Monday, February 17, 2014
Wednesday, November 20, 2013
IIUM Ummatic Global- Art Of Cake Decorating 2013
Dua minggu lepas, kawan ci, Ida Rahayu pm ci kat fb. Tanya
ci kalau2 ci nak join pertandingan deco kek. Nak terlepas hp waktu tu, sbb tak
terkata apa. Hihihi. I don’t know anything about cake! Kek pun ci tak suka
makan, apatah lg nak hias nya.
Last time ci buat kek, tu pun brownies, resepi dpt dr kakak
ci, dr Nigella Dawson. Setengah jam pun dh boleh siap. Tu pun brownies ni mmg
comot rupa bentuk dia, tak payah nak hias2 bagai. Hihihi.
So, apa yg buat ci masuk jugak?
- Nak challenge diri sendiri (macam biasa).
- Nak rasa mcm mana berada dalam pertandingan ala2 food network challenge.
- Partner ci bukan calang2 org, dia taukey kek. So, dah selamat kat ctu. Hihihi.
Dgn lafaz Bismillah, ci bgtau ‘Okey’ kat kawan ci. Sign up,
pay the fee, then tunggu hari pertandingan.
Ada la meeting dua kali, nak discuss pasal how we’re going
to do this, the timing, the design, the deco….pastu kebetulan kat kaed ada
sweets and candy fair, trus borong daco kat ctu. Semngat waja nih masing2.
Esok dh nak bertanding, arini bru terkial2 tgk youtube ‘how
to roll a fondant’.
Hahahahaha
Tarik nafas jap. Sambung gelak balik.
Hahahaha.
Oh Allah. Kenapa la cici oiii…
So yes, berbekalkan HANYA ilmu teori, ci pun pergi contest
esoknya. Jd org pertama yg show up. Dlm otak, fondant tu sama mcm playdough. Ulang ayat tu sampai nak muntah.
Kami di beri meja, nama team kami Cake’s Mommies. Sebab dah
mak2 org kan.
Bismillah. First time pegang fondat. Eh, betul la, mcm playdough.
Senang shj nak uli, bab nak colour tu a bit tricky. Sbb nak bg colour tu naik,
nak bg sebati. All and all, senang ajee…hihihi…thanx to ayu sbb assemble semua,
ci just buat as her instruction je. Dia kan mastermind.
Lepas dah siap semua, kena la present depan judges and students yg penuh dalam main auditorium. Mmg sebijik mcm food network challenge.
Bab present, pegang mic, mmg cici suka...tp suruh nyanyi, sorryyyyyyy...... hihihi.
'This cake is inspired by our daughters, as both of us are mothers..... ' ayat pun mcm mak mak jeee...
Selepas penat lelah, berpeluh berdiri sejam setengah, apa
kami dapat?
Dapat a bit of reality bites, sbb tgk kek2 org lain boleh
tahannn…!
Tapi, dah Allah tulis kan.
Kami dapat nombor dua!!!
Yeayyyy!!! *insert bunyi mercun papan.
Alhamdulillah. Sujud syukur.
Muka2 masing2 pun macam eh eh apa yg jadi nih…hihihi….
Hadiah duit RM200.00 dan sedikit cenderamata dr Chef.
Okey la, bahagi dua. Masuk pun melabur RM30 je.
Lepas post dalam fb, mula kawan komen, lepas ni ci boleh la
buat kek ke, bukak bakeri ke. Eh eh eh…rasa mcm tak sanggup je. Tangan keras
kut. Ci mmg respek, tabik spring kat org yg ambil order buat kek. Kakak ipar ci
salah srg nya. Tahap kesabaran sure tinggi kan….nak buat satu hal, nak kemas tu
a diff kind of story. Heeeee….
Tapi all and all, dah ada satu persepsi pada diri sendiri. If we push ourselves harder, we can do anything, Insyaallah. :)
Imposibble is nothing.
Labels:
cake decorating,
cici,
ibu,
iium
Wednesday, November 13, 2013
11 mo.
Dah hampir 11 bulan
ci bersalinkan Nur Safiyya Raina. Ya Allah, how time flies. Anak ketiga nih,
semua benda dia express.
