Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)
Showing posts with label buku ibubapa. Show all posts
Showing posts with label buku ibubapa. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Screaming Free Parenting, boleh kah kita?

Assalammualaikum lovelies!

Terpanggil nak bercerita pasal topik ni, sbb tadi cici rasa nak meletup. hihihi. Anak-anak punya imaginasi kkdg tak tercapai dek akal, kkdg terlebih kreatif sampai tahap ibu pulak nak meletup. Alahai...Hati panas membara, hati mengelegak, rasa nak bertempik.

Tapi.....tapi.....

Teringat pesan seorang auntie yg memang run satu montessori, dia kata 'budak-budak ni hanya dengar 3 perkataan depan je. kalau kita kata 'Kan ibu dah kata bla bla bla, dia akan pick up kan ibu dah aje...pastu dia distract dgn benda lain pula. So, kena precise. Aduh. 

Kembang kempis juga la ibu nak tahan marah. Habis kuat masuk bilik air amik wudhuk, tak pun siram badan sekali lalu, lagi parah kalau nak mengamuk sgt, simbah badan dgn air sejuk dgn baju2 sekali. huhuhu.

So, mcm mana? Relevan tak screaming free parenting utk kita?

Amik cici sebagai contoh, Cici anak bekas Navy. Mak aii kalau marah mcm halilintar. Seingat ci, waktu ci kecik, ci jarang faham kenapa benda tu salah, benda ni takleh buat. Ci cuma tahu bila ci buat, kena tengking. Nampak tak?

Faham dan Tahu adalah dua perkara yg sangat berbeza bagi kanak-kanak.

Siapa lagi lah yg terbaik dalam mendidik anak kalau bukan kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Baginda sangat menghormati, mendidik dgn penuh kasih sayang dan kelembutan.

Iya, tanpa pukulan, tempikan,jeritan, ancaman. 

Tapi, bila org kata, 'naik lemak la bebudak sekarang'. Well, memang benar lah mendidik anak bermula dr dalam perut lagi. Bila dalam perut dah di saji dgn bukan-bukan, dan keluar anak membesar dgn yg bukan-bukan, bila sampai masa utk didik, anak jadi sedikit 'liat'.

Bagi cici, kasih sayang perlu, kelembutan itu perlu, tapi biar mereka tahu batas, biar kita letak ketegasan dalam kelembutan kita.

Lembut, tapi tegas. Sayang tapi tegas.

Ini borderline, duduk tepi takpe, awak cross je, siap! 

haha. just kidding.


Ini buku yang cici recommend utk semua ibu dan abah. Best kupasan buku ni, kalau nak tahu, kena la beli kat Ciciyaya Shop. :)

Any komen boleh drop di komen di bawah ye. :)

Till then, Assalammualaikum! :)

Tuesday, October 14, 2014

Abah sayang....tapiiii...abah penat.....

Assalammualaikum semua!

Aritu Cici jenjalan kat kedai buku dengan husband dan anak-anak. Buku aktiviti anak-anak banyak dah habis, buku mak lagi la! haha. Padahal banyak je lagi buku yang tak habih khatam atau boleh je revise balik buku lama. Dah penyakit bookaholic, takleh nak cure dah. Hihi.

Duk belek section bargain, sekali jumpa buku comel nih. 






Terus tergelak! Comel sangat kan!

Ni utk bapak-bapak yang selalu rasa 'adeh la korang ni dah kenapa...!' bila balik kerja dan mula mengadap peel anak-anak yang macam-machammmm. hihi. Kesian korang kan.

Wife yang nak cari hadiah kat hubby, boleh la beli buku ni. Ci tak beli pun. Bila ci tunjuk kat hubby ci, dia macam 'Heh, nak buat apa? Abg banyak idea la!' haha. some sort of in the state of his denial la kut. hew hew. 

Well, seriously, selain kasih sayang dan masa dgn ibu, anak-anak sangatlah perlu kan masa dan perhatian kaum bapa. Sangat!

Time nak manja-manja selalunya anak-anak dgn cici, tapi kalau bab nak nasihat, ci rasa hubby ci nasihat 'jalan' sikit drpd bila cici yg bg nasihat. Power kan abah nih!

In Dads and Daughters, advocate Joe Kelly explains that a father's relationship with his daughter is important because he's the first man she'll get to know in life. In other words, he's the standard for what she'll expect of a man and lifelong partner. Kelly, who is the executive director of Dads and Daughters, a national nonprofit organization based in Duluth, MN, encourages fathers to listen to their girls and -- just as they would with their boys -- be physically active with them. "A father who plays with his daughter -- shooting hoops, kicking a ball around, taking walks together -- is making a payment on an insurance policy that she'll grow up to be confident and strong," he says.

Yang ni memang ci perasan kat anak-anak dara Ci, yang betapa pentingnya abah dalam hidup drg. Bila abah drg balik kerja, Allah, bercahaya je mata. As my hubby is a vry busy working man, dia selalu balik lewat malam, bebudak ni sanggup tunggu. Bila dgr bunyi bukak pintu, berlari mcm nak runtuh rumah, punya la nak sambut abah drg. Yang ibu, selalu jadi org last salam kat belakang. hihihihi.

So, if this post happen to be read by kaum abah, you are important! Sama mcm ibu. Bagi cici, pasangan yg berjaya dalam rumahtangga, ialah pasangan yg bersatu, jadi teammate yg hebat, yang sama-sama tahu role masing2 dalam membesarkan anak-anak. bukan satu lepas tangan kat satu lagi, even worst kalau dua2 lepas tangan, pass pulak kat maid, kat atuk nenek sepenuhnya. Allah.

Okey, nak off pergi join anak2 main poncok-pondok!

Jumpa lagi! :)