Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Monday, September 30, 2013

A Cute little thing called Chicken Pox



*Baca sambil buat chicken dance…hihihi*

Assalammualaikum semua.

Bulan 9 ni merupakan bulan yg paling tragis bagi ci dan family. 4 org serentak kena chicken pox!

Lepas je cuti hari raya, hantar anak2 ke nursery. Baru dua jam kat nursery, teacher call, bgtau abglong ayit dh kena. Terus pegi amik dia. Dah nampak naik kat muka, tepi mata, instantly. Memula ci pelik, baru je hantar td dlm keadaan sihat, ni dah kena chicken pox lak. Later that I know, mmg chicken pox happen that way. Instantly! Oh yes, that fine day was the start of sumthing so dreadful.

Day 1, ayit start demam. Panas jugak, smpai lembik dia. Lepas makan ubat (pcm and anti-viral), sapu calamine, terus dia main mcm biasa.


Week 1, week 2, takde tanda2 sesapa pun akan berjangkit. Ayit siap pergi sekolah mcm biasa.

Tetiba, ibu demam.

Ci start demam urat. Tak sedap badan, meloya, sakit  badan yada yada. Bila jumpa doc, dia insist suh ci buat upt. Ohoiii, anak baru 8 bulan dh nak kena buat upt. Mau tak senak perut tgu result. Dalam hati duk karang ayat, kut2 pegnen, apa nak cerita kat family dua2 pihak. Hihihi….result came back negative. Phew!

Khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin….demam ci on-off. Demam jenis sakit urat, menggigil, pastu mmg terpaksa telan pcm, sbb tak tahan.

Pagi Selasa, sekali tgk badan ada biji2 kecik, berair. Ci jerit pggl hubby ci. Hubby ci gelak je, ‘Aik, takan kecik dulu ibu tak kena lagi?’ ‘Haa, ni chicken pox la kan…ibu dh kena time darjah dua. How come?’  Hmmmm…tak payah nak how come sgt dah la….virus sekarang dah melalui proses mutasi, boleh kena kali kedua, kalau badan tak tahan. Kebetulan, mungkin badan ci tak cukup protection. Tak kuat imun sistem. Haih…

Pegi la klinik uia, lepas hantar smua anak ke nursery. Beria tunjuk small bumps kat badan depan doctor. Doktor kata ‘Tak payah selak la, muka awak pun dh banyak…’ Gulp. Muka? Muka yg kalau naik jerawat seketul pun dh kecoh? Yup, selang sejam, small bumps kecik yg berair plus sgt gatal naik kat pipi, dahi, kat area anak rambut. Dok ulang tgk cermin kira bumps, lelama tak terkira dah sbb terlampau byk. Hahahaha…

Day 1, day 2, mmg demam mcm nak m.a.t.i. hihihi…ci boleh berfb sambil layan contraction, dilated 8 cm. Ci boleh berwhatsapp waktu doc jahit bwh. Tapiiiii....Ci tak boleh even pegang telefon pun waktu demam campak. Punya la lembik. Haiyooo…Start day 2, dh byk naik kat badan. Nasib baik dh kawen. Hahahaha….


Muka ci yg mengalami transformasi....hihihihi....byk sungguh dot dot dot..... :)




Week 1, week 2, ci dpt mc. Dalam masa yg sama Tiya pun kena. Tp tiya ni special, demam sehari je, habis naik smua in one day. Pastu terus hilang.

Week 3, ci naik kerja dgn hati yg berbunga2. Walaupun muka berlubang2, but still berbunga2 la.

But Allah has a bigger plan for me.

Safiyya pulak kena.

Allahuakbar.




Lalu bermula lah episode tak best dalam hidup ci.

Nope, tak merungut pun, bercerita aje.

Ye la, hubby ci dh byk kali cuti sepanjang ayit tiya cici demam….waktu safiyya, mana ada cuti dah. Cici pulak bru naik kerja dr mc 2 minggu. Takan nak cuti lg?

Dilema ibu abah bekerja, kan?

Mau takmau, ci amik cuti lg 2 ari. Dan 3 ari berbaki tu hubby ci jaga Safiyya.

Akibatnya sgt tak best utk diceritakan. Pendek kata, tak semua org faham. Yg org faham, kita dh digajikan utk bekerja, kenapa tak kerja? Kenapa kena cuti? Takde tempat ke nak hantar anak, takde orglain ke boleh jaga? Kerja awak, sape nak buat? Sort of like that.