Dapat tahu pregnant
pun express, mengandung rasa express, nak teran pun express, membesar pun rasa
lajuuuu je.
She is indeed an easy
baby.
Tak susah langsung
nak jaga dia. Nak dgr dia nangis teruk pun jarangggg sgt. Setakat ekkk ukkk nak
susu, nak ibu tu je lah.
Menyusu senang, tidur
senang, makan senang, bawak jenjalan senang.
What more can I ask
as a mum.
Yg kelakarnya, dia
kamcing sgt dgn abglong dia. Nampak abglong dr jauh dh tersengih2…the moment
dia nampak kakak, terus melalak tanak. Hahaha. Teringat relationship ci dgn
kakak ci, kak yeya. Waktu kecik kuatnya gaduh, semua benda tak kena. Bila besar
dh jadi rapat, mcm bestfriend. Okey, more than best friend.
As for makan, dia dah
tanak bubur nasik. Seingat ci, dia la anak yg paling awal reject bubur nasik. Nak
makan nasik betul je, yg lembut. Ni saja nak bg senang keja ibu ye? Hihihi.
Good girl!
The other day, waktu
mak ayah ci ada kat KL. Ci sembang dgn ayah, smbil jaga safiyya kat food court.
Abgery time tu bawak ayit n tiya main kat playground.
'Rasa² ayah future husband
safiyya tgh watpa la ni? Naik beskal ka... Dok main lego kaa... '
Ayah bls 'Tah² dlm perut, tak beranak lg...'
Ayah bls 'Tah² dlm perut, tak beranak lg...'
Possibly.
Hihihi.
Seronok bila predict
future anak2. How they will turn up to be. How you want them to be.
Ci berharap anak2 ci
membesar sebagai muslim yg sebenar.
Wah…big words sgt. First
step? Mesti la ibu kena belajar jd muslim sebenar dulu. Sbb anak2 kita akan
belajar melalui teladan. Bukan hanya arahan.
*self-reminder for cici
![]() |
Oh, ini cici semalam,
waktu attend conference for education. nak jugak ootd, fefeling vivy yusoff. hihihi.
Walaupun bukan conference tu bukan line ci, tp seronok kenal
dgn org2 baru, dr bidang yg lain. Mmg la terkebil2 bila drg cakap psl term in
education, but still, faham isi cerita dia, so okey lah. Hihihi.
Dalam education,
bukan yg diajar tu shj penting, yg menerima ‘pengajaran’ tu pun sama penting. Dia
faham ke? kenapa penting utk dia faham sesuatu itu? Bermanfaat ke ilmu yg nak
diajar tu? Or sekadar nak habiskan silibus je? Kkdg bila
masuk kelas, ci selalu tnya, kenapa la kena tahu semua nih. Bukan pakai time
kerja pun. Haih.
Ok dah habis cerita
psl ni. Krg ngantuk nanti.
Sapa kat sini
pengguna Dermagic?
Cici baru je beli
trial set semalam. Kes darurat muka kerutu mcm katak puru.
Tgu seminggu
nanti ci buat review.
Eh eh rhyme pulak. Hihihi.
Sunday, November 10, 2013
My bff…where art thou.
Safiyya dah masuk 10 bulan, ni bermakna, dah 10 bulan ‘kawan
baik’ ci tak datang lagi.
Waktu Harith, period ci dating balik after 7 bulan.
Waktu Athirah, 1thn 6bulan! Haiyoo. Tu pun dh naik gila
tahan senak perut, mcm nak sengugut, tapi tak keluar2 pun. Sekali pergi
mengurut, makcik bidan pesan ‘Nanti dh keluar period, jaga2 tau. Senang melekat
ni…’ ci senyum kambing mbekk mbekk aje.
Next cycle, period tak dtg. Melekat janin yg nama dia
Safiyya. [insert muka safiyya gigi 6 batang kat cni] ;)
After safiyya, now dh 10 bulan, my best buddy tak dtg jugak.
Bukan ci mintak pun dia dtg, lagi best kan, takde la insiden ‘messy’ and ‘bloody’,
boleh solat takyah cuti. Tapiiii, yg tak bestnya, symptom nak-datang-tapi-tak-datang
tu buat ci tak selesa.
