Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Friday, December 4, 2015

My Pregnancy Story- Allah is indeed the Best Planner

Assalammualaikum semua. :)

Beberapa minggu kebelakangan ni memang tough untuk org yg nama nya Cici nih. Daripada satu ke satu ujian Allah bagi. Sampai dah kering air mata, sampai kalau sedih sangat pun, mmg takde setitik pun yg akan keluar. Huhu.

Sejak beberapa bulan lepas pun kesihatan ci agak merosot. Hormon ci kacau-bilau. Berat badan cici naik mendadak. Menstrual cycle cici jadi tak betul. Kejap datang, kejap tak datang, sampai tahap kena rujuk doktor. Kkdg jd bloated, kkdg muntah, most of the time ci kalah dengan fatigue. Tersidai atas katil, waktu nak masak drag badan masuk dapur, lepas anak-anak dah makan, masuk bilik baring balik. 

30/11/2015

Pagi tu hubby cici pergi kerja macam biasa. Cici pun teruskan aktiviti dengan anak-anak, cuti sekolah kan dah mula. Tapi hari ni pelik sikit, bloating start drpd pagi. Tapi nasib baik tak naik angin sampai ke kepala. Rasa meloya, perut cramp sikit. Ci pun check period tracker kat handphone, oh dah lewat 12 days. Tapi disebabkan last month ci baru start treatment drpd doktor, so mmg boleh expect benda ni akan jadi. Ci dah due jumpa doktor pun, maybe next week pergi, doktor advise untuk start on pil perancang.

Masuk tengah hari, fatigue jadi worst. Kena jugak masak kat anak-anak, sempat masak sup ayam je, pastu tak larat dah. Tetiba terfikir hubby kata nak balik makan, bangun balik masak sambal ayam. Sambil masak tu mcm nak menangis, sebab penat sangat. Huhu. Boleh bayangkan tak.

Bila jenguk bilik anak-anak, Ya Allah, bersepahnya. Dengan tak semena, Ci snapped! Ci menjerit sekuat hati suruh anak-anak kemas. Drg sampai terkejut, tak sempat ci nak marah, terus ci menangis sampai terduduk. Bukan menangis mcm org dewasa yg normal  menangis, ini meraung mcm budak-budak, seriously! 
Safiyya duduk je tepi ci, try buat muka kelakar dia, tapi yg ibu ni menangis tersedu-sedan. Lama-lama ci rasa peliknya, awat dengan aku nih. Peluk anak-anak balik, minta maaf kat drg sebab overeact.

Cici call hubby, mengadu semua benda. Ci ada ingat yg ci sebut, apa kena dengan ci ni abg? Hubby ci kata ibu pregnant kut (sebenarnya drpd semalam dia asyik bgtau benda yg sama!). Ci terdiam. Ci suruh dia belikan pregnancy test on the way balik, sbb kalau negative, mmg ci nak makan ubat angin, and ada satu jamu yg ci baru beli, kononnya nak imbangkan balik hormon.

Malam tu,

husband pun balik drpd pasar malam, dengan yong tau fu, dengan jagung, popia faveret ci, dan pregnancy test. Dia beli dua kotak. 

Senyap-senyap ci masuk bilik air. Firstly mmg ada urge nak pee pun. hihi. Kali ni husband beli upt yg kena pee kat bekas n titis kat window dia.

Terfikir balik last 2 months tak period smpai dua bulan, bukan upt cikai je ci beli, sampai ke digital yg mahai tu pun ci beli jugak. haha. 

Oh berbalik kpd cerita, instruction suruh titis 5 titis. dan tunggu 15 saat hingga ke 5 minit pertama. Memula titis pastu letak jejauh. Scary ohoii nak tunggu tengok. Dalam 5 saat, ci tgk line baru nak naik. Terus mata ci terpaku kat upt tu. Tak sampai 15 saat pun sebenarnya......jantung ci rasa mcm nk terlompat keluar...

Jelas dan terang...