*angguk-angguk, geleng-geleng*

Nak jadikan cerita, Safiyya pulak lambat kuar habis campak dia. Week 2 bru kuar semua sekali.

Rezeki ci dpt suami yg sgt sgtttt byk membantu, di kala ci dh takde cuti nak amik dah. Love u abg... Hihihi…mcm harini, pagi smpai tghari bawak safiyya ke opis, lepas lunch hubby ci bawak balik rumah. Apa lg yg boleh kami buat kan.

Sepanjang sebulan ni, banyak onak duri dh kami lalui. Ececeh….mmg terlampau banyak kepayahan, kepenatan yg kami kena handle.

Penat jaga anak sakit, penat nak jungle masa, penat nak layan org yg tak faham. Serba-serbi penat. Smpai menangis2 ci, mcm budak kecik. Ayayayayaiii....

In the end of the day, semua benda ada hikmahnya. Disebabkan kejadian chicken pox ni, byk benda yg berubah. Byk benda yg kelam-kabut sebelumnya, sort in place. Maybe Allah nak prep ci, utk future yg mungkin lg mencabar. Who knows kan.

Terima kasih mak ayah mak abah yg tak jemu2 dtg melawat, sbb tahu kami mmg kuarantin kat rumah je.

Terima kasih kenkawan yg bg semangat bulan bintang kat ci. Yg pujuk hati supaya ci kuat. 

Special thanx to my adik-beradik, in laws, adik Kina, Kak Erda, Diana.


Dan terima kasih kepada suami ci, my boss, Encik Mohammad Hairy. Pengorbanan dia hanya Allah yg boleh balas. 

:) 

Oh sebelum ci lupa....if this happens you, or your kids, pergi klinik dan dptkan ubat anti-viral. Sumhow ubat tu bg baik cepat. Ibu menyusu takleh makan ye. Letak calamine lotion byk2. Kalau nak guna daun semambu, air beras, kunyit, halba, pun boleh...byk petua utk chicken pox ni. Take care all... *hugs* :)

Friday, April 19, 2013

Promo Little Fingers Shop.... :)

Bg yg bertanya, Little Finger Shop ni sape yg punya?

Jawapan: Cici la yg punya! :)

Dilahirkan kerana minat ci (dan mmg current obsession pun) kepada educational product, especially books, special products (mcm telekung), toys yg bersifat islamik.

Alhamdulillah, pelanggan bertambah. Pengunjung pun bertambah dr sehari ke sehari.

Benda yg baik, apa salahnya kita kongsi bersama. More to sharing the goodness of the product instead of making profit.

Terima kasih kpd yg sudah membeli dan selamat dtg kepada yg baru meng'like'.

If ada sebarang cadangan, do pm cici okey.

Klik klik here: Little Fingers Shop

We deserve to be Happy... :)

Bukak FB sekarang, kita jumpa pelbagai jenis orang.

Kalau dulu, nak compare hidup pun dgn kenkawan dekat, dgn jiran sebelah nyebelah. In case jiran beli tv, kita nak tv jugak. Esok dia tukaq langsir a.k.a tudung tingkap, kita pun sama naik!

Tapi sekarang, kita secara tak sedar meng'compare' life kita dgn sepanjang2 friendlist yg kuar kat timeline...

Tengok couple pegi jenjalan....'Alahai, suwitttt, hubby kiter tak wat cmtu ponnn' trus cebik n label 'hubby aku paling teruk dlm dunia!' isk3...

Tengok org lain pegi butik borong baju yg paling 'in' 'Eleh, esok aku nak pegi jugak lah' trus terjah smpai kering poket tp xsure baju tu seswai ke idak...janji smuaorg pakai, kita pon pakai...aduii...

Tengok anak org comel sgt dress up pakai tutu headband berjuntai... 'Anak aku kalo pakai cmni lgggg comel' trus g online shop shopping segala headband, lamaze, tights legging tutu...anak org pakai, anak kita tak boleh out of season...*tepuk dahi*

When you fulfilling your short term desire, you are happy indeed...but for how long???

Sampai bila nak tgk org and compare...

Sampai bila nak jd mcm org lain dan rasa kalo tak ikut mcm org lain kita jd sgt alien?

Kita yang penat.

Firstly, org jarangggg upload benda yg sedih, masalah, duka lara dia...smua benda are picture perfect (mcm perfect365 la...hihihi)... so yes, org yg kita selalu tgk tinggi tu pun ada downtime jugak sekali-sekala. 

