Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Sunday, March 30, 2014

Memilih buku untuk anak-anak.


Salam semua.

Excited sangat nak tulis on this topic. Ci rasa semua orang yang kenal ci tahu ci suka buku. Ci sukaaaaa beli buku utk anak-anak. Banyak duit habis kat buku, instead of baju-baju untuk anak. Bagi ci, ilmu pengetahuan ialah baju yg terbaik utk diri. Wahhh, gituuu. 
So, sebagai ibu yang ulat buku, ci harap, nak turunkan sedikit keulatbukuan itu, kepada anak2 ci yang sedang membesar ini.
So, yes, buku macam mana yang nak beli?

Main beli sebab cover comel ke? Sebab ada pengajaran ke?

Selalu kan, ci tgk kat kedai buku, ibu abah akan bagi anak2 pilih buku yang drg nak, pastu bila few minutes, ‘Dah ke? Nak yg mana?letak kat kaunter, abah bayar’…
Kalau anak dh besar, dh sekolah, dah pandai baca, okey la. Boleh bg kelonggaran, bg dia pilih buku ikut interest dia. Kalau anak2 kecil?
Ci senaraikan kat bawah ye, cara Cici pilih buku utk anak2 ci.


    Anak masih baby


Jika si manja kita masih baby, ci biasanya beli buku yg bergambar shj. Takde tulis apa2. Ibu akan guna imaginasi, kreativiti sendiri utk bina cerita. Ci sukaaa buku mcm ni sebab, kita tak tersangkut dekat cerita biasa. Kita boleh cerita macam2, based on picture. Waktu ni juga, anak2 lg faham bahasa seharian kita, drpd bahasa buku.
Ibu boleh guna intonasi suara yg lain, untuk bina karakter. Guna bahasa mudah, simple, ringkas.
*utk umur sebegini, jika ingin terapkan cintakan Al-Quran, baca sambil riba dia. Tak mengapa kalau dia meronta nak main/nak lari2. Sekurang2 nya dia kan dengar. Dan jadikan kebiasaan. Anak2 kecil suka perkara yg bagi dia kebiasaan atau rutin. 


      Anak sudah besar (3-5)


Dah boleh belikan buku yang bertulis. Kalau ikut ci, ci mmg akan beli buku yang drg suka. Mcm anak sulung ci, suka dinosaur. So, ci beli buku yang ada dinosaur. Yang anak 2nd ci suka buku yang ada watak umur macam dia.
Tapiiii…please please please ibu….sebelum bayar, sila buka dan baca dulu. Kalau berplastik, mintak adik kedai bukak kan.
Satu, sebab nak tgk dalm buku tu takde cerita yg mengarut. Oh, byk buku cerita merepek2 kalau dr oversea. Tgk jalan cerita dia. Selalunya buku kanak2 ada few pages saja, so ibu boleh glance through. Tgk apa moral of the story.
Haaaa…time ni la nak grap attention anak2. Okey, cth, kita nak anak2 tlg kemas toys lepas main, cari buku yg ada cerita2 mcm tu. Ada bykkkk!!!
Pastu, time ni mmg anak2 suka kalau buku2 psl nabi, pasal Rasul, Cuma again, pilih buku yg bersesuaian.
Cara pilih buku tak boring?
Pilih buku yang tulisan penceritaannya berirama.
Ada rhyme.
Kita nak baca pun sedap dan seronok di dengar.
Boleh boleh? :)



One thing for sure, kalau nak anak2 rajin baca buku, belek buku, kita kena rajin baca buku.
Bila anak2 tgk kita berkepit dgn buku, Insyaallah dia akan ikut.
Tutup tv, sorok ipad segala.
Longgokkan buku depan dia, dan bg dia pilih.
Bila dh bukak buku, imaginasi dia akan berkembang berkembang berkembang…!


*pic ihsan en google


Selamat membaca ibu-ibu semua! :) 


# Untuk melegakan batuk, selsema, kembung perut anak anda, hanya sapu Tropika Herbal Cream, boleh dapatkan di Ciciyaya Shop




Thursday, March 13, 2014

Duduk rumah, tak bosan ke???

I got this question a LOT, waktu berita ci resign tersebar seanterio uia.

Honestly, ci pun terkebil2 bila dapat soklan tu.
Nak jawap mcm mana, sebab tatau lagi keadaan dia time tu.
Resign terkejut, gamble segalanya.
Main redahhhh sahaja.
Huhu.

Sekarang dah 3 bulan ci jadi wahm.
Bosan tak puan cici?














