang shj nak uli, bab nak colour tu a bit tricky. Sbb nak bg colour tu naik, nak bg sebati. All and all, senang ajee…hihihi…thanx to ayu sbb assemble semua, ci just buat as her instruction je. Dia kan mastermind. 







Lepas dah siap semua, kena la present depan judges and students yg penuh dalam main auditorium. Mmg sebijik mcm food network challenge. 

Bab present, pegang mic, mmg cici suka...tp suruh nyanyi, sorryyyyyyy...... hihihi.

'This cake is inspired by our daughters, as both of us are mothers..... ' ayat pun mcm mak mak jeee...

Selepas penat lelah, berpeluh berdiri sejam setengah, apa kami dapat?

Dapat a bit of reality bites, sbb tgk kek2 org lain boleh tahannn…!

Tapi, dah Allah tulis kan.

Kami dapat nombor dua!!!

Yeayyyy!!! *insert bunyi mercun papan.

Alhamdulillah. Sujud syukur.


Muka2 masing2 pun macam eh eh apa yg jadi nih…hihihi….
Hadiah duit RM200.00 dan sedikit cenderamata dr Chef.
Okey la, bahagi dua. Masuk pun melabur RM30 je.


Lepas post dalam fb, mula kawan komen, lepas ni ci boleh la buat kek ke, bukak bakeri ke. Eh eh eh…rasa mcm tak sanggup je. Tangan keras kut. Ci mmg respek, tabik spring kat org yg ambil order buat kek. Kakak ipar ci salah srg nya. Tahap kesabaran sure tinggi kan….nak buat satu hal, nak kemas tu a diff kind of story. Heeeee….

Tapi all and all, dah ada satu persepsi pada diri sendiri. If we push ourselves harder, we can do anything, Insyaallah. :)

Imposibble is nothing. 



Friday, October 18, 2013

Impian Cici


Waktu ci tingkatan 1-2, ci selalu berangan, nak jadi pramugari. Nak terbang tinggi. Akibat selalu tgk kapal terbang kat awan, lintas rumah mak ayah ci kat kedah. Tgk pulak iklan, pramugari cantik, sopan, kemas, bergaya, ada kelas. Iya, ci tulis kat buku pencapaian, cita-cita : Pramugari.

Nak tergelak kalau fikir balik. Tinggi cukup, muka la kut tak cukup syarat. Pramugari nak putih aje. Hihihi.

Selang beberapa tahun, ,maybe tingkatan 4, ci tgk movie ‘You’ve Got Mail’. Lakonan Meg Ryan dgn Tom Hanks. Meg Ryan ada kedai buku. Terus jatuh cinta nak bukak kedai buku yg ada konsep. Siap lukis plan, layout bagai. Rak kat mana, tempat baca kat mana, story telling session kat mana. Ci tulis jadual, hari ni launch buku sekian2 penulis, esok ada aktiviti story telling, konon nak ajak budak2 suka buku, mcm cici (ci obsess dgn bau buku baru. Sape geng dgn ci?? hihihi)

Satu hari, ci sembang2 dengan kawan2 sekolah, apa nk jadi lepas spm, nak sambung mana. Time tu selalu beli majalah remaja (dewan pelajar kot), ada ruangan pekerjaan. Drg akan elaborate pro and cons jd begitu dan begini. Pro and cons jd chef cthnya, pandai masak, gaji tinggi tp masa cuti susah esp festive season. Mcm gitu la kekdahnya.

So, dok sibuk dgn kawan2 nak jd itu ini, tetiba ci terlintas kat hati. ‘Aku nanti nak anak ramai. Aku nak jadi suri rumah…’

Bukan gatal nak kawen ke apa, takkkk. Hahahaha.

Belajar bersungguh jugak, sama mcm kawan2 ci yg nak jd begitu begini.

Dapat jd pelajar terbaik.

Pelajar terbaik yg pasang impian utk jadi suri rumah.

Haha.

Ini bru kelassss….

Kalah yg nak jd pramugari tadi.

So, sejak ci dh hantar surat keramat ci, ci selalu rasa doubt dlm diri. Lepas ni nak belanja mcm mana, cukup ke makan pakai semua. Boleh survive ke, tak bergaul dgn org luar, mcm mana pulak nanti.

Biasa lah, mcm rama2 yg bru nak kuar kepompong. Takut, teragak2, tatau dunia luar mcm mana.

Ci pegang satu benda. Rezeki itu rahsia Allah.

Mungkin Allah akan uji ci dgn rezeki yg kurang, tp hati yg senang.

Ci rela terima, apa lagi lah yg lebih bahagia drpd dpt besarkan anak2 depan mata.

