Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Friday, March 6, 2015

What have we done?

Ibn al Qayyim (may allah have mercy on him) said:

"How many people have caused misery to their own children, the apples of their eyes, in this world and in the Hereafter, by neglecting them, not disciplining them, encouraging them to follow their whims and desires, thinking that they were honoring them when they were in fact humiliating them, that they were being merciful to them when in fact they were wronging them. 
They have not benefited from having a child, and they have made the child lose his share in this world and in the Hereafter. If you think about the corruption of children you will see that in most cases it is because of the parents"

Tuhfat al-Mawhood 

Semoga Allah lindungi anak-anak kita. Amin.



Tuesday, March 3, 2015

Book Review: Siapa Alien? by Wardina Safiyyah

Assalammualaikum lovelies!

Semalam waktu Cici tgh discuss dgn kawan blogger ttg mcm mana nak keep momentum dalam menulis, bertukar pendapat, kami agreed yang kami kena betul2 pilih perkara yg sentiasa excite us more than anything. Bagi kawan ci, dia pilih utk menulis pasal resepi yg sihat. bagi Ci, above everything, I love books! So, berbekalkan idea utk mereview buku-buku yang cici suka dan baca, semoga dapat beri manfaat kepada parents lain yg mencari buku utk diri sendiri dan anak-anak. 

Bagi yg nak bagi pendapat, nak ci review buku apa, boleh email kat sini ye:
ceritacici@gmail.com

Okey, buku kali ni ialah buku Siapa Alien? by Wardina Safiyyah.



Cici tak beli pun buku ni, ada hamba Allah yg sangat baik hati yg berikan. Terima kasih banyak!

Buku ni cerita pasal alien yg bernama Ali dan Rani dan pengembaraan mereka. Cerita sangat sangat simple, sesimple kalau kita cerita dgn sehela nafas pun boleh setel. hihi. Tapi Wardina dh sediakan guide utk ibu bapa, bagaimana nak baca buku utk anak-anak. setiap ayat, perlu elaborate, dan bagus jika disusuli dgn soalan oleh anak-anak.

Contoh: Rumah Ali ada banyak tingkap tapi tak ada pintu.
Elaborate: Kenapa ye takde pintu? Macam mana nak masuk rumah ye?

Thanx to buku ni, Along dh jatuh cinta dgn sistem solar. 
 Setiap page buka peluang utk anak-anak tanya kenapa kenapa kenapa. Ni bukan setakat tanya, mmg sangkut terus kat page tu. Haha. 

Sebab otak ibu dh berkarat dan ibu nak Along tgk real image, so ke youtube la jawapnya. Ternganga tengok sampai taknak tido. 
Dalam satu malam. Along dh faham kejadian siang malam dan few planets dlm solar system. Dia dh faham kenapa planet yg itu tak sesuai utk manusia, kenapa planet yg ini org xleh tinggal.

Buku tu tak sempat habis, sebab dh pukul 11, Along kena tidur awal sbb esok nak pg tadika. Terus masuk bilik tido peluk buku. heee.

Mmg memenatkan ye ibu, nak explain in the simplest way, tp all worth it bila anak kata 'Hebatnya Allah'. 


Bagi yg bertanya, Ciciyayashop tak jual buku Siapa Alien tu. Tapi boleh beli di main bookstore, Insyaallah, senang jumpa. 


Go and get a copy tau! Highly recommended. 

"Tidak harus ada lg istilah 'Diamlah' 'Jangan banyak tanya'. Anak yg banyak tanya adalah anak yg bijak. Berbuallah dgn anak, bertanyakan soalan kepada mereka, melatih minda mereka utk berfikir setiap hari. Di dalam kereta, sebelum tidur, bukan sekali sekala shj. Setiap hari perlu ada perbualan yg bermakna, jujur dan ceria antara ibu bapa dan anak2. "
-Wardina Safiyyah-


Buku keluaran Telaga Biru
Ilustrasi by Uneh
30 m/s
isbn 978-967-5102-94-3

harga utk semenanjung RM19
sabah/sarawak RM21




Until then, Assalammualikum! :)




















Sunday, January 18, 2015

Happy Birthday Nur Safiyya Raina



Subhanallah. Safiyya dah dua tahun!!! Cepat sungguh masa terbang. Waktu bersalinkan dia, cici baru 29, and now i'm going to be 31. Huish, awat rasa mcm remaja lagi. Hahaha. In denial. Major denial. Hish. 😊