Subhanallah. Time tu Allah saja yg tahu betapa terkedu nya ci. Lain sangat dengan pregnancy sebelum ni, waktu naik line tu punya la samar sampai kena tgk bawah lampu. Kali ni jelas sangat. Terus berlari keluar bathroom, hubby ci tgh makan jagung. Ci letak upt atas meja depan dia. Dia tersenyum, almost like tersengih 'Abg dah kata kan...abg tau lama dah...'
haha. Pastu dia peluk ci, kami shake hands sambil ucap tahniah kat masing-masing. hahaha. 

Pastu terus tak selera nak makan. Terkejut tak habis lagi. My oh my.



Malam tu hubby ci kena pg keja balik, ci pun amik tester yg kedua, test lagi sekali. Mana la tahu yg first tu rosak ke, masuk angin ke apa ke. haha. Sama jugak. Terang jugak, walaupun dh lewat malam dah time tu (selalunya dinasihatkan test urine pertama awal pagi kan). Terus msg my bff nak share. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


1/12/2015

Call mak dan mak nak break the news. They seems to be surprised sama la mcm kami pun. 

Terus pg klinik Family Dr. Kamariah, jumpa our family doctor, Dr. Asiah. Waktu masuk tu, dia senyum tgk ci. Mmg ptt dtg nak amik pil perancang pun. Tapi cerita dh jadi lain. huhu.

"Ye Cici..."
"Doktor, semalam saya buat upt" sambil tunjuk kat dia dua batang tu.
"Alhamdulillah....Eh jap (bukak rekod ci), oh awak patutnya start pil perancang kan...Laa tak sempat" tersenyum lebar dia.
"Aah, saya dh dtg, doktor cuti. Doktor ganti tanak prescribe,dia suruh tgu doktor balik"
"Laa....sorry la, disebabkan saya, dh kacau plan asal awak. Awak okey ke ni? Awak okey ke awak pregnant ni? Takpe, awak muda lg cici. Anak ketiga dh besar pun" Dr. Asiah try nak pujuk. 
"Saya okey. Mmg rezeki saya..."
"Ish3...saya cuti Deepavali lama, awak pun sakan 'beraya' yeh. Sampai pregnant" pecah gelak doktor tu. haha.
"Nak check lg sekali ke doktor?"
"Tak payah la, dh dua kali pun awak check. Terang terang awak mengandung"

Buat kesepuluh kali doktor ucap tahniah. hihihi. Insyaallah bukak buku akhir bulan ni. Nak kena lepas 2nd months dulu, baru boleh bukak buku n buat full checkup n scan.

Keluar je dr klinik, whatsapp family members, break the news kat org2 yg rapat.

Allahuakbar.
Subhanallah.
Alhamdulillah.

Baiknya Allah. Dalam ujian getir yg Allah berikan, Allah bg anugerah kpd kami. I have never thought yg akan diberi peluang utk rasa sekali lagi. Ci selalu rasa yg Safiyya akan jd yg bongsu. Tak terfikir yg dia akan jd kakak.

Reaksi anak-anak? Drpd semalam waktu tahu tu, semua peluk perut ibu. Semua excited! Along kata lepas ni tak payah berebut adik dgn kakak, srg boleh jaga sorang satu. hahaha. Selama ni drg asyik berebut nak jaga safiyya. :) 

Cici doa semoga pregnancy ni jd the easy one, sama mcm safiyya dulu. Semoga baby adik sihat dan membesar dgn sempurna. Insyaallah.

Sama-sama doakan cici ye. 

Till then, Assalammualaikum. :)

3 comments:

deeni said...

Alhamdulillah tahniah cici. simptom pregnant awak sama dengan saya ms anak ke2. letih, lesu, fatigue semua ada. sampai saya pelik, kenapa rasa letih lain macam. rupanya pregnant. jaga diri dan kandungan baik-baik.

Cerita Cici said...

Terima kasih deeni. Aah, letih dia sampai melampau-lampau, pdhal takde buat keje berat pun. hihihi. :)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)