Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)
Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Friday, March 6, 2015

What have we done?

Ibn al Qayyim (may allah have mercy on him) said:

"How many people have caused misery to their own children, the apples of their eyes, in this world and in the Hereafter, by neglecting them, not disciplining them, encouraging them to follow their whims and desires, thinking that they were honoring them when they were in fact humiliating them, that they were being merciful to them when in fact they were wronging them. 
They have not benefited from having a child, and they have made the child lose his share in this world and in the Hereafter. If you think about the corruption of children you will see that in most cases it is because of the parents"

Tuhfat al-Mawhood 

Semoga Allah lindungi anak-anak kita. Amin.



Wednesday, October 29, 2014

Muslim Parent's Guide to the Early Years


Membesarkan anak2 memanglah mencabar dan memenatkan. 
Selalu kita terperangkap dalam soalan 'adakah cara aku betul?' 
Nak marah, bagaimana marah yg membina, yg mana marah yg membinasa.
Setakat mana hukuman yg dibenarkan Islam? Dan bukan main pukul sahaja utk lepaskan marah.

Cici faham dalam keadaan berdepan dgn anak2 yg menduga kesabaran, letaklah teori mana sekali pun, kita senang hilang arah. 
Tapi, tak salah penuhkan ilmu di dada dan jiwa. 
Dan doa, semoga ianya berguna, bila masanya tiba.

The Muslim Parent's Guide to the Early Years.

Bukan sahaja buku guidance utk cara didik anak (intelektual, emosi), dan cara menjaga fizikal anak, tapi juga bagaimana utk menerapkan nilai-nilai Islam dlm jiwa sejak dari kecil. Solat, sedekah, Al-quran wuduk dan sebagainya. 
Bagaimana pula nak menjadi kan kita sebagai contoh teladan, bukan hanya ibu abah yg memberi arahan begitu begini.

Buku yg penuh info, yg wajib dimiliki. 
Harga RM40 sahaja.

Kat mana nak beli? Boleh dapatkan di Ciciyaya Shop



Whatsapp / Telegram 016-3313290 utk order ye. 










Thursday, October 16, 2014

Screaming Free Parenting, boleh kah kita?

Assalammualaikum lovelies!

Terpanggil nak bercerita pasal topik ni, sbb tadi cici rasa nak meletup. hihihi. Anak-anak punya imaginasi kkdg tak tercapai dek akal, kkdg terlebih kreatif sampai tahap ibu pulak nak meletup. Alahai...Hati panas membara, hati mengelegak, rasa nak bertempik.

Tapi.....tapi.....

Teringat pesan seorang auntie yg memang run satu montessori, dia kata 'budak-budak ni hanya dengar 3 perkataan depan je. kalau kita kata 'Kan ibu dah kata bla bla bla, dia akan pick up kan ibu dah aje...pastu dia distract dgn benda lain pula. So, kena precise. Aduh. 

Kembang kempis juga la ibu nak tahan marah. Habis kuat masuk bilik air amik wudhuk, tak pun siram badan sekali lalu, lagi parah kalau nak mengamuk sgt, simbah badan dgn air sejuk dgn baju2 sekali. huhuhu.

So, mcm mana? Relevan tak screaming free parenting utk kita?

Amik cici sebagai contoh, Cici anak bekas Navy. Mak aii kalau marah mcm halilintar. Seingat ci, waktu ci kecik, ci jarang faham kenapa benda tu salah, benda ni takleh buat. Ci cuma tahu bila ci buat, kena tengking. Nampak tak?

Faham dan Tahu adalah dua perkara yg sangat berbeza bagi kanak-kanak.

Siapa lagi lah yg terbaik dalam mendidik anak kalau bukan kita mencontohi Rasulullah S.A.W. Baginda sangat menghormati, mendidik dgn penuh kasih sayang dan kelembutan.

Iya, tanpa pukulan, tempikan,jeritan, ancaman. 

Tapi, bila org kata, 'naik lemak la bebudak sekarang'. Well, memang benar lah mendidik anak bermula dr dalam perut lagi. Bila dalam perut dah di saji dgn bukan-bukan, dan keluar anak membesar dgn yg bukan-bukan, bila sampai masa utk didik, anak jadi sedikit 'liat'.

Bagi cici, kasih sayang perlu, kelembutan itu perlu, tapi biar mereka tahu batas, biar kita letak ketegasan dalam kelembutan kita.

Lembut, tapi tegas. Sayang tapi tegas.

Ini borderline, duduk tepi takpe, awak cross je, siap! 

haha. just kidding.