Secondly, if ever terasa mcm 'ishhhh, bestnya jd mcm dia...semua bnda dia ada...awat la aku tak mcm tu' Stoppp!!! Tutup fb/twitter/blog/keek/IG and look around...kalo kita ada bumbung utk berteduh, ada biskut kering utk kunyah, ada hanpon utk tot tet tot tet berhubung, ada tilam toto utk landing, ada pulak hubby and anak2 utk bermanja; Allahuakbar, you are moreeee than  fortunate my dear... :)

You deserve to be happy...

You can be happy, if you be yourself.... :)

Monday, April 15, 2013

After 4 months of hibernation...

4 bulan bg orang lain, mungkin lama....4 bulan bg ci, sekejappp lah sgt berlalu.

Sebulan pertama ci on medical leave, preterm labor threaten. Duduk tgu baby Safiyya kuar.

Sebulan kedua berpantang.

Sebulan ketiga dan keempat, membina bonding maha rapat dgn anak2.

Ya Allah... Indahnya 4 bulan tu, Allah sahaja yang tahu. Ci tgk anak2 membesar depan mata. Anak2 makan apa shj yg tangan ci siapkan. 3 anak bawah jagaan ci, mengajar ci betapa besarnya nikmat Allah beri. Betapa Allah tunjuk ci apa makna sabar, apa makna tahan marah, apa makna teruskan kerja walaupun penat, dan bagaimana tunjuk teladan yg baik, instead of mengarah tak tentu pasal.

Oh yes, anak2 absorp apa shj yg ada depan mata.

Marah anak sbb makan keropk bersepah, tapi atas meja makan lupa nak bersihkan. Tegur anak main toys tak reti nak simpan, tapi kain berlonggok ibu lambat nak lipat.

Yup, ci kata kat diri sendiri.

Sbb sekarang ci faham benar kenapa ayah ci dulu tempelak, kami adik beradik lambat basuh kain, or biar kain dh penuh bakul bru terhegeh2 nak basuh. Sebab dia basuh baju setiap kali dia mandi. Mandi n laundry all one shot, so xde la baju yg bertapuk lama2 dlm bakul. Ayah even xdak pun bakul. hihihi...aah, ayah ci basuh baju dia sendiri. sesuatu yg suami2 lain boleh ambil iktibar.... :)

Begitu lah juga ceritanya dgn solat. Tempelak anak tanak/tak berminat nak dtg ke sejadah baru yg comel yg dibeli. Cuba tgk adakah kita sendiri bergegas ambil wudhuk bila dgr azan; esp kat rumah bila anak2 ada, or waktu azan kita dok melopong tgk tv. Adakah kita selalu berjemaah. Adakah kita ajak anak bersolat sama, adakah kita biar anak tgk kita solat or kita halau anak suruh duduk jejauh.

Kepimpinan melalui teladan.

Apa yg kita buat, mata2 kecil dok pandang je....hihihi... :)

Tough kan. Sgt scary sebenarnya.

Bila Allah beri anugerah, in this case, anak...Allah beri sekali tanggungjawab....  :)

Betapa besarnya tanggungjawab ni, sbb melalui kita lah, sedikit sebnyak mnjadi acuan apa yg anak kita akan jd. Jgn tgk akademik shj, pandai xpandai...tp adakah dia membesar mnjadi hamba Allah yg sejati....

Kalau ya, Alhamdulillah, sujud syukur, tanggungjawab kita dah selesai. Diselesaikan dgn jayanya.

Okey, berbalik cerita ci nak masuk kerja balik....arini hari kedua ci hntar anak2 ke Educare IIUM. yup, all three of them. Ayit ok, Fiya ok. Yang tak berapa okey, is si kakak Tiya...

Banyak kali dh attempt nak hantar, pastu dia demam. Ci rehatkan dia kat rumah. Pastu nak hantar balik ke nursery, at least nak biasakan dia before ci masuk opis balik.

Menangis melalak meraung depan pintu sekolah.

Bila tanya nape kakak tanak g sekolah?

Kakak mayuuuu (maluuu)

Allah, anak dara ci nih.

Fikir2 balik, elok la ada sifat segan silu, pemalu...dia kan anak dara...xde la nanti kena ajar malu pulak bila dh terlebih ramah sgt...hihihi.... :)


Allah...

Bulan ni tanda kami dh 5 tahun disatukan.... 5 tahun dah berlima.... 6 tahun berenam kah?

