Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Wednesday, June 25, 2014

Argan Discovery Set testimony by Cici



Assalammualaikum semua. :)

Sebelum ci mula cerita, nak bgtau yang review ni tak dibayar oleh Secretleaf ye. Memang ikhlas dr hati yang suci murni gitu. hihi.

Okey, here goes.

Ci rasa ramai org tahu yang ci bergelut dengan masalah kulit jadi-tah-hape-hape lepas ci terkena demam campak tahun lepas. Aah, kulit ci jadi kering melampau kat satu dua area, yg lain jd oily. Kering tu sampai bersisik. Ni kes pakai krim doctor bagi, dia kata boleh hilang parut, sekali pakai, dengan kulit-kulit ci hilang sekali. haih.

Sejak dr itu, segala mak nenek la yg ci cuba pakai. Yang dr internet, yang on the counter, semua ci rasa nak beli. Ci consume Herbasuci vco softgel, utk kulit. Alhamdulillah, mmg kulit jd better, tapi ci betul-betul nak satu set of beauty regime yang ci boleh stick to. 

Kebetulan satu pagi tu ci buka Assalammualaikum di Tv Al-Hijrah. Memang tgh promo produk Secretleaf Discovery Set ni. Drpd RM138, jadi RM100 sahaja. Tiba-tiba rasa tergoda, sebab ci dh try bykkk oil yg claim boleh cure kulit kering, tapi end up muka ci jd unbalance. Yang kering tak cure pun, tambah oily lak kat tempat lain. Haih lagi.

Argan Oil- Liquid Gold of Morocco so they claimed. :)

Lepas ci pm page dia, terus ajak hubby pg pickup kat HQ, kat Prima Sri Gombak aje. 

Set ni ada 4 benda:

  1. Argan Hydrating Cleanser
  2. Pure Oil Series 01
  3. Argan Age-Reversal Day Cream
  4. Argan Rescue Night Cream

Lengkap! Tak payah campur-campur dah dgn produk lain.

Pengalaman cici;

  • Argan Hydrating Cleanser
I do think this is a winner! Pertama kali ci pakai clenser ni, muka jadi Subhanallah lembutnya. Kat bahagian kering bersisik pun jadi lembut sangat. Muka jd fresh, memang terasa bersih! 

  • Pure Oil Series 01
Yang ni memula rasa janggal juga, ye la, nak sapu minyak kat muka kan. Org Secretleaf kata pakai setitik shj, gosok sampai tapak tgn rasa suam, baru apply kat muka. Amazingly, muka tak berminyak pun. Meresap terus sampai ke dalam. Ci pakai setiap kali lepas cuci muka. Pendek kata, lepas setiap kali amik wudhuk pun ci sapu jugak setitik. Oh, minyak ni leh pakai satu badan, rambut, kuku. Hebat kan!

  • Day Cream
This one, hmmm, can be a bit oily for me. Ci pakai dalam jumlah yg sgt sedikit, sapu nipis shj, baru okey. So far, nampak condition kulit jadi better, A lot better! Esp part yang bersisik dah tak bersisik dah. Alhamdulillah.

  • Night Cream
Another winner at my heart! Pernah tak kita sapu something kat muka kita, pastu immediately rasa yg krim tu bekerja utk kulit kita? Haaa...mcm tu la rasanya everytime ci sapu night cream. Non-greasy, tak berminyak mcm sesetengah krim malam. Bila bangun tidur pun muka nampak moist! Sangat suka sampai senyum tgk muka pagi-pagi sambil kata 'Assalammualaikum awak!' hahaha.

*******************************************************************************

So, adakah ci akan terus menggunakannya?
Definitely yes. Escpecially bila Secretleaf nak keluarkan product baru lagi, mcm toner dan serum.

Adakah ci recommend utk orang lain menggunakannya?
Highly recommended. Especially bila dh masuk ambang 30-an ni, kulit kena extra care, extra love and tender. Dah takleh pakai product2 yg harsh, yg claim putih 3 hari and so on. Kena betul2 pilih produk yang se'natural' yang mungkin.