Sebab itu, bila org rata2 kata sayanggg nya ci, tinggal kerja yg dh lama ci buat ni, ci tak rasa apa-apa.

Sbb apa yg ci akan tempuh nanti, pro and cons, mmg itu impian ci, sedari ci 16 tahun lg.

Oh ya, lg satu impian, nak bukak kedai buku kan. Okey, ci kiv dulu. 

Sebab sekarang ci ada 3 benda nak handle.

Demure Collection, yg ci usahakan dgn dua rakan ci, khas utk penggemar tudung yg labuh dan Insyaallah patuh syariah.

Ciciyaya Collection, koleksi baju kurung utk si comel. Insyaallah akan masuk kain cotton juga.

Little Fingers Shop- educational toys, books utk anak2.

Walaupun kecil, tp setiap satu bawa makna yg besar bg ci.

Alhamdulillah, semua ini rencana dr Allah.





Monday, September 30, 2013

A Cute little thing called Chicken Pox



*Baca sambil buat chicken dance…hihihi*

Assalammualaikum semua.

Bulan 9 ni merupakan bulan yg paling tragis bagi ci dan family. 4 org serentak kena chicken pox!

Lepas je cuti hari raya, hantar anak2 ke nursery. Baru dua jam kat nursery, teacher call, bgtau abglong ayit dh kena. Terus pegi amik dia. Dah nampak naik kat muka, tepi mata, instantly. Memula ci pelik, baru je hantar td dlm keadaan sihat, ni dah kena chicken pox lak. Later that I know, mmg chicken pox happen that way. Instantly! Oh yes, that fine day was the start of sumthing so dreadful.

Day 1, ayit start demam. Panas jugak, smpai lembik dia. Lepas makan ubat (pcm and anti-viral), sapu calamine, terus dia main mcm biasa.


Week 1, week 2, takde tanda2 sesapa pun akan berjangkit. Ayit siap pergi sekolah mcm biasa.

Tetiba, ibu demam.

Ci start demam urat. Tak sedap badan, meloya, sakit  badan yada yada. Bila jumpa doc, dia insist suh ci buat upt. Ohoiii, anak baru 8 bulan dh nak kena buat upt. Mau tak senak perut tgu result. Dalam hati duk karang ayat, kut2 pegnen, apa nak cerita kat family dua2 pihak. Hihihi….result came back negative. Phew!

Khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin….demam ci on-off. Demam jenis sakit urat, menggigil, pastu mmg terpaksa telan pcm, sbb tak tahan.

Pagi Selasa, sekali tgk badan ada biji2 kecik, berair. Ci jerit pggl hubby ci. Hubby ci gelak je, ‘Aik, takan kecik dulu ibu tak kena lagi?’ ‘Haa, ni chicken pox la kan…ibu dh kena time darjah dua. How come?’  Hmmmm…tak payah nak how come sgt dah la….virus sekarang dah melalui proses mutasi, boleh kena kali kedua, kalau badan tak tahan. Kebetulan, mungkin badan ci tak cukup protection. Tak kuat imun sistem. Haih…

Pegi la klinik uia, lepas hantar smua anak ke nursery. Beria tunjuk small bumps kat badan depan doctor. Doktor kata ‘Tak payah selak la, muka awak pun dh banyak…’ Gulp. Muka? Muka yg kalau naik jerawat seketul pun dh kecoh? Yup, selang sejam, small bumps kecik yg berair plus sgt gatal naik kat pipi, dahi, kat area anak rambut. Dok ulang tgk cermin kira bumps, lelama tak terkira dah sbb terlampau byk. Hahahaha…

Day 1, day 2, mmg demam mcm nak m.a.t.i. hihihi…ci boleh berfb sambil layan contraction, dilated 8 cm. Ci boleh berwhatsapp waktu doc jahit bwh. Tapiiiii....Ci tak boleh even pegang telefon pun waktu demam campak. Punya la lembik. Haiyooo…Start day 2, dh byk naik kat badan. Nasib baik dh kawen. Hahahaha….


Muka ci yg mengalami transformasi....hihihihi....byk sungguh dot dot dot..... :)




Week 1, week 2, ci dpt mc. Dalam masa yg sama Tiya pun kena. Tp tiya ni special, demam sehari je, habis naik smua in one day. Pastu terus hilang.

Week 3, ci naik kerja dgn hati yg berbunga2. Walaupun muka berlubang2, but still berbunga2 la.

But Allah has a bigger plan for me.

Safiyya pulak kena.

Allahuakbar.




Lalu bermula lah episode tak best dalam hidup ci.

Nope, tak merungut pun, bercerita aje.