Terima kasih Allah. Allah sangat baik. Allah anugerahkan safiyya pada kami. Safiyya anak yg baik dari hari cici tau ci mengandung sampai ke hari ini. Keletahnya menghiburkan kami. Ketawanya mendamaikan hati. Senyumannya buat ci rasa boleh tawan satu dunia. Kuasa kasih anak2. Kadangkala melewati batas kasih kita pada mereka. Betul! Bila kita menyinga pun drg sayang kita juga, cari kita juga. Cuba kalau org menyinga kat kita, berterabur lari tak datang dekat dah. Hihihi. 😁

For this year, mcm biasa, kami buat small celebration kat rumah sahaja. We're not a big planner. Beli kek, potong kat rumah, makan2 huhahuha pun dh cukup menggembirakan. 😊




Petang tu baru bawak anak2 jenjalan. Hajat nak pg jumpa kuda, dh sampai tempat kuda hujan pulak, anak2 pulak sedap je lena dalam kereta. Hubby pun pusing2 satu KL, bg anak2 tidur puas, then sampai ke Aeon AU2.
Kebetulan ada pelukis karikatur kat situ. Ci sukaaaa dan teringin sgt nak buay karikatur. Terus suruh abg tu lukis safiyya. Nasib malang sbb muka dia masam mencuka.

Mcm nih...






So abg tu kena bayangkan mcm mana rupa safiyya bila senyum. Huhu. Kesian dia tak nampak lesung pipit safiyya, main agak2 je. Tp hasilnya cantik jugak. Terus frame.

Hasil mcm ni rm55 aje. Berbaloi kan. 😊 Next time nak buat satu family pulak.






As for her birthday present, ibu dh plan nak survey online. Ada few benda mmg eyeing to buy for her. Esok nak godek IG, cari balik seller2 n educational product yg best2. Insyaallah.

To Safiyya, may you have a great birthday. Ibu dgn abah dr the night before dok reminiscing detik2 getir ibu layan contractions waktu awak nak lahir. Mmg epik. Hihihi. Be a good girl, jadi org yg dekat dengan Allah ye safiyya.
Insyaallah. Amin. 😊

posted from Bloggeroid

Saturday, November 8, 2014

Indoor Playground- Apa yang ibu abah selaluuu buat?

Assalammualaikum lovelies! 

Sejak musim hujan dan denggi melanda kawasan rumah kami ni, nak turun bawah pun rasa risau semacam je. Serius banyak nyamuk kat bawah tu. Duduk senyap dalam rumah mcm kat luar tengah winter la kekdahnya. Huhu. Line up aktiviti utk anak-anak, but still, anak-anak nak explore juga, so kena la bawak pergi indoor playground.

Selalunya Ci akan bawak ke Kidzoona, sebab luas dan banyak mainan kat situ. 

Nasib baik jugak harga naik RM1 aje, jadi RM6, tu pun tiga anak dah RM18 kan. Takpa, anak-anak punya pasal. Susah nak say no. huhu.

So, ceritanya, kalau selalu kita pergi indoor playground, apa yg selalu kita nampak?

Yupppp, ibu abah yg duduk tepi-tepi sudut, cari port utk main handphone. Kat kidzoona siap ada charger lagi. 

Ada yg main game, ada yg check fb and all mother of social network. Siap geleng-geleng kepala, tau tau tgh main candy crush. hihi. 

Sepanjang pergi tempat yg sama, ada srg je ayah ni yg ci jumpa, pun tak peduli sgt anak dia nak main apa, cuma yg bezanya, dia suka baca buku. Tebal buku yg dia baca tu. I give him a lil bit of credit for that. :)

Well, honestly, memang generasi kita begitu. Kita senang ditenggelami teknologi. Kita senang pick up teknologi baru. Kita sentiasa connected, sentiasa nak berhubung. Tapi kkdg kita tak perasan, yg attitude tu buat kita jauh dr org sekeliling, esp yg betul2 perlukan perhatian kita. Anak-anak kita! :)






Post ni bukan nak judge parents mana-mana. Cici pun buat juga sekali-sekala. Esp bila customers punya pm masuk sekaligus. Ci kena jugak jawab utk mengurangkan bilangan yg belum reply. Haih.