Bosan sangat tatau nak cakap.
Hahahaha.






Pagi ci sibuk kat dapur uruskan breakfast anak2.
lepas makan mandikan semuaorg.
Pastu start homeschool activities.
Ci cut down tv and ipad, sbb tu kena banyakkan aktiviti.

Kejap je ci dapat jenguk Ciciyaya, balas msg customer, jenguk fb kalau bf safiyya.
Pastu masuk dapur, masak lunch pulak.
lepas semua dah makan, masuk kemas dapur.
Oh time ni selit basuh kain, sidai kain.
Lari pg solat.
Time ni la ada anak nangis, ada yg tetiba dtg suh buat kapal terbang kertas, ada yg suruh cari buku princess. hahah...mcm2 drg nih....

Masuk ptg ckit, ci suh drg tidur, or rehat. Atau golek2, ci bacakan buku.
Solat Asar sama2.
Kol 5 sharp, kami selalunya turun bawah pg playground, or pool. main sampai lebam. hihihi.

Kol 7, semua mandi, ci masuk dapur lg utk masak malam.
or kkdg hubby ci bawak balik dinner.

Bacakan anak2 buku.
By this hour, anak2 pun tidur.
Ci masuk opis, utk packing barang, buat schedule post, baca buku smpai kol 3 pg, baru ci tidur.

Macam tu la setiap hari. Full!
Hidup ci skrg penuh sgt, sampai bosan pun takut nak dekat.
Hahaha.

But yes,
Tak semua dilahirkan, ditakdirkan utk jd stay at home mom. Masing2 ada peranan masing2.
Ada yg better bekerja, mmg itu passion dia. Tanggungjawab dia.
Ada yg mcm cici, passionate nak jd surirumah.
Mcm mana nak bosan kalau buat benda yg kita suka.
Kan?

Tapi...
Ci akui, bila anak2 buat hal sendiri, masing2 tgh main, ada rasa sedikit sunyi. Nasib baik la ci hidup zaman Social network.
Dan sgt nasib baik sbb ci ada Ciciyaya Shop.
Hp tak pernah sunyi.
Ada shj notification masuk.
Kalau tak, mau garu kepala juga kan, dh la mmg jenis mulut xleh diam.
Hihihi.

Few of my friends dah jd wahm lepas cici.
Alhamdulillah.
Good luck and have fun!
It won't be easy, esp bila dh lama rasa pegang duit sendiri.
But trust me, bila tgk muka anak2, semua jerih perit itu berbaloi.
^_^

So, duduk rumah bosan ke?
Naaaaaaaahhhhhhhhh (^o^)



*Ciciyaya merupakan sub-stokis untuk Tropika dan Herbasuci.
klik sini: Produk Tropika dan Herbasuci

Untuk order, whatsapp cici di 016-3313290 ya :)
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 11, 2014

The Power of Forgiveness

At one point in my life, ci selalu dalam keadaan marah, kecewa, sakit hati, geram.

Ci rasa annoyed dgn beberapa org disebabkan beberapa unfortunate events yg berlaku.
Ci kena pijak, ci rasa marah dan menyampah dgn si pemijak.
Ci kena tipu.
Ci kena pulau. 
Ci dikecewakan.

Yup.
At one point, i felt terrible.
Terlalu banyak perkara yg berlaku dalam hati sampai rasa nak meletup.
Sampai ci sendiri rasa kesian kat diri sendiri.
Itu dah stage bahaya.
Cici kena keluar dr situasi tu.

So yes.
I quit.
I left meet-the-people-everyday kind of life.
Ci nekad nak mula hidup baru.
Nak cari diri cici yang dulu.

And most importantly.
I learn to forgive.
Not only the people.
But also myself.

Tapi.......
Start ci duduk rumah, tak jumpa sesiapa yg akan buat ci rasa miserable (di alam nyata or maya), ci jadi pelik.
Aik, nak sakit hati kata siapa arini?
Nak marah siapa arini?
Nak kecewa dgn siapa?
Takde sesiapa yg buat ci marah kecewa sedih berduka pun.

Thats a wake up call for me.
I called it a huge success.
Even after all those ugly things yg org bgtau psl ci jd suri rumah (no income and all), i'm doing myself a favor sebenarnya.
Hati ci terjaga, Alhamdulillah.

So yes,
Pejam mata. Bayangkan apa sahaja org buat kat kita.
Sedih menyampah meluat atau apa sahaja.
Bayang muka dia.
Dan kata 'saya maafkan awak kerana Allah....'

Lega.
Lepas.
Bebas.