Ini buku yang cici recommend utk semua ibu dan abah. Best kupasan buku ni, kalau nak tahu, kena la beli kat Ciciyaya Shop. :)

Any komen boleh drop di komen di bawah ye. :)

Till then, Assalammualaikum! :)

Tuesday, October 14, 2014

Abah sayang....tapiiii...abah penat.....

Assalammualaikum semua!

Aritu Cici jenjalan kat kedai buku dengan husband dan anak-anak. Buku aktiviti anak-anak banyak dah habis, buku mak lagi la! haha. Padahal banyak je lagi buku yang tak habih khatam atau boleh je revise balik buku lama. Dah penyakit bookaholic, takleh nak cure dah. Hihi.

Duk belek section bargain, sekali jumpa buku comel nih. 






Terus tergelak! Comel sangat kan!

Ni utk bapak-bapak yang selalu rasa 'adeh la korang ni dah kenapa...!' bila balik kerja dan mula mengadap peel anak-anak yang macam-machammmm. hihi. Kesian korang kan.

Wife yang nak cari hadiah kat hubby, boleh la beli buku ni. Ci tak beli pun. Bila ci tunjuk kat hubby ci, dia macam 'Heh, nak buat apa? Abg banyak idea la!' haha. some sort of in the state of his denial la kut. hew hew. 

Well, seriously, selain kasih sayang dan masa dgn ibu, anak-anak sangatlah perlu kan masa dan perhatian kaum bapa. Sangat!

Time nak manja-manja selalunya anak-anak dgn cici, tapi kalau bab nak nasihat, ci rasa hubby ci nasihat 'jalan' sikit drpd bila cici yg bg nasihat. Power kan abah nih!

In Dads and Daughters, advocate Joe Kelly explains that a father's relationship with his daughter is important because he's the first man she'll get to know in life. In other words, he's the standard for what she'll expect of a man and lifelong partner. Kelly, who is the executive director of Dads and Daughters, a national nonprofit organization based in Duluth, MN, encourages fathers to listen to their girls and -- just as they would with their boys -- be physically active with them. "A father who plays with his daughter -- shooting hoops, kicking a ball around, taking walks together -- is making a payment on an insurance policy that she'll grow up to be confident and strong," he says.

Yang ni memang ci perasan kat anak-anak dara Ci, yang betapa pentingnya abah dalam hidup drg. Bila abah drg balik kerja, Allah, bercahaya je mata. As my hubby is a vry busy working man, dia selalu balik lewat malam, bebudak ni sanggup tunggu. Bila dgr bunyi bukak pintu, berlari mcm nak runtuh rumah, punya la nak sambut abah drg. Yang ibu, selalu jadi org last salam kat belakang. hihihihi.

So, if this post happen to be read by kaum abah, you are important! Sama mcm ibu. Bagi cici, pasangan yg berjaya dalam rumahtangga, ialah pasangan yg bersatu, jadi teammate yg hebat, yang sama-sama tahu role masing2 dalam membesarkan anak-anak. bukan satu lepas tangan kat satu lagi, even worst kalau dua2 lepas tangan, pass pulak kat maid, kat atuk nenek sepenuhnya. Allah.

Okey, nak off pergi join anak2 main poncok-pondok!

Jumpa lagi! :)




Friday, September 12, 2014

Ciri-ciri kecenderungan anak anda. :)

Daripada status FB ci malam semalam. Ramai ibu2 yg komen, abah pun ada. Alhamdulillah. Sharing is caring kan. :)

"Malam-malam mcm ni, tenang sikit nak buka buku teks ibu. Study buku Creative Parenting Today. 
Nak didik anak dengan mudah, kita kena tahu anak kita jenis mcm mana. Audio ke, visual atau kinestetik. 
Ci kongsikan sikit ye.  

Ciri-ciri anak cenderung audio.
- lebih suka mendengar dari membaca- suka cakap sendirian ketika bermain- menggerakkan bibir atau mengucapkan bacaan ketika membaca- suka membaca dengan suara yg kuat- lebih suka muzik drpd seni lukis- mudah terganggu dgn suara kuat dan bising. etc.
Ciri-ciri anak visual
- lebih mudah mengingati apa yg dilihat berbanding apa yg didengar - suka menulis sesuatu sambil bercakap - lebih suka melukis drpd mendengar muziketc.
Ciri-ciri anak kinestetik
- gemar permainan yang menggunakan tenaga fizikal- tidak boleh duduk diam dlm jangka masa yg lama- byk menggunakan bahasa badan ketika bercakap- suka menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca. 

Bila dah tahu, mudah bagi ibu abah nak pilih method utk mendidik anak. Nak belajar sambil menyanyi ke, nak belajar dengan melukis ke, atau buat aktiviti fizikal sambil belajar. 
Semoga bermanfaat. 