Well, apa kata lepas ni, kita main skali dgn anak. Anak lompat, kita join sorak skali. (Ci jumpa srg ayah buat mcm tu. Serius!) :)

Next time uols pergi indoor playgrund, tagged cici yeh. :)

Till then, Assalammualaikum. :)


Wednesday, October 29, 2014

Muslim Parent's Guide to the Early Years


Membesarkan anak2 memanglah mencabar dan memenatkan. 
Selalu kita terperangkap dalam soalan 'adakah cara aku betul?' 
Nak marah, bagaimana marah yg membina, yg mana marah yg membinasa.
Setakat mana hukuman yg dibenarkan Islam? Dan bukan main pukul sahaja utk lepaskan marah.

Cici faham dalam keadaan berdepan dgn anak2 yg menduga kesabaran, letaklah teori mana sekali pun, kita senang hilang arah. 
Tapi, tak salah penuhkan ilmu di dada dan jiwa. 
Dan doa, semoga ianya berguna, bila masanya tiba.

The Muslim Parent's Guide to the Early Years.

Bukan sahaja buku guidance utk cara didik anak (intelektual, emosi), dan cara menjaga fizikal anak, tapi juga bagaimana utk menerapkan nilai-nilai Islam dlm jiwa sejak dari kecil. Solat, sedekah, Al-quran wuduk dan sebagainya. 
Bagaimana pula nak menjadi kan kita sebagai contoh teladan, bukan hanya ibu abah yg memberi arahan begitu begini.

Buku yg penuh info, yg wajib dimiliki. 
Harga RM40 sahaja.

Kat mana nak beli? Boleh dapatkan di Ciciyaya Shop. 



Whatsapp / Telegram 016-3313290 utk order ye. 










A trip to Pusat Sains Negara.

Assalammualaikum lovelies!

Bagi yang merancang nak bawa anak-anak jenjalan waktu weekend, ci suggest Pusat Sains Negara. Kami pergi countless time dah, sebab anak-anak memang enjoy main/explore kat situ. 

First time pergi mmg utk explore pameran-pameran yg best kat situ, lepas tu pergi sebab nak main kat playground yg besar. hihihi. Ci pun tatau kenapa, tapi, bila ci pergi je, mesti tak berapa ramai org, so sangat selesa nak bawak anak-anak kat situ.

 Kebetulan hari yg kami pergi tu, ada pulak divers tgh posing dalam fish tank yg besar kat entrance pusat sains negara.

Masuk je ke kawasan pameran, anak-anak ci menerpa ke sebelah playground utk toddler. Kawasan ni utk kanak-kanak bawah 4 tahun aje, sebab tu mainan dia kenit-kenit. Please jangan dtg sini pakai stoking lembap or kaki basah, sebab kawasan ni covered with carpet, bau senang naik. Macam hari yg ci pergi tu hmphhhh *tutup hidung*. 



Ada banyak giant instruments utk anak-anak explore. Setiap bahan pameran ada description dia. So, mak abah kena la rajin explain. Bukan rajin bawak, tapi tinggal anak-anak main sendirian. hihi.


Kat ctu kalau tekan-tekan kuar bunyi langau la, belalang la. Comel sgt tgk cik piya terkejut. hihihi.


Ni kawasan marine. Ada sub-marine dgn sampan sebelah dia. Mak-mak yg tinggi mcm cici careful ye, kawasan ni siling dia rendah, jangan main kejar anak tak tgk atas, terhantuk pengsan nanti. hihihi.



Okey yg ini kawasan utk anak-anak 5 tahun ke atas. playground ni besar dan tinggi. Ada slide dr atas turun ke bawah. Make sure anak tak gayat. ke mak yg gayat? hihihi.

Sebelah tu ada stage, kkdg ada pertunjukan sains, ada pameran. Penonton boleh join, boleh jawab kuiz, best sangat! Ada sekali kami datang, dia bawak keluar ular jinak. Boleh memain dgn ular tu, kalau berani la. huhuhu.