Yup.
Itu cerita cici pasal Discovery set by Secretleaf. Bagi yang nak mencuba, boleh google kedai, toko jamu yang terdekat atau boleh ke fb page Secretleaf    boleh tgk promosi atau produk terbaru dari mereka.

Semoga bermanfaat.

With Love,

Cici


*Jangan lupa like page Ciciyaya Shop juga ye. *wink*


Friday, June 20, 2014

Jom Solat dgn Anak-anak

Kita boleh galakkan anak-anak utk bersolat dengan:

- Solat bersama mereka, atau depan mereka. Biar permandangan ini jadi kebiasaan bg mereka dr kecil.

-Terangkan dgn bahasa mudah kenapa kita perlu solat.

-Hadiahkan mereka sejadah/telekung, biar mereka pilih sejadah kegemaran mereka.

-Ajar cara solat dgn betul, terangkan dgn menunjukkan qiblat ke arah Ka'bah.
Beri mereka kompas, minta mereka cari qiblat.

-Solat berjemaah, dgn keluarga atau rakan sebaya mereka.

-Beri galakan dan pujian, walaupun solat mereka belum sempurna.

                                                  Ciciyaya Shop

Tuesday, June 3, 2014

A day as WAHM

Waktu mula2 ci start jd working at home mum, life's great!
Bayangkan la 8 tahun buat rutin yg sama, 5 years drpdnya ci lalui dgn pagi yg hectic nak uruskan anak2.
Sekali, tiba2 rutin dah tukar. Rasa mcm a longggg vacation. Hooreyyy!  ^_^

Masuk bln kedua, rutin tunggang-langgang lagi. Still tak decide bila nak masak, pukul berapa nak homeschool anak, nak buat kerja, nak layan customers. Pendek kata, buat mana sempat, go with the flow.

Third month, dah mula rasa exhausted. Kerja tak siap, penat je lebey. Buat kerja sana skit, tak habis, sambung kerja baru. Cth nak kemas bilik, sekali msg cust masuk, duduk lama belek msg2 yg masuk. Pastu by the time habis, anak2 dah minta nak turun main. Haaa...
Banyak benda tercicir sbb tak mampu nak kendong semua. Ci jd a bit distracted sebab kononnya penat. Huhu.

Transition drpd full time working mother, jadi working at home mum mmg menjerihkan.

So, time goes by, baru la ci hafal rutin, ci set the rules. Bila nak buat apa, mana satu nak buat dulu.

Sebab, kita lah penentu kpi kita sendiri. Takde sape nak call dan kata 'saya nak awak sidai baju sebelum lunch, make sure siap', or 'saya nak awak hantar baju berlipat ke bilik saya asap'.
Takde sape.
Melainkan kita yg tolak diri kita sendiri.

Ada kalanya, ada harinya, ci stucked depan tv. Kononnya nak balas dendam sebab selama ni xdapat tgk tv, skrg nak ngadap puas2. Natijah, semua kerja tangguh, anak2 main tanpa input drpd cici. Too bad.
Allahuakbar. Nasib baik tak melarat.

So yes, cici buat jadual. Jadual cincai2 bgtau pukul bpe masak, mandikan anak, solat, makan bila, homeschool bila, dan bila nak uruskan bisnes...

Even simple thing, yg kita rasa kita boleh main congak dlm kepala pun akan jd payah kalau kita tak push utk buat.

Daily timetable tu, mostly hari biasa, yg tak ada apa2 yg berlaku, mcm tetiba hubby ajak keluar, atau ci keluar amik stock atau family ci datang, atau apa2. Iya, beri ruang juga utk benda2 ad-hoc terjadi, tapi nanti cover balik, esp. kalau kita ikut apa2 silibus homeschool anak2.

Well, that's about it. Thanx sebab sudi baca - wink*. Bagi kawan2 yg akan, baru memulakan hidup sebagai surirumah atau ibu yg bekerja dr rumah, good luck! Insyaallah, kita dah di dalam track yg betul, cuma perlu tolak sedikit utk jadi lebih dari 'biasa'.

With love,
Cici.

Thursday, May 29, 2014

Sakit Jiwa...