Ye la, hubby ci dh byk kali cuti sepanjang ayit tiya cici demam….waktu safiyya, mana ada cuti dah. Cici pulak bru naik kerja dr mc 2 minggu. Takan nak cuti lg?

Dilema ibu abah bekerja, kan?

Mau takmau, ci amik cuti lg 2 ari. Dan 3 ari berbaki tu hubby ci jaga Safiyya.

Akibatnya sgt tak best utk diceritakan. Pendek kata, tak semua org faham. Yg org faham, kita dh digajikan utk bekerja, kenapa tak kerja? Kenapa kena cuti? Takde tempat ke nak hantar anak, takde orglain ke boleh jaga? Kerja awak, sape nak buat? Sort of like that.

*angguk-angguk, geleng-geleng*

Nak jadikan cerita, Safiyya pulak lambat kuar habis campak dia. Week 2 bru kuar semua sekali.

Rezeki ci dpt suami yg sgt sgtttt byk membantu, di kala ci dh takde cuti nak amik dah. Love u abg... Hihihi…mcm harini, pagi smpai tghari bawak safiyya ke opis, lepas lunch hubby ci bawak balik rumah. Apa lg yg boleh kami buat kan.

Sepanjang sebulan ni, banyak onak duri dh kami lalui. Ececeh….mmg terlampau banyak kepayahan, kepenatan yg kami kena handle.

Penat jaga anak sakit, penat nak jungle masa, penat nak layan org yg tak faham. Serba-serbi penat. Smpai menangis2 ci, mcm budak kecik. Ayayayayaiii....

In the end of the day, semua benda ada hikmahnya. Disebabkan kejadian chicken pox ni, byk benda yg berubah. Byk benda yg kelam-kabut sebelumnya, sort in place. Maybe Allah nak prep ci, utk future yg mungkin lg mencabar. Who knows kan.

Terima kasih mak ayah mak abah yg tak jemu2 dtg melawat, sbb tahu kami mmg kuarantin kat rumah je.

Terima kasih kenkawan yg bg semangat bulan bintang kat ci. Yg pujuk hati supaya ci kuat. 

Special thanx to my adik-beradik, in laws, adik Kina, Kak Erda, Diana.


Dan terima kasih kepada suami ci, my boss, Encik Mohammad Hairy. Pengorbanan dia hanya Allah yg boleh balas. 

:) 

Oh sebelum ci lupa....if this happens you, or your kids, pergi klinik dan dptkan ubat anti-viral. Sumhow ubat tu bg baik cepat. Ibu menyusu takleh makan ye. Letak calamine lotion byk2. Kalau nak guna daun semambu, air beras, kunyit, halba, pun boleh...byk petua utk chicken pox ni. Take care all... *hugs* :)

Friday, April 19, 2013

We deserve to be Happy... :)

Bukak FB sekarang, kita jumpa pelbagai jenis orang.

Kalau dulu, nak compare hidup pun dgn kenkawan dekat, dgn jiran sebelah nyebelah. In case jiran beli tv, kita nak tv jugak. Esok dia tukaq langsir a.k.a tudung tingkap, kita pun sama naik!

Tapi sekarang, kita secara tak sedar meng'compare' life kita dgn sepanjang2 friendlist yg kuar kat timeline...

Tengok couple pegi jenjalan....'Alahai, suwitttt, hubby kiter tak wat cmtu ponnn' trus cebik n label 'hubby aku paling teruk dlm dunia!' isk3...

Tengok org lain pegi butik borong baju yg paling 'in' 'Eleh, esok aku nak pegi jugak lah' trus terjah smpai kering poket tp xsure baju tu seswai ke idak...janji smuaorg pakai, kita pon pakai...aduii...

Tengok anak org comel sgt dress up pakai tutu headband berjuntai... 'Anak aku kalo pakai cmni lgggg comel' trus g online shop shopping segala headband, lamaze, tights legging tutu...anak org pakai, anak kita tak boleh out of season...*tepuk dahi*

When you fulfilling your short term desire, you are happy indeed...but for how long???

Sampai bila nak tgk org and compare...

Sampai bila nak jd mcm org lain dan rasa kalo tak ikut mcm org lain kita jd sgt alien?

Kita yang penat.

Firstly, org jarangggg upload benda yg sedih, masalah, duka lara dia...smua benda are picture perfect (mcm perfect365 la...hihihi)... so yes, org yg kita selalu tgk tinggi tu pun ada downtime jugak sekali-sekala. 

Secondly, if ever terasa mcm 'ishhhh, bestnya jd mcm dia...semua bnda dia ada...awat la aku tak mcm tu' Stoppp!!! Tutup fb/twitter/blog/keek/IG and look around...kalo kita ada bumbung utk berteduh, ada biskut kering utk kunyah, ada hanpon utk tot tet tot tet berhubung, ada tilam toto utk landing, ada pulak hubby and anak2 utk bermanja; Allahuakbar, you are moreeee than  fortunate my dear... :)

You deserve to be happy...

