Friday, April 19, 2013
We deserve to be Happy... :)
Monday, April 15, 2013
After 4 months of hibernation...
Sebulan pertama ci on medical leave, preterm labor threaten. Duduk tgu baby Safiyya kuar.
Sebulan kedua berpantang.
Sebulan ketiga dan keempat, membina bonding maha rapat dgn anak2.
Ya Allah... Indahnya 4 bulan tu, Allah sahaja yang tahu. Ci tgk anak2 membesar depan mata. Anak2 makan apa shj yg tangan ci siapkan. 3 anak bawah jagaan ci, mengajar ci betapa besarnya nikmat Allah beri. Betapa Allah tunjuk ci apa makna sabar, apa makna tahan marah, apa makna teruskan kerja walaupun penat, dan bagaimana tunjuk teladan yg baik, instead of mengarah tak tentu pasal.
Oh yes, anak2 absorp apa shj yg ada depan mata.
Marah anak sbb makan keropk bersepah, tapi atas meja makan lupa nak bersihkan. Tegur anak main toys tak reti nak simpan, tapi kain berlonggok ibu lambat nak lipat.
Yup, ci kata kat diri sendiri.
Sbb sekarang ci faham benar kenapa ayah ci dulu tempelak, kami adik beradik lambat basuh kain, or biar kain dh penuh bakul bru terhegeh2 nak basuh. Sebab dia basuh baju setiap kali dia mandi. Mandi n laundry all one shot, so xde la baju yg bertapuk lama2 dlm bakul. Ayah even xdak pun bakul. hihihi...aah, ayah ci basuh baju dia sendiri. sesuatu yg suami2 lain boleh ambil iktibar.... :)
Begitu lah juga ceritanya dgn solat. Tempelak anak tanak/tak berminat nak dtg ke sejadah baru yg comel yg dibeli. Cuba tgk adakah kita sendiri bergegas ambil wudhuk bila dgr azan; esp kat rumah bila anak2 ada, or waktu azan kita dok melopong tgk tv. Adakah kita selalu berjemaah. Adakah kita ajak anak bersolat sama, adakah kita biar anak tgk kita solat or kita halau anak suruh duduk jejauh.
Kepimpinan melalui teladan.
Apa yg kita buat, mata2 kecil dok pandang je....hihihi... :)
Tough kan. Sgt scary sebenarnya.
Bila Allah beri anugerah, in this case, anak...Allah beri sekali tanggungjawab.... :)
Betapa besarnya tanggungjawab ni, sbb melalui kita lah, sedikit sebnyak mnjadi acuan apa yg anak kita akan jd. Jgn tgk akademik shj, pandai xpandai...tp adakah dia membesar mnjadi hamba Allah yg sejati....
Kalau ya, Alhamdulillah, sujud syukur, tanggungjawab kita dah selesai. Diselesaikan dgn jayanya.
Okey, berbalik cerita ci nak masuk kerja balik....arini hari kedua ci hntar anak2 ke Educare IIUM. yup, all three of them. Ayit ok, Fiya ok. Yang tak berapa okey, is si kakak Tiya...
Banyak kali dh attempt nak hantar, pastu dia demam. Ci rehatkan dia kat rumah. Pastu nak hantar balik ke nursery, at least nak biasakan dia before ci masuk opis balik.
Menangis melalak meraung depan pintu sekolah.
Bila tanya nape kakak tanak g sekolah?
Kakak mayuuuu (maluuu)
Allah, anak dara ci nih.
Fikir2 balik, elok la ada sifat segan silu, pemalu...dia kan anak dara...xde la nanti kena ajar malu pulak bila dh terlebih ramah sgt...hihihi.... :)
Allah...
Bulan ni tanda kami dh 5 tahun disatukan.... 5 tahun dah berlima.... 6 tahun berenam kah?
Hahahaha.... ok gurau.... ;)
Thursday, March 7, 2013
What should i do?
Being an easy baby of 1month old, Safiyya tak banyak meragam waktu siang. Even rumah sebelah tgh renovate, bunyi drill la, org ketam kayu la apa la, Safiyya still manage to sleep well.
Tapiiii.....dia sgt senang bangun bila dengar abg or kakak dia gelak/main...