 Oh yg ini lagi satu. Foam Factory. Anak-anak boleh main tembak-tembak bola foam. Best tp kalau ramai, make sure anak-anak kita boleh handle keadaan dalam tu, sbb akan jd sedikit crowded dan bahaya kalau ada anak-anak besar yg ganas. ok salah, bukan ganas, tapi overexcited. *kisah benar*


Bila dah masuk, dongak atas tau mommies, cantik betul kubah atas tu. :)



Waktu last time kami pergi, ada pameram mcm CSI ni. Best kalau anak-anak join sekali, esp anak-anak yg dh bersekolah. Sebab by end of the exhibition, kita kena teka siapa yg bunuh siapa sebenarnya.


haaaa....dia ni la mati....satu kerja pulak nak cari pembunuh awak nih. huhuhu.


Kids' Discovery Place ni mcm tempat utk anak-anak bawah 5 thn, utk explore bahan experimen kecik-kecik, kkdg boleh mewarna, boleh main stamp, boleh main titi gantung, ada slide show. Tgk rezeki waktu datang, apa yg drg sediakan. Waktu kitaorg pg, ada mian stamp and jigsaw puzzle.

Luas dan mcm biasa, tak crowded. Ibu approved. :)




Oh terselit ibu di situ. Tompanggg laluuuu...








A the end, selalunya kami akan keluar main kat Wonderland, mcm waterpark kat luar. Yang tu cerita lain pulak ye.

Oh, kalau pegi, jangan lupa makan ns ayam kat food court. Serius sedap rs mcm butter. Tapi kalau nk avoid toyshop, waktu keluar tu, jangan belok kiri. haha. Warning siap-siap. :)

Till then, Assalammualaikum. :)

Tuesday, October 21, 2014

DIY Mask- Utk Lembutkan Wajah, Kecutkan Jerawat.

Assalammualaikum lovelies!

Semalam belek cermin, ada mcm bengkak merah tepi hidung, bila tekan-tekan mcm sakit. Huwaaa...jerawat pulak dah nak tumbuh. Time ni la kelam kelibut (org kedah kata) nak bg kecut. Dia tak naik lagi dah nak bg kecut. haih. hihi.

Bulan ni cycle tak betul lagi, still hanky panky since ci fully bf safiyya. Now ci dh start pump utk anak susuan, so mungkin hormon tu jadi lain skit. Or mungkin ci over-stress (tgk Insidious sampai berkerut2. heee). Or mungkin makan junkie banyak sangat (what i mean by junkie is my kids' leftover. haha).

Apa pun reason nya, kita kena banteras sebelum melarat, no? 

So, cici pun buat my diy-non-google-recipe kind of mask. hihi.

Ready? 

Bahan-bahan:

Lemon (perah)
Satu sudu Oats
Satu sudu rosehip oil (cici ada jenama Cosmoderm- boleh beli kat farmasi)
Satu sudu virgin coconut oil (Tropika) 



Boleh beli di Ciciyaya Shop ye. :)

Ini hasilnya.

Gaul gaul gaul. Then sapu satu muka. Tunggu dalam 15 minit smpai rasa mcm oats agak kering di muka. Berdiri kat sinki, slowly sapu sampai oats yg kering jatuh. urut-urut muka sikit dgn penuh kasih sayang. Pastu basuh muka mcm biasa.

Instant effect! Rasa muka lembutttt sangat mcm baby. Ada toing toing effect gitu. Serius! Tapi jerawat takde kecut terus. Magik sgt tu. hihihi.

Dah kering, pakai segala mak nenek toner, serum, moisturizer, teruss papppp benda ni.

 I am a huge fan of Simplysiti. Yang ni mmg best sangat, cepat je jerawat kecut. Tension yeh, dah 30 pun kena deal dgn jerawat. Rasa mcm remaja belia pulak. eh eh eh. 

Ada lebihan lemon yg dah perah tadi, lekap kat gula perang. Haaa...sebenarnya yg ni boleh jadi scrub. tapi tadi ci scrub bibir. Nak buang kulit2 kering. 




Scrub scrub scrub! Nak jilat bibir pun boleh sbb sedap. Haha.

Bilas mcm biasa. Done! Senang je kan.

The beauty of working at home mom mcm ni la, boleh tempek segala mak nenek kat muka tanpa suami nampak. Nanti dia balik rumah tgk muka bini glowy mowy dewy aje...kannnn....hihihi.



Ececeh...ni ke hasilnya? pakai filter selapis berani la kan. hihihi. Nak jadi model dah tak laku, jadi je la model blog sendiri kekdahnya. :)

Okey sayang-sayang semua. Anak-anak dah panggil. Till then, Assalammualaikum. 



Cici.