You can be happy, if you be yourself.... :)

Friday, May 11, 2012

New Me..... ;)

Dear blog.....sorry sebab pinggirkan kamu forrr such a longgg time.....nak update tak sempat...nak belek pon tak sempat.... *sigh*

But yes, new project will be launch new month....i pray for the best...lepas ni, kena selalu update...kena selalu blogging...kena selaluuu online...yippy... ;)

Bila ada positive push, baru la seronok nak bergerak....

My followers, you'll be reading about me, soon...... ;)

Love all, yours truly; Cici....

Btw, suka layout bru ci tak? Paisleyyy gitewwww... ;)

Tuesday, September 7, 2010

Monday, September 6, 2010

My Lovely 'Cik Merah'......

Semalam cici MC....(lagi dan sekali lagi...hehehe)...food poisoning doc kata...payahnya bila food poisoning time dh 35 minggu ni, bila time nak muntah n nak teran muntah yg bluekkk tu, bayangkan la betapa teruknya kita kena crampkan perut kita tu....mana nk tunduk kat sink or toilet bowl lagi...end up ci duduk atas toilet, ci muntah terkencing segala bagai kat ctu gak...lantak, dh tak larat bgn dah....and yes, baby stressed dan mengeras allll day long....


Okey...back to the story line.....


My 'cik Merah' is ready to be pick up!!!! yeay!!!


Oh yes, before that....siapa cik merah ye...hehehe......


For the longest time, ci sgt la mendambakan sebuah lappy for myself...yup, nak wat keja blogshop kat umah, nak googled things, nak blogs, nak wat kerja...tapi yes, bajet ci tersekat kat benda yang daily routine...membuatkan ci tak pernah masukkan bajet for lappy in my monthly bajet....Kakak kwn ci srg ni yg reminds kan ci, uia ada benefits utk staff yg nak beli lappy...yippy yippy yeay la kan....pelantikan ci sbagai liason officer for website dept pun mempercepatkan lg proses ci.....(it cost me 25 months of deduction though) *____*

And that Monday, there i was, standing in front of lappy shop kat wangsa walk...with a cheque of nearly 3k, waiting utk submit kat kedai...3k...for me is huge....dgn nak raya, dgn baby otw lg beberapa minggu ni....dgn pump medela yg ci dok termimpi dr aritu...i can do a lotttt with 3k nih....leh gak wat jahat, kaw tim dgn kedai, amik lappy murah ckit and mintak balance kat dia....

Nope....

Ci bg chq tu dgn senyuman...dan agak ralat....dan balik tgu smpai chq clear.....

Nak jadikan cerita lagi....sebelum tu, ci tanak lak lappy biasa...nak yg MERAH....hahaha...mmg tebiat ckit...yg ci order tu ada kaler biru...kaler merah mmg dh habis stock...kalo ada pun graphic kureng....dah bertekak lak dgn hubby...'xkisah la graphic cemana pon, ibu nk merah gak'...hah, tak ke haru???

Taukey tu dh pening trus call supplier dia kat Penang....trus order special utk ibu boyot ni....lappy kaler merah....hehehe.....

Agak-agak dua minggu gak la, dr tarikh lappy nk order, nk smpai, nk siap chq...oh and nak clear chq skali....

FINALLY.....

Semalam hubby ci bawak balik dr kedai dgn senyuman....ci kan mc, melepek je la...mana larat nk ikut....

'Nah...laptop merah ibu....'

^_____~

Hilang la jap rasa nk muntah bagai...bila nmpak 'Cik Merah' ci yang gorgeous and yummy nih....

Yup...lappy yang akan tlg ci wat keja2 website dept...wat keja lagha spt ber fb...hehehe....aktifkan balik blog...and start my blogshop balik...Insyaallah byk barang baru akan masuk...special for bf mommies.....cant wait!

And yes....untuk hubby ci gak yang giat mengerjakan Car Town nya....smlm dia godek smpai subuh...cesss.... huhuhu......

gambar??? soon will upload yeh dear.... ;p






Wednesday, February 24, 2010

The reason why i'm moody last night...

To my hubby honey bunny,

Sorry sambut muka masam ci semalam....what a really lousy evening i had.....ci try wat cerita jd sekelakar yg ci buleh so that i will not be so annoying...hehehehe....

Recap ptg semalam around 5.30....

Ci balik wit my fren, yg membawa cerita yg bg ci a lil bit shocking, but more to hillarious...