Hahahaha.... ok gurau.... ;)

Thursday, March 7, 2013

What should i do?

Since Safiyya ada, most of the time ayit and tiya ada dengan ci...bulan march ni, ci dh apply utk cutikan drg dr nursery dan tadika. Bukan sesaja, drg sendiri yg tanak pegi. Menangis melalak tanak pegi sekolah, sampai berpaut kat pintu pagar.

Being an easy baby of 1month old, Safiyya tak banyak meragam waktu siang. Even rumah sebelah tgh renovate, bunyi drill la, org ketam kayu la apa la, Safiyya still manage to sleep well.

Tapiiii.....dia sgt senang bangun bila dengar abg or kakak dia gelak/main...

Ci tidokan safiyya kat ruang tamu, sbb safiyya tak suka duduk dalam bilik sorang2. Kat ruang tamu jugak la ayit n tiya nak main. Bilik sendiri ada, tapi drg lg comfortable utk main depan ibu. Senang nak tunjuk "Ibu tgk niiii...." bila ada benda best or achievement yg drg dapat buat.

Bila adik asyik terkejut dgn suara nyaring kakak n abg, ibu laju je cakap "eh, korang slow ckit boleh?"

Try saying 'please quiet' to a 4yo and 3yo....what do u get? A blur face....cute, but blur....

Hahaha....

The thing is....ayat "eh, korang boleh slow ckit tak?" sama je dgn ayat "korang boleh diam?" Bunyi a bit garang n tegas, but pretty much the same thing.

Kalau sekali, takpe la...kalau dua puluh kali warning mcm tu, mcm mana la ayit tiya nak berkembang. Asyik suruh diammmm je....kan?

Haih....

Mommies out there, what do u do, if you're in my shoe? (I'm size 9 by the way..hihihi....)



Monday, March 4, 2013

Confinement : My way... :-)


Day 46...
Dah merdeka... Dah yabedabedu smlm... Day 45 ci dh sampai PD. Oh well...

Truthfully, i just love being pregnant... In love (scared at the same time) with the delivery mode. I just love the idea, the feeling of motherhood... But,  i hate confinement period...what more can i say... 

Dr anak sulung, ci xberapa lucky utk pantang dlm istilah pantang; kaki rapat, baring sebelah baby, org dtg hidang makanan kt sebelah, 44days of no kerja rumah allowed... From the first week, ci jaga badan ci sendiri (with big help from my hubby)... Masuk anak kedua, a bit nasib baik sbb mak ci dtg tlg... Masuk anak ketiga, first 3 days, mertua ci dtg. Masuk day 4, i'm on my own. Day 5, i already juggling with 3 kids. Fhew!  Lap peluh! Luckily, ci spent another one week kat rumah mertua. After that, i'm on my own again...

Bila sesi tutup pantang on my 42 days, mak bidan ada tanya,  'Ci langgar pantang tak?'... Malu malu alah nak jawap, ci kata' ci langgar semua, kecuali pantang makan shj... ' In other words, ci buat smua kerja rumah, plus jaga smua anak (ayit tiya xmau pergi school)...

Tp, Alhamdulillah, badan ci okey. Takde yg jatuh or turun. Semua kt tempat yg sepatutnya. Lega!

So, in case ada sesapa di luar sana, yg tak bernasib baik mcm ci jugak, here' s some list, yg ci boleh fikir sekarang, on how to deal with confinement with confidence... Ececeh... Okey, here goes!