Ci tidokan safiyya kat ruang tamu, sbb safiyya tak suka duduk dalam bilik sorang2. Kat ruang tamu jugak la ayit n tiya nak main. Bilik sendiri ada, tapi drg lg comfortable utk main depan ibu. Senang nak tunjuk "Ibu tgk niiii...." bila ada benda best or achievement yg drg dapat buat.
Bila adik asyik terkejut dgn suara nyaring kakak n abg, ibu laju je cakap "eh, korang slow ckit boleh?"
Try saying 'please quiet' to a 4yo and 3yo....what do u get? A blur face....cute, but blur....
Hahaha....
The thing is....ayat "eh, korang boleh slow ckit tak?" sama je dgn ayat "korang boleh diam?" Bunyi a bit garang n tegas, but pretty much the same thing.
Kalau sekali, takpe la...kalau dua puluh kali warning mcm tu, mcm mana la ayit tiya nak berkembang. Asyik suruh diammmm je....kan?
Haih....
Mommies out there, what do u do, if you're in my shoe? (I'm size 9 by the way..hihihi....)
Monday, March 4, 2013
Confinement : My way... :-)

Dah merdeka... Dah yabedabedu smlm... Day 45 ci dh sampai PD. Oh well...
2. Jgn tgk tv benda yg merapu yg buat serabut kepala... Musim awards ni byk tunjuk movie pening kepala yg artistic, jangan tengok!
3. Buat simple jadual utk diri sendiri. Bangun pukul berapa, mandi pukul berapa, berbengkung bertungku bila, masak bila,nak pump susu, nak siapkan baby pukul berapa. Jadual ni mungkin akan lari, dan ikut timing baby, but it's okey. At least ada guide.
4. Masak ala kadar.. Lauk pantang mmg ala kadar pun kan. If only kita dh meloya tgk lauk yg sama kita masak, be creative. And still, jgn penatkan diri dgn hanya memasak. Kita kan dlm pantang...
5. Bab main air, ci terpaksa langgaq, sbb ci kena mandi kan depa, kena siapkan, basuh poopoo, basuh kain... Tp make sure kita buat cecepat and pakai stocking right after that. Jgn biar bdn basah lelama sgt.
6. Elak angkat bnda berat. Kalau pun terpaksa, angkat perlahan2... Nak elak dr peranakan jatuh.
7. Jgn tinggal berbengkung, bertungku, berstocking and makan ubat or herba utk selepas bersalin. Sgttt membantu utk pulihkan dalaman.
8. If rasa kebas kebas kaki, rasa seram sejuk, cecepat tungku. Letak minyak panas and pakai stocking. Jgn sampai demam ye.
9. Sabar dan jgn melenting. If anak kita yg lain lasak or sepahkan rumah. Jgn tergesa utk kemas semua. Pesan pd suami utk terima keadaan rumah, sekurang-kurangnya smpai kita agak sihat dan kuat.
10. Rehat kalau boleh... Selama mana yg boleh. Selama mana yg sempat.
11. Jgn dok gatai pi timbang badan selang sehari. Huhuhu...
12. U know ur body well. Buat mana yg mampu. Kalau rs semacam, berhenti dan jgn salahkan diri kalau xlarat.
13. Doa dan tawakal....
Friday, March 1, 2013
T.O.Y ^_^
43 days of confinement, ci n family singgah Selayang Mall....
Niat di hati nak cari baju anak2. Sebulan lebey xkuar jenjalan, excited bukan main ibu pantang ni. Kira aci la kua umah on 43th... Hihihi...
Being a mother of 2, ehhh 3, ci n hubby dh naik seram kalo pg ke shopping complex. Still traumatized by incident last few months, ayit mcm kena rasuk bila jmpa kedai toys. Menjerit2 nk beli. Bila dh beli, baru kua pintu kedai, dia campak n nak toys lain. Xnak gaduh or marah dia in public, ci suruh dia pilih toys lain. Bnda yg sama jd, kua kedai trus baling n nak toys lain... Kussss semangat... Leh ilang akal dibuatnya....
So, we rarely go to shopping complex that we're not familiar with. Setiap selekoh kami kena hafal sbb nk elak laluan red alert, yg ada toys.
Oh no, we're not a strict parents yg mmg xkan beli toys sbb takut anak leka main, xnak baca buku or etc... Ci mmg galakkan main, and believe me, toys dh byk tong smpai kena donate kat org.