You're free.
Thank you Allah.
Sorry syaitan, you lose.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

With love,
Cici.

posted from Bloggeroid

Monday, February 17, 2014

Banyaknya hutang cerita

Sejak jadi working at home mom ni, hari2 ci berazam.

Cici nak tulis balik blog...

Esoknya.

Okay, arini nak tulis blog.

Esok pulak.

Dan lusa.

Dan dan sampai arini tak mula tulis lagi...

Hihihi.



They are getting bigger... I'm getting older. Yes... :)








Wednesday, November 20, 2013

IIUM Ummatic Global- Art Of Cake Decorating 2013


Dua minggu lepas, kawan ci, Ida Rahayu pm ci kat fb. Tanya ci kalau2 ci nak join pertandingan deco kek. Nak terlepas hp waktu tu, sbb tak terkata apa. Hihihi. I don’t know anything about cake! Kek pun ci tak suka makan, apatah lg nak hias nya.

Last time ci buat kek, tu pun brownies, resepi dpt dr kakak ci, dr Nigella Dawson. Setengah jam pun dh boleh siap. Tu pun brownies ni mmg comot rupa bentuk dia, tak payah nak hias2 bagai. Hihihi.

So, apa yg buat ci masuk jugak?
  •          Nak challenge diri sendiri (macam biasa).
  •          Nak rasa mcm mana berada dalam pertandingan ala2 food network challenge.
  •          Partner ci bukan calang2 org, dia taukey kek. So, dah selamat kat ctu. Hihihi.

Dgn lafaz Bismillah, ci bgtau ‘Okey’ kat kawan ci. Sign up, pay the fee, then tunggu hari pertandingan.
Ada la meeting dua kali, nak discuss pasal how we’re going to do this, the timing, the design, the deco….pastu kebetulan kat kaed ada sweets and candy fair, trus borong daco kat ctu. Semngat waja nih masing2.

Esok dh nak bertanding, arini bru terkial2 tgk youtube ‘how to roll a fondant’.

Hahahahaha

Tarik nafas jap. Sambung gelak balik.

Hahahaha.

Oh Allah. Kenapa la cici oiii…

So yes, berbekalkan HANYA ilmu teori, ci pun pergi contest esoknya. Jd org pertama yg show up. Dlm otak, fondant tu sama mcm playdough. Ulang ayat tu sampai nak muntah. 



Kami di beri meja, nama team kami Cake’s Mommies. Sebab dah mak2 org kan.



Bismillah. First time pegang fondat. Eh, betul la, mcm playdough. Senang shj nak uli, bab nak colour tu a bit tricky. Sbb nak bg colour tu naik, nak bg sebati. All and all, senang ajee…hihihi…thanx to ayu sbb assemble semua, ci just buat as her instruction je. Dia kan mastermind. 







Lepas dah siap semua, kena la present depan judges and students yg penuh dalam main auditorium. Mmg sebijik mcm food network challenge. 

Bab present, pegang mic, mmg cici suka...tp suruh nyanyi, sorryyyyyyy...... hihihi.

'This cake is inspired by our daughters, as both of us are mothers..... ' ayat pun mcm mak mak jeee...

Selepas penat lelah, berpeluh berdiri sejam setengah, apa kami dapat?

Dapat a bit of reality bites, sbb tgk kek2 org lain boleh tahannn…!

Tapi, dah Allah tulis kan.

Kami dapat nombor dua!!!

Yeayyyy!!! *insert bunyi mercun papan.

Alhamdulillah. Sujud syukur.


Muka2 masing2 pun macam eh eh apa yg jadi nih…hihihi….
Hadiah duit RM200.00 dan sedikit cenderamata dr Chef.
Okey la, bahagi dua. Masuk pun melabur RM30 je.


Lepas post dalam fb, mula kawan komen, lepas ni ci boleh la buat kek ke, bukak bakeri ke. Eh eh eh…rasa mcm tak sanggup je. Tangan keras kut. Ci mmg respek, tabik spring kat org yg ambil order buat kek. Kakak ipar ci salah srg nya. Tahap kesabaran sure tinggi kan….nak buat satu hal, nak kemas tu a diff kind of story. Heeeee….

Tapi all and all, dah ada satu persepsi pada diri sendiri. If we push ourselves harder, we can do anything, Insyaallah. :)

Imposibble is nothing. 



Wednesday, November 13, 2013

11 mo.

Dah hampir 11 bulan ci bersalinkan Nur Safiyya Raina. Ya Allah, how time flies. Anak ketiga nih, semua benda dia express.