1. Utk elak baby blues di awal kelahiran, jangannnn duduk srg diri. Kalau terpaksa pantang sendiri, minta suami temankan, or family or jiran or kawan... Make yourself busy, or jgn biarkan fikiran kosong... Membaca boleh membantu. Baca apa2 yg xdak kena ngena dgn kelahiran.. Self motivation, novel ringan yg kelakar (read sophie kinsella perhaps -  beli whole series of Confession of a Shopaholics!  Hihihi)...
2. Jgn tgk tv benda yg merapu yg buat serabut kepala... Musim awards ni byk tunjuk movie pening kepala yg artistic, jangan tengok!
3. Buat simple jadual utk diri sendiri. Bangun pukul berapa, mandi pukul berapa, berbengkung bertungku bila, masak bila,nak pump susu, nak siapkan baby pukul berapa. Jadual ni mungkin akan lari, dan ikut timing baby, but it's okey. At least ada guide.
4. Masak ala kadar.. Lauk pantang mmg ala kadar pun kan. If only kita dh meloya tgk lauk yg sama kita masak, be creative. And still, jgn penatkan diri dgn hanya memasak. Kita kan dlm pantang...
5. Bab main air, ci terpaksa langgaq, sbb ci kena mandi kan depa, kena siapkan, basuh poopoo, basuh kain... Tp make sure kita buat cecepat and pakai stocking right after that. Jgn biar bdn basah lelama sgt.
6. Elak angkat bnda berat. Kalau pun terpaksa, angkat perlahan2... Nak elak dr peranakan jatuh.
7. Jgn tinggal berbengkung, bertungku, berstocking and makan ubat or herba utk selepas bersalin. Sgttt membantu utk pulihkan dalaman.
8. If rasa kebas kebas kaki, rasa seram sejuk, cecepat tungku. Letak minyak panas and pakai stocking. Jgn sampai demam ye.
9. Sabar dan jgn melenting. If anak kita yg lain lasak or sepahkan rumah. Jgn tergesa utk kemas semua. Pesan pd suami utk terima keadaan rumah, sekurang-kurangnya smpai kita agak sihat dan kuat.
10. Rehat kalau boleh... Selama mana yg boleh.  Selama mana yg sempat.
11. Jgn dok gatai pi timbang badan selang sehari.  Huhuhu...
12. U know ur body well. Buat mana yg mampu. Kalau rs semacam, berhenti dan jgn salahkan diri kalau xlarat.
13. Doa dan tawakal....

Yup...ci tau dan faham yg kalau kita tak jaga bdn dalam pantang betul2 nanti tua kita yg susah. Tapi in certain keadaan,  mcm ci ni, mmg terpaksa lalui jugak. Ci pesan kat diri sendiri, yg Allah takan duga kalau kita sendiri tak kuat nak hadapi. Allah Maha Adil....
To my all frens yg tgh dalam confinement period, esp yg kena pantang sendiri,  all the best and good luck. Be happy on whatever conditions u have. We're mothers, we're born to be tough... 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, March 1, 2013

T.O.Y ^_^

43 days of confinement, ci n family singgah Selayang Mall.... 
Niat di hati nak cari baju anak2.  Sebulan lebey xkuar jenjalan, excited bukan main ibu pantang ni. Kira aci la kua umah on 43th... Hihihi...
Being a mother of 2, ehhh 3, ci n hubby dh naik seram kalo pg ke shopping complex. Still traumatized by incident last few months,  ayit mcm kena rasuk bila jmpa kedai toys. Menjerit2 nk beli. Bila dh beli, baru kua pintu kedai, dia campak n nak toys lain. Xnak gaduh or marah dia in public, ci suruh dia pilih toys lain. Bnda yg sama jd, kua kedai trus baling n nak toys lain... Kussss semangat... Leh ilang akal dibuatnya....
So,  we rarely go to shopping complex that we're not familiar with. Setiap selekoh kami kena hafal sbb nk elak laluan red alert, yg ada toys.
Oh no, we're not a strict parents yg mmg xkan beli toys sbb takut anak leka main, xnak baca buku or etc... Ci mmg galakkan main, and believe me, toys dh byk tong smpai kena donate kat org.
2nd reason, ayit selalunya beli atas dasar nak beli. Dia belum ada sense of belonging lg atas toys dia, lom 5 min, dh cabut, dh patah, dh koyak, pastu dia campak. Tiya okey lg, she's only 2y.o. So, dia faham when i say no, means no. Bukan when ibu say no, kna tnya balik why no.. Hihihi...
So, tadi kami jenjalan dgn penuh strategy. 'Elak kawasan red alert'...
But then, u know these people yg rent out shoplot,  drg tau tu jln utama, depan escalator; haaa... Tang tu la nk letak kedai mainan seketol. Dgn lampu liplap, dgn kaler terang2,for sure la budak2 terkesima terpesona... Kan...
Tadi, mmg terpaksa jugak lalui kedai tu. Sbb betul2 sebelah escalator...
Ayit nmpak, dia mcm nak pegi... Dia toleh tgk muka ci... Ci tak kata apa, tp from the look in my face mmg clearly nmpak disagreement.
Ayit kata ' Toys xnak la ibu, dh banyak. Dah beli buku tadi... '
Legaaaa dia dh faham...
Lega xpayah hadap babak2 drama dia melalak depan kedai..
On top of all, after all that lega, ci bangga...
Fhew!  Alhamdulillah...  :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6