2nd reason, ayit selalunya beli atas dasar nak beli. Dia belum ada sense of belonging lg atas toys dia, lom 5 min, dh cabut, dh patah, dh koyak, pastu dia campak. Tiya okey lg, she's only 2y.o. So, dia faham when i say no, means no. Bukan when ibu say no, kna tnya balik why no.. Hihihi...
So, tadi kami jenjalan dgn penuh strategy. 'Elak kawasan red alert'...
But then, u know these people yg rent out shoplot, drg tau tu jln utama, depan escalator; haaa... Tang tu la nk letak kedai mainan seketol. Dgn lampu liplap, dgn kaler terang2,for sure la budak2 terkesima terpesona... Kan...
Tadi, mmg terpaksa jugak lalui kedai tu. Sbb betul2 sebelah escalator...
Ayit nmpak, dia mcm nak pegi... Dia toleh tgk muka ci... Ci tak kata apa, tp from the look in my face mmg clearly nmpak disagreement.
Ayit kata ' Toys xnak la ibu, dh banyak. Dah beli buku tadi... '
Legaaaa dia dh faham...
Lega xpayah hadap babak2 drama dia melalak depan kedai..
On top of all, after all that lega, ci bangga...
Fhew! Alhamdulillah... :-)
Saturday, February 9, 2013
Set Berpantang...
Few friends pm ci tanya set berpantang apa yg ci pakai. Bg yg lum tahu, ci guna Tropical Herbs from Amway.
Dek kena paksa dgn mak and kakak ci nun kat Canada tu, ci beli jugak sekotak. Asal niat nak beli jenama lain. Kakak ci penah pakai utk anak dia yg no 2 dulu.. Dia punya la recommended. Skrg dia tgh pregnantkan anak ke 4, ci dah pos sekotak utk dia naik kapal selam. Harap sempat sampai b4 dia meletup. Hehehe...
Walaupun ci berpantang sdn bhd, ci still percaya herba2 tradisional, serbuk2 tempek2 kat badan ni... Baru la nampak and rasa mcm org dalam pantang kan. Ci ngaku ci tak strict sgt, sbb sendiri2 je kan, nak kena uruskan 3 anak lg (byk hari drg xnak pegi nursery sbb tahu ci ada kat umah), tapi mana yg termampu ci akan ikut dan buat...
Memula yg ci guna, herbal bath n douche... Basuhan bawah tu mmg fresh, esp lepas bersalin. Mana dgn sakit, luka jahitan lagi. Hadoii laaa.. Tips from me, beli bantal nursing or small pelampung. Utk elakkan kita duduk atas luka tu. Kalo terkena, mmg ouchhhhh...guna basuhan ni,luka cepat baik. By day 5, ci dh leh duduk tanpa nursing pillow ci dah. Herbal bath pun best. Bau mcm teh, tak la kuat sgt. Ci tak bilas dgn air biasa, biar herba tu melekat kat bdn.
Ada herbal tea... Yg ni rasa dia ehem2 mmg mcm herba. Hehehe... Yg hardcore leh minum camtu je, yg xberani mcm ci leh campur dgn madu ye....
Pil ada 2 jenis je, makan after hari ke 10 utk no 1, dan after hari ke 24, utk no 2 punya botol. Ci bru makan yg 1...sepanjang makan, badan rasa sedap, byk kuar angin. Pil tu dlm bentul kapsul, xdak rasa apa trus telan. Hehehe. Ci makan sekali dgn multivitamin, and lepas ni ci nak sambung balik makan obimin. Pil ni xkacau bf pun, sbb sepanjang ci makan, baby xmeragam, susu pun banyak. Alhamdulillah...
Yg ci suka sgt, bengkung amway. Dapat free lak tu. Bengkung amway panjang, senang nak pakai sendiri. Before that, letak pes peramping perut dulu. Bancuh jdkan pes, sapu kat perut, lapik dgn tisu (xnak bg kotor bengkung), then start lilit bengkung. Rasa panas2 sedap je... And after berapa kali pakai, perut makin flat. Yippy! I just love bengkung!
Then ada param n pilis. Pilis ni, utk sapu kat dahi, ci campur ckit dgn bedak sejuk. Sebab nak bg lekat kuat ckit. Takde la berterabur kat baby bila kita bf kan...