Dapat tahu pregnant pun express, mengandung rasa express, nak teran pun express, membesar pun rasa lajuuuu je.

She is indeed an easy baby.

Tak susah langsung nak jaga dia. Nak dgr dia nangis teruk pun jarangggg sgt. Setakat ekkk ukkk nak susu, nak ibu tu je lah.

Menyusu senang, tidur senang, makan senang, bawak jenjalan senang.

What more can I ask as a mum.

Yg kelakarnya, dia kamcing sgt dgn abglong dia. Nampak abglong dr jauh dh tersengih2…the moment dia nampak kakak, terus melalak tanak. Hahaha. Teringat relationship ci dgn kakak ci, kak yeya. Waktu kecik kuatnya gaduh, semua benda tak kena. Bila besar dh jadi rapat, mcm bestfriend. Okey, more than best friend.

As for makan, dia dah tanak bubur nasik. Seingat ci, dia la anak yg paling awal reject bubur nasik. Nak makan nasik betul je, yg lembut. Ni saja nak bg senang keja ibu ye? Hihihi. Good girl!

The other day, waktu mak ayah ci ada kat KL. Ci sembang dgn ayah, smbil jaga safiyya kat food court. Abgery time tu bawak ayit n tiya main kat playground.

'Rasa² ayah future husband safiyya tgh watpa la ni? Naik beskal ka... Dok main lego kaa... ' 
Ayah bls 'Tah² dlm perut, tak beranak lg...' 

Possibly.

Hihihi.

Seronok bila predict future anak2. How they will turn up to be. How you want them to be.
Ci berharap anak2 ci membesar sebagai muslim yg sebenar.

Wah…big words sgt. First step? Mesti la ibu kena belajar jd muslim sebenar dulu. Sbb anak2 kita akan belajar melalui teladan. Bukan hanya arahan.

*self-reminder for cici






Oh, ini cici semalam, waktu attend conference for education. nak jugak ootd, fefeling vivy yusoff. hihihi. 

Walaupun bukan conference tu bukan line ci, tp seronok kenal dgn org2 baru, dr bidang yg lain. Mmg la terkebil2 bila drg cakap psl term in education, but still, faham isi cerita dia, so okey lah. Hihihi. 

Dalam education, bukan yg diajar tu shj penting, yg menerima ‘pengajaran’ tu pun sama penting. Dia faham ke? kenapa penting utk dia faham sesuatu itu? Bermanfaat ke ilmu yg nak diajar tu? Or sekadar nak habiskan silibus je?  Kkdg bila masuk kelas, ci selalu tnya, kenapa la kena tahu semua nih. Bukan pakai time kerja pun. Haih.

Ok dah habis cerita psl ni. Krg ngantuk nanti.

Sapa kat sini pengguna Dermagic?

Cici baru je beli trial set semalam. Kes darurat muka kerutu mcm katak puru. 
Tgu seminggu nanti ci buat review.


Eh eh rhyme pulak. Hihihi.

Sunday, November 10, 2013

My bff…where art thou.

Safiyya dah masuk 10 bulan, ni bermakna, dah 10 bulan ‘kawan baik’ ci tak datang lagi.

Waktu Harith, period ci dating balik after 7 bulan.

Waktu Athirah, 1thn 6bulan! Haiyoo. Tu pun dh naik gila tahan senak perut, mcm nak sengugut, tapi tak keluar2 pun. Sekali pergi mengurut, makcik bidan pesan ‘Nanti dh keluar period, jaga2 tau. Senang melekat ni…’ ci senyum kambing mbekk mbekk aje.

Next cycle, period tak dtg. Melekat janin yg nama dia Safiyya. [insert muka safiyya gigi 6 batang kat cni] ;)

After safiyya, now dh 10 bulan, my best buddy tak dtg jugak. Bukan ci mintak pun dia dtg, lagi best kan, takde la insiden ‘messy’ and ‘bloody’, boleh solat takyah cuti. Tapiiii, yg tak bestnya, symptom nak-datang-tapi-tak-datang tu buat ci tak selesa.

Sakit perut. Cramp. Pening kepala. Craving benda merepek. Demam. And all that.

Hubby ci pun dh naik pening. Sekejap nak makan satay, sekejap nak burger, sekejap nak zinger. Hihihi.

If you're breastfeeding, this will help to delay the return of your periods. If you're still breastfeeding day and night, it can be up to a year before you have a period. 

http://www.babycentre.co.uk/x553493/when-will-my-periods-start-after-ive-had-my-baby#ixzz2kJzfrKBS
i am normal. still. :)