Sakit perut. Cramp. Pening kepala. Craving benda merepek. Demam. And
all that.
Hubby ci pun dh naik pening. Sekejap nak makan satay, sekejap
nak burger, sekejap nak zinger. Hihihi.
If you're breastfeeding, this will help to delay the return of your periods. If you're still breastfeeding day and night, it can be up to a year before you have a period.i am normal. still. :)
http://www.babycentre.co.uk/x553493/when-will-my-periods-start-after-ive-had-my-baby#ixzz2kJzfrKBS
Labels:
breastfeeding,
ibu,
period
A husband.
I post a
status that day, and boy, my friends keep asking me about my husband.
Is he like
this and that.
Betul ke dia
mcm ni mcm tu…Nampak mcm garang. Mcm tak percaya je. Hihihi.
Ada satu
hari, ci tanya abgery, ‘Abah, kalau kakak bila besar, dia tanak pakai tudung,
abg nak kata apa?’
‘Kalau dia
tak pakai tudung? Abah pakai la, pastu abah ikutttt dia ke mana2 smpai dia malu’
Hihihi.
Yes, he’s
like that.
The reason
why I can give birth to 3 kids in 5 years of marriage, because he’s like that.
;)
Friday, October 18, 2013
Impian Cici
Waktu ci tingkatan 1-2, ci selalu berangan, nak jadi
pramugari. Nak terbang tinggi. Akibat selalu tgk kapal terbang kat awan, lintas
rumah mak ayah ci kat kedah. Tgk pulak iklan, pramugari cantik, sopan, kemas,
bergaya, ada kelas. Iya, ci tulis kat buku pencapaian, cita-cita : Pramugari.
Nak tergelak kalau fikir balik. Tinggi cukup, muka la kut
tak cukup syarat. Pramugari nak putih aje. Hihihi.
Selang beberapa tahun, ,maybe tingkatan 4, ci tgk movie
‘You’ve Got Mail’. Lakonan Meg Ryan dgn Tom Hanks. Meg Ryan ada kedai buku.
Terus jatuh cinta nak bukak kedai buku yg ada konsep. Siap lukis plan, layout
bagai. Rak kat mana, tempat baca kat mana, story telling session kat mana. Ci
tulis jadual, hari ni launch buku sekian2 penulis, esok ada aktiviti story
telling, konon nak ajak budak2 suka buku, mcm cici (ci obsess dgn bau buku
baru. Sape geng dgn ci?? hihihi)
Satu hari, ci sembang2 dengan kawan2 sekolah, apa nk jadi lepas spm,
nak sambung mana. Time tu selalu beli majalah remaja (dewan pelajar kot), ada
ruangan pekerjaan. Drg akan elaborate pro and cons jd begitu dan begini. Pro and
cons jd chef cthnya, pandai masak, gaji tinggi tp masa cuti susah esp festive
season. Mcm gitu la kekdahnya.
So, dok sibuk dgn kawan2 nak jd itu ini, tetiba ci terlintas
kat hati. ‘Aku nanti nak anak ramai. Aku nak jadi suri rumah…’
Bukan gatal nak kawen ke apa, takkkk. Hahahaha.
Belajar bersungguh jugak, sama mcm kawan2 ci yg nak jd
begitu begini.
Dapat jd pelajar terbaik.
Pelajar terbaik yg pasang impian utk jadi suri rumah.
Haha.
Ini bru kelassss….
Kalah yg nak jd pramugari tadi.
So, sejak ci dh hantar surat keramat ci, ci selalu rasa
doubt dlm diri. Lepas ni nak belanja mcm mana, cukup ke makan pakai semua. Boleh
survive ke, tak bergaul dgn org luar, mcm mana pulak nanti.
Biasa lah, mcm rama2 yg bru nak kuar kepompong. Takut, teragak2,
tatau dunia luar mcm mana.
Ci pegang satu benda. Rezeki itu rahsia Allah.
Mungkin Allah akan uji ci dgn rezeki yg kurang, tp hati yg
senang.