Dear mommies, 

Susah utk kita sorok perasaan bila baca psl anak 6 tahun kena pukul, simbah air panas smpai meninggal oleh ibu sendiri kan.
Berkecai rasa hati.
Ci cuba takmau fikir dalam2 sgt, apa yg ibu dia fikir bila buat anak sendiri mcm tu.
I really think that she's not in her best shape. Mana ada ibu yg sihat dan waras tergamak buat mcm tu.
Cici pun pernah marah anak ci.
Anak ci pun pernah buat salah.
Setiap kali, ci doa yg ci takan kalah dgn rasa amarah.
Yup, because it will turn you into an ugly person.
Doa ci utk anak kecil itu. Tempat nya di syurga.
Doa ci utk si ibu. Semoga dia kembali waras dan rindukan anaknya. Semoga dia sedar yg dia dah kembalikan amanah Allah dlm keadaan yg teruk, walhal Allah anugerahkan dlm keadaan sempurna ketika lahir.
Doa ci juga utk si jiran yg dgr tangisan si anak smpai sejam namun tidak mampu berbuat apa2. Semoga dia boleh tidur lena tanpa terngiang2 jeritan di telinga.
Allah. 

Friday, May 9, 2014

Dugaan atau Hukuman?

Kita hamba Allah.
Kita diuji.
Constantly.

Anak2 tak sihat.
Suami tak sihat.
Diri sendiri tak sihat.

Kereta rosak.
Kerja asyik ponteng, bos nyampah.
Business tak jalan, tak menjadi.

Iman turun naik.
Duit tak cukup.
Tengah jalan kena ragut.

Allah.

Bila kita ditimpa perkara yg tak best, selalu kita termangu, ini ujian Allah ke, ini balasan atas dosa? Atas dosa yg mana satu la agaknya.

Ci dgr channel Sis Yasmin Mogahed kat YouTube aritu. Cerita pasal hardship. Is it just a hardship or a punishment.

Meleleh air mata. Sebab kkdg tak sengaja, hati jahat ni terdetik, kenapa la asyik aku Ya Allah. :'(

So, is it just a hardship or punishment?

Wallahualam.
Kita pun tak pasti yg mana satu yg mana.
Which is which.
Tapi, kita boleh agak, dgn cara kita response kepada ujian Allah itu.

Kalau kita sabar, kita redha, Insyaallah, itu hanyalah ujian dr Allah. Ujian yg nak mendekatkan kita dgn Allah. Tanda Allah sayang.

Kalau kita jd moody, cranky, grumpy. Jadi tak boleh nak terima kenyataan. Jadi berang. Kemungkinan itu hukuman drpd Allah.  Indeed, juga tanda Allah sayang. Tanda Allah mahu sucikan dosa, jika kita bertaubat. Tanda Allah rindu nak dgr suara kita merintih berdoa.

Kawan ci pernah kata, Allah jentik sikit, supaya kita ingat kat Dia. True!

Iya.
Cakap pasal ingat pd Allah.
Kadangkala.
Doa lepas solat kita pun mcm pita rakaman.
Dah fix.
Cth : Ya Allah, ampunkan lah dosaku. Amin.
Day in, day out. 5 kali sehari.

Itu dh bkn doa, itu skrip. Yg rutin.
Seharusnya kita spesifik.

Cth: Ya Allah, lembut kan lah hatiku utk melayani anak2 ku. Sekiranya anak2 terjatuhkan barang, terbuat salah, beratkan lah tgn ku. Jauhkan diriku drpd sifat pemarah. Engkau Maha Mengampuni.

Cth: Ya Allah. Murahkan lah rezeki ku hari ini. Aku dah byk melabur utk berniaga. Target masih suku utk dipenuhi Ya Allah. Engkau Maha Mengasihani, Engkau Maha Kaya.

Cth: Ya Allah. Kau lembut kan hati bakal mertua ku Ya Allah. Supaya dia jatuh kasih kepadaku. Demi Allah, aku ingin menjadi sebahagian keluarganya.

Lebih ikhlas. Lebih sentap di jiwa. Lebih cepat sampai.
Insyaallah.