Ada sesapa pernah pakai set ni? Tak rugi kalo beli... Sbb memang best.... :-)
Sunday, February 3, 2013
My Birth Story...18 January 2013
Pagi tu mcm biasa, siapkan anak2 ke sekolah...bila dh terlampau sarat mcm ni, hubby ci dh tak izin ci duk sensorang kat umah. so, dia bawak ci g site dia. Seribu rahmat ada kwn site, Liza, yg pregnant jugak, leh la borak2 mak buyung sambil tgu hubby habis inspection. Selalunya lepas habis, kami g date makan pagi, or tengah hari, and dia hantar ci balik so ci leh rehat2 sambil tgk tv (of coz channel home & health...leh tgk org beranak hari2) :)
Malam tu sempat ci masak utk family...sambal udang, sup sayur dgn telur dadar... :)
Dan, mcm biasa, contractions dtg on off mlm tu...Hubby ci ckp, kalo tgk ci dh takleh cakap, takleh bangun, takleh jalan, baru nak hantar ci g GMC...huhuhu...dia pun xlarat nak layan false alarm dah kut....
Ci tidur dgn aman sepanjangggg malam.... :)
18th January 2013
Pagi tu pun, mcm biasa, siapkan anak2 ke sekolah. Pegi bekfas dgn hubby kat Fazlina Maju. Ci ingat lg ci pegi 7Elevan lepas tu beli majalah Mami& Baby. Hari tu kawan hubby, Liza takde. So, ci duk srg dalam cabin sambil main fb, baca majalah, sementara tgu hubby. Baby menendang mcm biasa, so ci tak saspek apa2. Siap tgk youtube, how to induce labor naturally. Ada satu video ni, mummy tu practically lompat bintang. seriusly lompat tgi! Dalam hati, ni kalau tak beranak jugak, mau sakit perut nih...hahahaha...
Lunch tu, disebabkan malas, ci ajak hubby lunch lg sekali kat Fazlina Maju. Lepas tu, ci suruh hubby hantar ci balik, sbb rasa mcm a bit penat and ngantuk. On the way balik, ci teringat rojak buah pakcik sri gombak. Ci request nak rojak buah and soya pakcik tu. Kebetulan time tu, pakcik tu tgh on the go, terpaksa la kami kejar smpai pakcik tu berhenti...hehehe...ci pesan letak nenas sekali. No harm pun makan nenas kan, since dh nak beranak pun. Tu pun salah satu nak induce labor naturally jugak. :)
Lepas rehat kat umah, kami g amik anak2...mlm tu makan tapau je, sbb rasa sgt penat...Nasib ci xbaik, benda yg kami tapau semua rasa tak kena di tekak. Masin la apa la....perut lak rasa semacam....ci bgtau hubby nak masuk tidur awal, and kalau dia dh nak tidur, kejut ci sbb ci nak solat Isyak.
Pukul 1.30 pagi, ci terbangun sbb rasa cramping. Ci kejut hubby, mintak temankan ci solat kat luar. Lepas je salam, perut ci mcm tersentak. Rasa sakit mcm biasa, tapi a bit more intense than usual. Hubby ci, tetiba pegang penyapu, sapu satu rumah, kemas ruang tamu. Bila ci tanya 'Abg ni nape?' Dia jawap 'Nanti ramai nak dtg umah kita' hehehehehe.... Dia tanya ci whether dah nak pegi GMC, ci mintak dia tgu sampai kol 3.00 am.
3.00 am...memang sah contractions...sakit sgt intense smpai ci takleh berdiri tegak, everytime contraction, ci duduk dlm position merangkak kat atas sofa. Tgk ci mcm tu, hubby ci terus ajak ci g GMC. GMC dgn umah ci just 5 minit, kami pun capai apa yg patut, trus gerak ke sana. Sbb terpaksa tinggal bebudak yg still tido, hubby ci pun just drop ci kat GMC, and trus balik umah. Little that we know what will happen next.....
Sampai ci kat ward, nurse nama Kak Wan sambut ci. Memang sunyi sepi GMC pagi buta tu, ci srg je patient. Ci masuk labor room, pakaikan ctg before nurse nak wat ve. Dalam 15 minit, ci tnya nurse, 'Ada contraction kan?' just nak be sure...Kak Wan kata, mmg kuat, mmg kena warded mcm ni. Ci nmpak tru kertas, nmpak wave contractions. Dah mencecah 100 dah pun. Kak wan pun check jalan ci. I was so sure it will be 3cm...huhuhu....