Ci rela terima, apa lagi lah yg lebih bahagia drpd dpt besarkan anak2 depan mata.
Sebab itu, bila org rata2 kata sayanggg nya ci, tinggal
kerja yg dh lama ci buat ni, ci tak rasa apa-apa.
Sbb apa yg ci akan tempuh nanti, pro and cons, mmg itu
impian ci, sedari ci 16 tahun lg.
Oh ya, lg satu impian, nak bukak kedai buku kan. Okey, ci
kiv dulu.
Sebab sekarang ci ada 3 benda nak handle.
Demure Collection, yg ci usahakan dgn dua rakan ci, khas utk
penggemar tudung yg labuh dan Insyaallah patuh syariah.
Ciciyaya Collection, koleksi baju kurung utk si comel.
Insyaallah akan masuk kain cotton juga.
Little Fingers Shop- educational toys, books utk anak2.
Walaupun kecil, tp setiap satu bawa makna yg besar bg ci.
Alhamdulillah, semua ini rencana dr Allah.
Labels:
bisnes,
cerita cici,
cici,
impian,
sahm,
suri rumah,
wahm
Monday, September 30, 2013
A Cute little thing called Chicken Pox
*Baca sambil buat chicken dance…hihihi*
Assalammualaikum semua.
Bulan 9 ni merupakan bulan yg paling tragis bagi ci dan
family. 4 org serentak kena chicken pox!
Lepas je cuti hari raya, hantar anak2 ke nursery. Baru dua
jam kat nursery, teacher call, bgtau abglong ayit dh kena. Terus pegi amik dia.
Dah nampak naik kat muka, tepi mata, instantly. Memula ci pelik, baru je hantar
td dlm keadaan sihat, ni dah kena chicken pox lak. Later that I know, mmg
chicken pox happen that way. Instantly! Oh yes, that fine day was the start of
sumthing so dreadful.
Day 1, ayit start demam. Panas jugak, smpai lembik dia.
Lepas makan ubat (pcm and anti-viral), sapu calamine, terus dia main mcm biasa.
Week 1, week 2, takde tanda2 sesapa pun akan berjangkit.
Ayit siap pergi sekolah mcm biasa.
Tetiba, ibu demam.
Ci start demam urat. Tak sedap badan, meloya, sakit badan yada yada. Bila jumpa doc, dia insist
suh ci buat upt. Ohoiii, anak baru 8 bulan dh nak kena buat upt. Mau tak senak
perut tgu result. Dalam hati duk karang ayat, kut2 pegnen, apa nak cerita kat
family dua2 pihak. Hihihi….result came back negative. Phew!
Khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin….demam ci on-off. Demam
jenis sakit urat, menggigil, pastu mmg terpaksa telan pcm, sbb tak tahan.
Pagi Selasa, sekali tgk badan ada biji2 kecik, berair. Ci
jerit pggl hubby ci. Hubby ci gelak je, ‘Aik, takan kecik dulu ibu tak kena
lagi?’ ‘Haa, ni chicken pox la kan…ibu dh kena time darjah dua. How come?’ Hmmmm…tak payah nak how come sgt dah la….virus
sekarang dah melalui proses mutasi, boleh kena kali kedua, kalau badan tak tahan.
Kebetulan, mungkin badan ci tak cukup protection. Tak kuat imun sistem. Haih…
Pegi la klinik uia, lepas hantar smua anak ke nursery. Beria
tunjuk small bumps kat badan depan doctor. Doktor kata ‘Tak payah selak la, muka
awak pun dh banyak…’ Gulp. Muka? Muka yg kalau naik jerawat seketul pun dh
kecoh? Yup, selang sejam, small bumps kecik yg berair plus sgt gatal naik kat
pipi, dahi, kat area anak rambut. Dok ulang tgk cermin kira bumps, lelama tak
terkira dah sbb terlampau byk. Hahahaha…
Day 1, day 2, mmg demam mcm nak m.a.t.i. hihihi…ci boleh
berfb sambil layan contraction, dilated 8 cm. Ci boleh berwhatsapp waktu doc
jahit bwh. Tapiiiii....Ci tak boleh even pegang telefon pun waktu demam campak. Punya la
lembik. Haiyooo…Start day 2, dh byk naik kat badan. Nasib baik dh kawen. Hahahaha….