Ceritanya mcm ni, ada sorang 'kakak' kat company cici ni. Dia ni sgt cantik, sgt pandai bercakap, sgt ramahtamah....sejak ci memula kerja 6 thn lepas, ci mcm adore dia la...respect her in evry way i can possibly think of...yes, ci jarang jmpa dia, only kalo ci ter bump or ci hadiri function yg sama....

Evrytime ci jmpa dia, dia akan senyum atau tegur ci atau sapa dgn begitu manis senyuman di wajah cantiknya.....dan as usual pun, ci pun akan balas pun dia punya senyuman pun...hehehe...

Ok pun, lepas tu pun (dh ci dah....)

Nak dijadikan cerita di tingkat sista ci, tetiba sista ci gi sebut la nama comel ci, cerita psl dia kenal cici...sumhow 'kakak' cantik tu dgr nama cici...dia mcm 'Ha, cici?'....cm pelik la sbb dia kenal ci dgn nama 'Rozi...' lepas sista ci explain cici yg mna satu tetiba terkeluar kalam dr kakak cantik tu....

'Oh, cici yg perasan cam bagus tu ye?'

Hah, ambik kau sebijik.....

Hahahahaha.....

Okey, okey....ci tau ci tak layak nk defend diri sendiri dan ci tau tak smua org suka cici dan ci tau semua org ada hak nk kata apa2 kpd org lain dan ci tau krg akan kata 'eleh ci, benda tu pun nk kecoh'...but still, ci agak terkejut sbb kakak tu mmg all this while baik sgt dgn cici......

Diulang, baik sgt.....

Dan for the record, utk sepanjang 6 thn ni, ci mmg xder lg kes2 org takpuas hati dgn ci, sbb ci jenis tak pernah kacau org...masuk opis ci, kua opis ci.....kalo ci nk bwk mulut pun, dgn jiran sebelah ci je.....dgn org lain, yes, mulut ci sgt berlapik......ci sgt jaga apa yg ci cakap....enuf said....

Kakak tu yg mcm dh 2faces tu satu hal la, yg ayat 'perasan cam bagus sgt tu...' apakebenda maksudnya...apa pendapat krg? Org yg perasan mcm bagus sgt tu jenis org gedik ke, dia byk ckp ke, dia giler glamer ke? sbb ci mmg xpenah ckp cmtu kat org.....haish....

Okey2.....lepas sista ci balik umah dia dan ci teruskan perjalanan balik ci, jd lagi satu bnda yg bg ci sgt yekkk....

Ci naik bas, bus biasa yg ci selalu naik....ci ada satu drebar bus pakcik ni, ci kurang minat dia sbb dia suka bukak lagu pelik2 kuat2..dah la pelik, kuat lak tu..Smlm, nasib ci tak baik la sbb ci balik dgn dia.....Ci pun nekad nk tidor je la despite apa lagu yg dia bukak...wah, dh la ci dok depan.....

Sekali dia bukak lagu hindustan, dialihbahasa kpd bahasa kelantan, dinyanyikan oleh 5 org gadis Melayu, bersinglet (Top shj) dan hot pants...dan gelek yg bg ci sgt lucah utk tontonan umum...sekian terima kasih....

Wahhh, cmne nk ckp ye...hmmm.....ci bkn tak open minded ke, narrow minded ke apa..hahaha...

Ci ramai kwn kelantan dan ci rs kalo drg tgk pun, drg naik malu.....

Sbb kakak sblah ci dh pandang ke tingkap....kakak sebelah cna trus sumbat mp3, akak sebelah2 dia terus pandang tingkap...masing2 malu nk tgk image2 cmtu...lelaki ci tatau la, drg smua dok belakang....dan dr cermin depan, ci nmpak pakcik tu dok tergelek2 sambil bwk bas.....dan smbil korek2 telinga dgn cotton bud....oh sgt yekkkkkk.....

Satu cd full of all that junk....smpai kat Nilai bru habis satu cd.....smuaorg muka mcm 'Alhamdulillahhhhh.....'

hehehehe....

tu je la nk cerita kat hubby ci nape muka ci cm 'abg, tolong ci...' waktu memula hubby ci nmpak ci sedari turun dr bus....

Sekian...

Monday, February 15, 2010

My new phase....

Wah...lamanya ci kira ci tak tulis...skrg kol 12.28 pg, dan ci kna bertolak dr aloq setaq ni ke seremban kol 4 pg...brownies kat dapur lum buh topping lagi...sila kira berapa jam ci akan tido sblum bergerak kol 4 ni? hehehehe

Hectic hidup ci minggu ni....balik AS lak stgh tahun sekali...mana tak ralata...tp prangai ci mmg cmni...kalo balik kedah msti tak kua memana...melepak je kat umah makan segala yg mak masak...hehehe...