So, next time, the moment something bad knock your door, cakap 'Alhamdulillah, Allah pilih aku utk dugaan besar ini. Sebesar mana pun dugaan, Allah Maha Besar. Aku redha.'

Amin...

:-)

Thursday, May 8, 2014

Salon ooo Salon

Petang tadi bawa anak-anak potong rambut. Seronok tengok salon kat area sri gombak, sederet kedai mesti ada satu dua.

Ci pergi satu salon, tak sure owner melayu or non, tp pekerja semua perempuan melayu.
Hairan jugak sbb yg berbaris tunggu giliran lelaki melayu.
Oh lelaki skrg mmg dh tak main kedai mamak ye, drg pg salon gitu.
Ci senyum kat adik kaunter. Nampak mcm stylo ckit. Kerja salon harus la style up to date kan.
Dia tgk ci atas bawah, 'Ye?'
'Nak gunting rambut... ' ci jawab.
'Sape?'  dia tgk ci pegang tgn Tiya.
'Dia...'
Pause jap, pastu acuh tak acuh,  'kena tunggu lah....'
Ci tak kisah pun sebenarnya.
Seriously, ci bukan jenis cepat melatah kalau org buat 'sekupang lima duit' kata org kedah. Huhu.
Sekali dgr adik2 salon tu mengilai ketawa dgn pelanggan2 lelaki.
Bergurau senda.
Even benda remeh. Merenyeh.
Ci boiled. A bit. Geli telinga.
Terus ci tak tunggu. Tarik tgn Tiya, pergi salon lain.

Salon kedua. Non-malay.
Bila ci bukak pintu, srg staff tanya, 'mau potong rambut?'
'Aah, iye. Dia. ' ci maksudkan tiya.
Dia senyum and sambung potong rambut customer lain.
Kebetulan ada satu family ni dtg sebelum ci, mmg satu family nak buat rambut. Ada yg nak potong, shampoo la bagai.
Without any direction, ci n tiya duduk kerusi depan cermin.
Staff ramai, tp semua busy.
Lalu-lalang depan kami tanpa senyum, tanpa bgtau berapa lama lg nak tunggu. Or berapa ramai lg baru turn kami.
Kami jd invisible selama beberapa minit kat situ.
Ci bangun.
Tarik tgn tiya, pergi ke pintu. Keluar terus.

Last2, along bawak ke kedai barbershop mamak yg paling hype kat sri gombak.
Kakak bawak ke Kwik AU2, yg masuk kedai terus takde mukadimah, zapp zapp zuss potong cantik terus. Nama pun kwik (quick)  kan. Hihihi.

Cerita ni dari kaca mata pelanggan.
Betapa dua kedai ni hilang satu dua keynote penting dlm berniaga.
Keramahan kpd semua pelanggan.
Timbang-rasa.

Tak rugi buat baik. Lagi baik lagi bagus.
Tambahan pula business salon yg sgt memerlukan return customer.

Haih.
^_^

Wednesday, May 7, 2014

Priority

Malam-malam ci skrg dipenuhi dgn dialog bersama diri sendiri.
Apa yg betul ci buat, apa yg kurang.
Ada termarah anak2 ke, terkasar ke, ter neglect ke.

My oh my, working at home while raising 3 kids was never near to easy.
Mcm kena tarik semua anggota, in different directions.
Sorang tgh makan, sorang nak poo-poo.
Sorang nak bf, lg sorang jerit nak makan.
Haha. Precious sungguh! :)

Nak mudah, bukak tv, bg ipad.
Tp nanti Allah tanya apa ci dh buat dgn amanah yg Dia bg, apa yg ci nak jawab.

So, bila ci nampak org maju dr ci, yg dh ke depan, Ci takleh tepuk meja dan kata 'Eh, I should be there...'

Well, probably I should.
But, sadly, I can't.

Honestly, kkdg, dalam hidup ni, kita takleh dpt semua (walaupun kita nak...).
Mesti kita akan korban salah satu. Kos lepas org kata.

My kids are my top priority.
They are the reason I have strength to sent resignation letter.
The reason I have guts to let go all my privilege, my free time, my career.

Although ci ada bisnes, ci ada projects going on, semuanya lepas uruskan mereka.

:-)