Muka ci yg mengalami transformasi....hihihihi....byk sungguh dot dot dot..... :)
Week 1, week 2, ci dpt mc. Dalam masa yg sama Tiya pun kena.
Tp tiya ni special, demam sehari je, habis naik smua in one day. Pastu terus
hilang.
Week 3, ci naik kerja dgn hati yg berbunga2. Walaupun muka
berlubang2, but still berbunga2 la.
But Allah has a bigger plan for me.
Safiyya pulak kena.
Allahuakbar.
Lalu bermula lah episode tak best dalam hidup ci.
Nope, tak merungut pun, bercerita aje.
Ye la, hubby ci dh byk kali cuti sepanjang ayit tiya cici
demam….waktu safiyya, mana ada cuti dah. Cici pulak bru naik kerja dr mc 2
minggu. Takan nak cuti lg?
Dilema ibu abah bekerja, kan?
Mau takmau, ci amik cuti lg 2 ari. Dan 3 ari berbaki tu
hubby ci jaga Safiyya.
Akibatnya sgt tak best utk diceritakan. Pendek kata, tak
semua org faham. Yg org faham, kita dh digajikan utk bekerja, kenapa tak kerja?
Kenapa kena cuti? Takde tempat ke nak hantar anak, takde orglain ke boleh jaga?
Kerja awak, sape nak buat? Sort of like that.
*angguk-angguk, geleng-geleng*
Nak jadikan cerita, Safiyya pulak lambat kuar habis campak
dia. Week 2 bru kuar semua sekali.
Rezeki ci dpt suami yg sgt sgtttt byk membantu, di kala ci
dh takde cuti nak amik dah. Love u abg... Hihihi…mcm harini, pagi smpai tghari bawak safiyya
ke opis, lepas lunch hubby ci bawak balik rumah. Apa lg yg boleh kami buat kan.
Sepanjang sebulan ni, banyak onak duri dh kami lalui. Ececeh….mmg
terlampau banyak kepayahan, kepenatan yg kami kena handle.
Penat jaga anak sakit, penat nak jungle masa, penat nak
layan org yg tak faham. Serba-serbi penat. Smpai menangis2 ci, mcm budak kecik.
Ayayayayaiii....
In the end of the day, semua benda ada hikmahnya. Disebabkan
kejadian chicken pox ni, byk benda yg berubah. Byk benda yg kelam-kabut
sebelumnya, sort in place. Maybe Allah nak prep ci, utk future yg mungkin lg
mencabar. Who knows kan.
Terima kasih mak ayah mak abah yg tak jemu2 dtg melawat, sbb
tahu kami mmg kuarantin kat rumah je.
Terima kasih kenkawan yg bg semangat bulan bintang kat ci.
Yg pujuk hati supaya ci kuat.
Special thanx to my adik-beradik, in laws, adik Kina, Kak Erda, Diana.
Dan terima kasih kepada suami ci, my boss, Encik Mohammad Hairy.
Pengorbanan dia hanya Allah yg boleh balas.
:)
Oh sebelum ci lupa....if this happens you, or your kids, pergi klinik dan dptkan ubat anti-viral. Sumhow ubat tu bg baik cepat. Ibu menyusu takleh makan ye. Letak calamine lotion byk2. Kalau nak guna daun semambu, air beras, kunyit, halba, pun boleh...byk petua utk chicken pox ni. Take care all... *hugs* :)
Oh sebelum ci lupa....if this happens you, or your kids, pergi klinik dan dptkan ubat anti-viral. Sumhow ubat tu bg baik cepat. Ibu menyusu takleh makan ye. Letak calamine lotion byk2. Kalau nak guna daun semambu, air beras, kunyit, halba, pun boleh...byk petua utk chicken pox ni. Take care all... *hugs* :)
Labels:
cerita cici,
chicken pox,
cici,
ibu
Subscribe to:
Posts (Atom)













.png)