Ye la...dgn tak sehat la sejak kebelakangan ni....

Tak sehat?

hehehehe...

Wah byk tul spekulasi ci terima psl cici dh berbadan dua la...ayit dpt adik la....sbb ci asyik2 nk pitam, muntah, demam...dan semua yg sewaktu dgn nya....

Maka dgn ini nk memberitahu semua......iya, cici pregnant!!!

Wah...ada halo tak kat kepala cici ha???

hehehehe....

Ci sgt mengkagumi org2 yg pregnant dan Alhamdulillah, ci sekali lagi masuk dlm geng mereka....

Kesnya minggu lepas cici tak sehat...period ci dh lewat seminggu dah...ci pun beli la pregnancy test yg sekotak ada 2batang....ci terus test batang pertama, negative.....tp mcm tak puas hati lagi...sbb ci betul-betul rasa mcm pregnen....

Ari Ahad, 14 feb, ci pun bgn pagi...g la toilet nk peepee, skali teringat ada sebatang lg test lum guna...tgn gatai la nk test jugak...dlm hati kalo negative pun xpa la...tgu period kua je la...(oh org bf mmg period dia mcm terganggu ckit)

Sekali ci test, ci nmpak 2line.....ci kelip2 mata ci byk kali, sbb time tu mcm ala2 mamai lagi...hahaha...ci jerit pggl hubby ci, ci tunjuk kat dia, dia senyum ja smbil kata 'ayoyo'...hahaha...

Lepas g lnduri jiran ci tgh ari tu, kami ke klinik nk sah kan betul2...doc kata takyah check lg skali sbb dh accurate dah...

So, my edd will be 12/10/2010....baby ci 6minggu skrg ni.....

Alhamdulillah....w/pun ramai org perli ci beranak setahun sekali, ci anggap ni rezeki ci....w/pun rs risau di hati sbb ci kena travel jauh dan sbb ci dulu c-zer, ci tawakal pd Allah...

Wednesday, January 27, 2010

Tulisan Kedua Untuk Suami

Tulisan ni ci ambil dr blog friendster ci...zaman-zaman sebelum menulis di blogspot la...time ni ci lagi sebulan nak bertunang...ci kenal suami ci tak lama, setahun jagung je...lepas tu kami tunang...sebulan lepas tunang, kami kahwin...walaupun sekejap perkenalan pun, cerita kami tak senang- jalan kami tak mudah...tp kalo diingatkan skrg, kami gelak je kenangkan apa yg kami lalui dulu.......hehehe...

Ditulis 5 feb 2008, ci tunang 1 mac 2008.


Matanya…matanya banyak menanggung kelemahan diri ci…matanya banyak sembunyi
kekurangan diri ini dr diketahui sesiapa…matanya banyak mengangkat sesuatu yang
kerdil amat menjadi sgt jelita…matanya selalu pura-pura tak pandang kesalahan
diri, telan dalam sehingga lupa benar…matanya selalu bersorot kata indah, yang
selalu lemahkan hati ci…
Ya, ci anggap dirinya mulia…selebihnya mulia dr diri
cici atau org2 yg pernah ci tahu dan jumpa dan wujud dlm hidup…
pegangan nya
setembok puas utk dilanggar…sekukuhnya ia tidak beralih walaupun di tonggang
terbalik, di goncang2…jika sayang, ya, dia akan sayang…jika marah, ya, dia akan
marah, namun sekelip angin marah tu hilang, di ganti dgn wajah comel bg penyejuk
ati….
Telinganya penebat terbaik….kadang kala penyerap haba yg hebat…haba dr
api kemarahan sebagaimana mendewa pun, ditepis dgn hanya membisu…bisu dirinya
sedikit sebanyak mendiamkan yg mahu marah…sedikit sebanyak mematikan niat untuk
berdrama…drama bodoh yang kononnya boleh buktikan sesuatu yang memang tak
ada…
Mulutnya terjaga pertuturan…yang kasar2 walaupun terbungkah juga namun
pada yang lain, bukan pd cici…ya, mulutnya yang comel itu selalunya berperan utk
menyenangkan hati ci…butiran yg terkeluar yang memang sudah ci jangka dr awal,
yang sudah rutin, sukar untuk dijemukan…walaupun bisikan yang sudah di skrip
hampir setahun lamanya, ci anggap masih baru dan segar dan mendamba utk
didengari selalu…bila hati sudah cinta, setiap kata2 itu ibarat makanan hati…
Hatinya…hatinya…apa lah yg lebih bermakna drpada perkataan suci…..sungguh,
ci anggap hatinya suci…



# Wah......hehehe...

Tuesday, January 26, 2010

Tulisan pertama untuk suami...