'Awak dah 5 cm' haaaaa? ye ke......i'm half way tru....ci tgk jam. Baru almost 4am. Tak sempat kalau hubby nak dtg. Kalo ikut sejam 1cm, mungkin sempat. Ci whatsapp hubby ci, dia kata nanti lepas hantar bebudak ke skolah, dia dtg teman ci bersalin. He was so sure...I was not...sbb sakit dh mcm makin kuat and rapat.
Ci masuk ke ward menunggu, wad Rose sementara nak tgu fully dilated. Nurse bg ubat poopoo kat ci, utk ci kosongkan tangki. Ci try minum air zam2 and kunyah kurma. Ci kol mak mertua ci. Kol hubby ci lagi. Minta dia doakan semua, bgtau betapa takutnya ci, betapa nevesnya ci, betapa ci tatau apa nak jadi kemudian, betapa ci nak dia ada kat sbelah ci. Kak Wan masuk ke wad, dia tanya ci okey ke tak? Dia try sembang dgn ci, tapi time contraction, ci mmg dh takleh nak cakap. Dia suruh ci baring, ci try tapi dh tak boleh. Dia minta izin wat ve lg sekali.
'Roziana masuk labor room balik la ye....dh nak 7 cm dah ni'
Setengah jam, dr 5 cm ke 7 cm.....Allahuakbar.....
Bila masuk balik labor room, nurse kosongkan bladder ci (i hate this part)...contraction makin kuat, tapi ci leh handle, sbb benda ni la yg ci rasa hari2 pun...huhuhu....sepanjang masa ci sebut 'Laaillahaillallah' utk redakan sakit....it works wonderfully.... :)
Time ni ci sempat lg upload gambar ward dlm fb....sempat balas komen....sempat berfb dulu, pdhal dh dilated 8cm dah pun. Bila kak wan check and bgtau 8cm, dia berlari kol Dr. Fidak suruh datang cepat. Dalam 10 min, Dr. dtg. Ci simpan hp belakang bantal, in case nak kol sesapa nanti.
Dr. Fidak dtg je, dia trus pecahkan ketuban ci. I was fully dilated. Dr. kata 'Roziana, awak cuba teran...' ci dh blur...teran? nape nak kena teran? tak rasa pun nak teran....tp ci try...rasa mcm kua lebihan air ketuban je (or darah?)...ci request nak gantung kaki kat stirrup, sbb tak reti nak pegang kaki sendiri (plus xlarat)...sekali lg Dr. kosongkan bladder ci. Lepas tu ci rasa contraction kuat sgt. Dr. suh push lg.....
Ci kata 'Dr., saya tak rasa nak teran pun...'
'Takpe Roziana, baby dh kat ctu dah. Awak tak rasa pun, teran je'
Ci kumpul segala tenaga yg ci ada, ci push sekali....kak wan and Dr. guide ci. Sekali push, ci stop, mintak nak minum air sbb dahaga sgt. Time ni, mertua ci kol. Bervibrate ci rasa bantal sbb ci letak hp bawah bantal. hehehe... Sekali lg ci push sekuat hati....ci rasa sumthing kua, rasa panas kat bwh tu...Dr. bacakan doa sekuatnya. Bila nmpak ci teran kuat sgt, Dr., suh ci stop, 'Jangan teran kuat sgt Roziana. Bernafas ikut mulut awak'
Allah saja yg tahu apa yg ci rasa time tu....the pain, the feeling...mcm nak tercabut nyawa....
Tetiba ci nmpak mcm Dr. sambut sumthing...diam sekejap, pastu bunyi 'Uwekkkk....' kak wan trus letak kat dada ci....still tergantung kaki, ci mintak nak amik gmbar, nak send kat hubby...ci tak perasan bila uri kua, tapi ci nmpak mcm Dr. tgh busy nak jahit ci. Dia kata, byk koyak sebelah dalam, sbb awak teran kuat sgt....huhuhu....
Ci kol hubby....dia punya la terkejut, sbb dia ingat dia sempat nak dtg...it was only 5.45 am.
Lepas dh siap semua, ci salam dgn Dr., masuk ward ci balik. Ci mintak nak susukan baby.
Alhamdulillah, Nur Safiyya Raina selamat dilahirkan pada 18 Januari 2013, jam 5.45am. Berat 3.25kg, panjang 53cm.
#naturally induce ur labor, mmg berkesan....hihihi... ;)