Wednesday, November 13, 2013

11 mo.

Dah hampir 11 bulan ci bersalinkan Nur Safiyya Raina. Ya Allah, how time flies. Anak ketiga nih, semua benda dia express.

Dapat tahu pregnant pun express, mengandung rasa express, nak teran pun express, membesar pun rasa lajuuuu je.

She is indeed an easy baby.

Tak susah langsung nak jaga dia. Nak dgr dia nangis teruk pun jarangggg sgt. Setakat ekkk ukkk nak susu, nak ibu tu je lah.

Menyusu senang, tidur senang, makan senang, bawak jenjalan senang.

What more can I ask as a mum.

Yg kelakarnya, dia kamcing sgt dgn abglong dia. Nampak abglong dr jauh dh tersengih2…the moment dia nampak kakak, terus melalak tanak. Hahaha. Teringat relationship ci dgn kakak ci, kak yeya. Waktu kecik kuatnya gaduh, semua benda tak kena. Bila besar dh jadi rapat, mcm bestfriend. Okey, more than best friend.

As for makan, dia dah tanak bubur nasik. Seingat ci, dia la anak yg paling awal reject bubur nasik. Nak makan nasik betul je, yg lembut. Ni saja nak bg senang keja ibu ye? Hihihi. Good girl!

The other day, waktu mak ayah ci ada kat KL. Ci sembang dgn ayah, smbil jaga safiyya kat food court. Abgery time tu bawak ayit n tiya main kat playground.

'Rasa² ayah future husband safiyya tgh watpa la ni? Naik beskal ka... Dok main lego kaa... ' 
Ayah bls 'Tah² dlm perut, tak beranak lg...' 

Possibly.

Hihihi.

Seronok bila predict future anak2. How they will turn up to be. How you want them to be.
Ci berharap anak2 ci membesar sebagai muslim yg sebenar.

Wah…big words sgt. First step? Mesti la ibu kena belajar jd muslim sebenar dulu. Sbb anak2 kita akan belajar melalui teladan. Bukan hanya arahan.

*self-reminder for cici






Oh, ini cici semalam, waktu attend conference for education. nak jugak ootd, fefeling vivy yusoff. hihihi. 

Walaupun bukan conference tu bukan line ci, tp seronok kenal dgn org2 baru, dr bidang yg lain. Mmg la terkebil2 bila drg cakap psl term in education, but still, faham isi cerita dia, so okey lah. Hihihi. 

Dalam education, bukan yg diajar tu shj penting, yg menerima ‘pengajaran’ tu pun sama penting. Dia faham ke? kenapa penting utk dia faham sesuatu itu? Bermanfaat ke ilmu yg nak diajar tu? Or sekadar nak habiskan silibus je?  Kkdg bila masuk kelas, ci selalu tnya, kenapa la kena tahu semua nih. Bukan pakai time kerja pun. Haih.

Ok dah habis cerita psl ni. Krg ngantuk nanti.

Sapa kat sini pengguna Dermagic?

Cici baru je beli trial set semalam. Kes darurat muka kerutu mcm katak puru. 
Tgu seminggu nanti ci buat review.


Eh eh rhyme pulak. Hihihi.

Friday, April 19, 2013

We deserve to be Happy... :)

Bukak FB sekarang, kita jumpa pelbagai jenis orang.

Kalau dulu, nak compare hidup pun dgn kenkawan dekat, dgn jiran sebelah nyebelah. In case jiran beli tv, kita nak tv jugak. Esok dia tukaq langsir a.k.a tudung tingkap, kita pun sama naik!

Tapi sekarang, kita secara tak sedar meng'compare' life kita dgn sepanjang2 friendlist yg kuar kat timeline...

Tengok couple pegi jenjalan....'Alahai, suwitttt, hubby kiter tak wat cmtu ponnn' trus cebik n label 'hubby aku paling teruk dlm dunia!' isk3...

Tengok org lain pegi butik borong baju yg paling 'in' 'Eleh, esok aku nak pegi jugak lah' trus terjah smpai kering poket tp xsure baju tu seswai ke idak...janji smuaorg pakai, kita pon pakai...aduii...

Tengok anak org comel sgt dress up pakai tutu headband berjuntai... 'Anak aku kalo pakai cmni lgggg comel' trus g online shop shopping segala headband, lamaze, tights legging tutu...anak org pakai, anak kita tak boleh out of season...*tepuk dahi*

When you fulfilling your short term desire, you are happy indeed...but for how long???

Sampai bila nak tgk org and compare...

Sampai bila nak jd mcm org lain dan rasa kalo tak ikut mcm org lain kita jd sgt alien?

Kita yang penat.