Ci petik tulisan ni dr multiply ci yg dh lama tak update...time ni ci baru jatuh cinta kat suami...ci balik, trus tulis sumthing utk gambarkan diri dia...tanak la mcm obvious sgt...hehehe...oh well...

Mengingati dirinya bagai bawa segala bunga tumbuh dlm hati…rama-rama yang tak
berhenti lalu, diselangi rasa yang sangat indah, rindu yang sangat menusuk…sakti
cinta, yang satu yang tidak boleh hitung banyaknya…saya akui, yang indah itu
indah, hirup segala benak ke ingatan yang indah…
Bila dia jauh, setengah
diri ini bergerak bersama…terasa lohong di penjuru hati, menuntut segala
kudrat saya utk tidak berwajah pelik…saya harap dia tahu dan faham betapa
dirinya amat bermakna dan makna itu sudah tertanam jauh di dalam diri
ini...sejuk jemari mahu menyentuhnya, berkolam mata mahu tatap dia
kembali…kejauhan yg tak tertarik dengan segenggam tangan, saya sengaja biar
rindu ini kuat menjalar…rindu, kata orang, boleh buat yang cinta itu bertambah
cinta…rindu, kata saya, sangat menyakitkan…
Dirinya…apa ada pada dirinya, yg
buat diri saya sgt teruja, sgt mengakui cinta…senyumnya meredupkan hati
yang lelah dan penat dan sesak…matanya melajukan jantung, menghantar utusan
terus ke kaki…sentuhannya buat diri selamat dan selesa…keberadaannya, buat
diri saya sgt bahagia dan lengkap…
Dirinya…sudah tertulis menjadi cinta saya,
sahabat baik saya, menjadi tempat saya bersusah dan berpayah, bersenang dan
berlenang…menjadi bayangan kedua diri, yang sentiasa ada di sebelah
kanan…menjadi matahari, angin dan hujan…menjadi nyawa…menjadi org yg
paling saya sayang dan cinta…yang seyakin mungkin boleh mengakui saya
milikannya…


Ci harap dia faham...kalaupun tak faham, ci harap dia tahu yg ci sgt sgt sgt mencintai dirinya...

Wednesday, January 13, 2010

Anak dara zaman sekarang...

Pukul 10.30 malam...

Ber fb...

Di kedai mamak......




"Biar la....bukan drg g melepak kat memana...." suami.

"Zaman cici mana dapat camni....timeline kol 6ptg....habih lewat drpd tu makan penampaq ayah la..." cici....



Oh cepat nya masa tu berlalu.....zaman pun dh lain.....ci rasa mcm muda lagi...tp bila tgk org betul-betul muda, ci rasa mcm dh ketinggalan....ci rasa mcm dh tua.....sbb kalo ci muda, ci tak buat bnda-bnda yg drg buat...ci tak ada bnda-bnda yg drg ada.....

Mungkin sbb tu remaja skrg cepat matang...mereka bebas mematangkan diri sendiri dgn cara mereka.....

Rebel? itu subjective.....dgn memberi apa yg mereka nak pun bukan cara nk kurangkan rebel....Cukup takde dalam kamus remaja....(oh ci tau ini...ci pun pernah remaja- dan pernah rebel)

Mungkin itu yg buat remaja skrg berdikari....dan pandai-pandai sendiri....

Tapi, mungkin itu yang buat ramai remaja skrg yg kahwin awal?

Oh tak...Cici sorang shj yg kahwin awal.....


hahaha.....


Conclusion: anak dara zaman skrg zaman dulu bezanya; dulu mana ada fb, blackberry, blueberry bagai....kitaorg ada blackcurrant ja....hehehe....

Tuesday, January 12, 2010

Bila anak dah lasak.......

Sabar is my new best friend..... (eh dh mmg kawan akrab sejak azali lagi kan?heheh)

Ayit dah nak menjengah setahun 21hb ni...Gigi dia dh naik 4 batang kat atas, 3batang kat bawah. Total =7 woo...cemerlang nak...keep it up! Dulu nk kua sepuntung pun berchenta bagai....sekarang maju bagaikan johan.....oh ayit mmg begitu...suka slow mo awal2...waktu dia dalam perut ci, perut ci sah2 kecik...bila masuk bulan ke 6, tetiba perut jadi buyung...hehehe....

Semalam dek kerana kelasakan ayit, ci MC...jadi ibu ni kena kuat immune badan...oh well.....

Ntah cemana ayit hantuk kepala, B cici bengkak...sakit sampai demam mengigil2....sampai kalo dia nyusu menjerit2 mcm kena pijak....