Firstly, org jarangggg upload benda yg sedih, masalah, duka lara dia...smua benda are picture perfect (mcm perfect365 la...hihihi)... so yes, org yg kita selalu tgk tinggi tu pun ada downtime jugak sekali-sekala. 

Secondly, if ever terasa mcm 'ishhhh, bestnya jd mcm dia...semua bnda dia ada...awat la aku tak mcm tu' Stoppp!!! Tutup fb/twitter/blog/keek/IG and look around...kalo kita ada bumbung utk berteduh, ada biskut kering utk kunyah, ada hanpon utk tot tet tot tet berhubung, ada tilam toto utk landing, ada pulak hubby and anak2 utk bermanja; Allahuakbar, you are moreeee than  fortunate my dear... :)

You deserve to be happy...

You can be happy, if you be yourself.... :)

Friday, September 28, 2012

Love letter from Ibu....to abglong & kakak...



My dear Muhammad Harith,
You're my 1st...the 1st one yg ajar ibu utk menjadi seorang ibu...anugerah pertama yg membesar dlm perut ibu...yg buat ibu muntah pg ptg siang malam....yg ajar ibu sabar utk hadap smua pregnancy sickness....tak susah bersalinkan ayit, sbb ibu tak sempat rasa sakit, ayit dh ada dlm dakapan ibu.....

Semua salah ibu, ayit yg terpaksa tanggung, ibu minta maaf ye...ibu belum reti utk jd ibu....ibu cepat nak marah, kurang nak sabar, ibu emo, ibu cepat melenting....ibu belum reti....tp ibu tau ayit sabar dgn ibu, sbb ayit sayang ibu...walau apa yg ibu dh buat kat ayit, mlm2 ayit tetap cari ibu...... T____T
Ayit....maafkan ibu sbb paksa ayit membesar dgn cepat sbb Tiya dh ada....setahun 7bln ayit dh jd seorang abg....ayit dh terpaksa tolerate dgn ibu n abah n baby tiya....tp ayit good boy, ayit tak byk ragam walaupun sgt manja....ayit faham ibu...w/pun ibu selalu bebel, ayit tau dlm hati, ibu syg ayit....ayit tetap sygkan tiya, tlg ibu jaga tiya, walaupun ayit sndiri lum puas nak bermanja dgn ibu.....
Ibu abah besarkan ayit dlm keadaan yg sgt sederhana...kita tak mewah mcm org yg mewah...kita cuma mewah dgn kasih syg aje....ibu harap bila besar, ayit tak salahkan ibu sbb tak beli smua yg ayit nak....ibu harap ayit besar, ayit tak segan dgr cerita susah senang kita....sbb semua tu berharga buat ibu dan abah.....

Grow up and be brave my dear Ayit....byk dh kita lalui bersama....more to come my son...ibu harap ayit tabah....so that bila ibu dan abah dh tak ada di dunia ni, ayit boleh jaga adik2...mereka semua mengharapkan ayit nanti..... :)

And when u grow up, dh boleh kahwin, jgn cari isteri mcm ibu...cari yg lebih baik, lebih beriman, lebih keibuan dr apa yg ayit nmpak pd ibu... :)

so that ibu akan tarik nafas lega, sbb ibu tahu cucu2 ibu akan membesar dgn baik....lebih baik keadaan mereka dr ayit...Insyaallah..... :)






My dear Nur Athirah Raisya,

You're my angel....sinar dlm hati ibu...mengandungkan tiya langsung tak beri masalah pd ibu...dr dlm perut ibu tahu tiya seorang yg kuat semangat...tiya independence, berani dan tak cepat mengalah...ibu tahu, sbb sedari tiya dlm perut ibu, kita dh lalui masalah besar sama2....tiya yg teman ibu pg ptg berulang alik ke umah yg jauh...tiya tahu ibu penat, tiya tak bg ibu sakit...dan tiya bg ibu peluang utk bersalin secara mana yg ibu impikan...senang membesarkan tiya....tak byk ragam, dan sgttt syg abg long....
Ibu minta maaf sbb waktu tiya jatuh sakit, ibu lambat dapat tahu...ibu patut lebih tahu dr org lain, sbb ibu ni ibu tiya....ibu minta maaf kalo sakit tu dtg dr ibu, atau kecuaian ibu...
Tiya 3 kali keluar masuk hospital...dh kering air mata tiya, air mata ibu...tp setiap kali tu lah, tiya cuba tahan...tiya kuat, sangat kuat....
Sekarang tiya dah besar. Dah jadi kakak. A good kakak you are. Alhamdulillah. 


Abglong &  kakak. 
Terima kasih sebab ada dalam hidup ibu. 


*safiyya punya entry kena asing. Panjang berjela satgi. Hahaha.