Semalam dh g check kat klinik...doc kata urat susu bengkak, takut jugak infection...kalo makin membengkak, kena paham-paham sendiri la dtg balik kinik.....yg tak best nya, doc tu laki...pegang2 lak ci nk check...mmg la dia doc kan, tp waktu nak check tu ingatkan dia bangun nak paggilkan nurse ppuan utk tengokkan, rupanya dia bangun nak tutup pintu...haishh...nasib baik bengkak ci kat separa atas, tapi pun ralat gak la........kua bilik rawatan mcm trauma jap, kesian tul kat diri sendiri...huhuhu....terasa cam tercabul lak kehormatan...cess....

Oh ya,

Dan ditambah dgn lebam kat bwh lengan dan lengan ci hasil gigitan ayit yang cemerlang...bukan lebam je, dh jadi berdarah pun....nak pakai baju pun kalo terkena mcm 'auu auu auuu'....

Kalau anak org dh lama main lawan gigit....hehehe....teringat ci kat anak buah ci, Aminah...lagi teruk ci kena...ci rasa paling brutal ci penah lebam 10 spot dlm sehari...petua: kalo dia gigit, jgn rentap or tarik tgn tu...biar dia gigit smpai habis...kalo rentap sbb sakit, akibatnya berdarah ler tgn tu.......'

Apaaa-apaaa pun, he's still my sweetheart...possessive sgt dgn anak, smpai kalo FIL ci amik bawak g jenjalan pun ci dh meroyan kat umah 'mana ayit...mana ayit'...smpai hubby ci geleng-geleng kepala.....kalo dh anak depan mata, kalo lasak ckit, dh berhajat nk amik buh dalam perut balik...hai cici, bila la nk belajar bersyukur nih...haih......

Sunday, January 10, 2010

Cici & Corby....




Cici antara manusia yang tak kisah pasal gadget...ci dulunya pakai handphone biasa ehsan dr suami cici...ci pakai camera free menang pertandingan gores dan menang by Neutrogena...skrg pun ci beli handphone basic dr csl lepas handphone ci kena curi.....




Ya, ci antara org yang sangat tak kisah gadget apa dlm tangan....




Sehinggalah Sabtu lepas....




Sabtu; tempat Karnival Telefon Bimbit @ Seremban...




Suami ci bawak ci ke karnival tu...tujuan bukan nk beli pape, nk cuci mata je...sbb ci teringin nak tgk apakebenda reramai sgt kat terminal 1 tu...Kawasan kecik je...muat dlm 5 khemah cmtu....waktu ci pegi dh kol 8 lebey dah...tp ramai org mcm kat pasar malam...




Melangkah je masuk, ci nampak deretan iPhone....dlm hati: mak aiii...bukan standard aku nih....




'Kak, iPhone kak...RM 199 je...'


haaaa?


Ci pegi lagi dekat...betul, mcm iPhone betul....


"Beli 2 kak, saya bg RM 380.00"


Bentuk semua sama...kecuali feature la, byk yang takde.....But, still, bukan org tahu kan....


"Pakai saja maa, bukan org tauuuu" amoi tu kata...hah, kan ci dh kata.....


But, still, bukan iPhone pun.....


Ci pun jalan tgk booth depan ckit....nahhh, depan ci terpampang poster yang wat ci rasa 'Makk...ci nak satuuu...' ibarat nk mintak belon yg terbang tinggi waktu pi pasar malam dgn mak ci...bezanya ci dgn suami, dan ci 20 tahun lebih tua dr zaman tu....



Samsung Corby...

Ci pernah pegang handphone ni waktu ci jenjalan kat wangsa walk. Time tu rajin wat muka mcm kaya, mcm nk beli, mcm ada duit nak beli padahalnya takde pun smpaikan budak cina tu layan mcm permaisuri turun dr langit....

Komen ci: Satu-satunya handphone touch screen yang ci suka touch....hehehe....

Even iPhone pun kalo ci touch, ci fail...gagal...sbb bila touch yang lain, kua yg lain...


Tapi Corby ni.....lain sgt.....

Banyak sgt lah yg membuatkan ci jatuh cinta kat dia......oh no wifi...tak kisah la, ci nk bertenggek kat mana lak nk wifi kan......bukan kaki starbucks pun.....kih3.....

Kecantikan nya yg lain dh kaburi feature2 yang takde.....dan ci tak kisah pun...Corby oh Corby...nama kita sesama C kan......

Kena ada dalam Must-have list ci nih....

Kena buh dalam azam 2010 ni...eh bukan...azam Bulan Januari 2010...dekat ckit nak capainya....




hahaha...kemaruk sgt dear....
# Thanx kak yati, berita baik yg membuatkan impian ci semakin nampak di mata.....hehehe....