Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Thursday, December 31, 2015

My Miscarriage Story- The Acceptance

As I'm typing this, sudah dua minggu kejadian ini berlaku. Alhamdulillah, kesihatan ci di tahap yang normal. Cici dah boleh jadi Cici macam biasa. Tapi, for a note, let's recap apa yg jadi dua minggu sebelum ni.

...................................................................................................................................................................

13 Dec 2015

Kami sekeluarga ke PD, ada family gathering sebelah mertua. Seronok anak-anak main kat private pool dengan cousin diaorg. Waktu tu, ci rasa mild cramping. Seingat ci, waktu pregnantkan anak-anak ci 3 org pun ci rasa cramping ni, bg pendapat ci, mcm proses janin nak menempel ke dinding rahim, so rasa cramp sikit. Cici pun abaikan, buat aktiviti mcm biasa. Muntah juga ptg tu, mcm meloya dah nak mula.

Lupa nak cerita, pregnancy ke-4 ni, perut ci cepat besar. Kiranya dlm 2 bulan, baby bump ci dah nampak. Kalau ci pakai blouse biasa, mmg susah nak sorok perut dah. Allah, seronok sangat. Beberapa hari pertama tu mcm terkejut lagi, lepas tu feeling nak terima baby baru tu terasa sgt happy nya. Bukan cici dan anak-anak je yg happy, husband ci pun obvious sgt terujanya. Bila dia tgk ci struggle nak pakai seluar jeans, dia bawak pegi shopping, beli baju maternity. Kami sempat beli 2 skirt dan 1 baju maternity, baju yg ada ikat kat belakang tu. Esoknya, waktu keluar husband  minta ci pakai baju maternity tu, ci kata la awal lg, perut takde la besar sgt, dia kata pakai je la, dia suka tengok. Allah, little that we know, kalau ci tak pakai waktu tu, ci maybe dah mmg tak boleh pakai dah. :(

Okey, balik daripada PD, kami bermalam di rumah mertua ci. Malam tu tak boleh nak tidur, sakit pinggang Allah shj yg tahu. Maybe jugak sbb ci tidur tilam bawah, ci terus masuk bilik tidur atas katil adik ipar ci. Lena jugak sampai ke pagi.

14 Dec 2015

Pagi tu kami sampai ke KL. A bit penat tapi ci bgtau husband yg ci nak pg buang sampah kat bawah. Husband kata dia akan temankan. Dia angkatkan sampah tu, ci letak atas stroller (jogger lama along buat tolak sampah sbb tong sampah nun jauh atas bukit. huhu). Takde la berat sgt, lagipun ci dah biasa buat kerja rumah mcm tu. Even dulu time ci pregnantkan kakak, ci ulang-alik naik bas-lrt-bas dari Seremban-KL. Penat, tapi bertahan juga sampai kandungan 6 bulan. hihi.

Time tu dalam pukul 1.30 tghari, ci dengan anak-anak tgh tengok tv. Tetiba ci rasa ada sumthing keluar dr 'bawah'. Ci pegang dengan jari, DARAH PEKAT WARNA MERAH! Allah, terlompat ci time tu. Nasib baik husband ada di rumah, cecepat kami pergi Gombak Medical Centre. Sesambil tunggu doctor pggl, sempat google 'bleeding at 8 weeks', ada yg kata normal, ada yg kata threaten miscarriage. Ci whatsapp bff ci Emma, ci whatsapp kak Erda. Kak Erda bgtau anak dia yg ke 4 pun mcm tu jugak pengalaman. Lega sikit hati ci.

Doctor panggil. Waktu doctor scan, agak lama nak jumpa baby. Ci dh fikir yg bukan-bukan 'perut dah besar takkan takde baby kut. UPT pun dua batang kata positif. Ada penyakit lain ke?' Alhamdulillah, doktor jumpa jugak baby. Kecil sgt around 7 weeks almost 8 weeks. Allah saja yg tahu betapa happynya ci tgk baby berenang dlm tummy. Heartbeat belum ada doctor kata. So, next visit would be sebulan dr tarikh. Doktor bg ubat kuatkan rahim. 

Semua kembali berbunga-bunga, sehingga lah esok harinya.


hai baby adik :)


15 Dec 2015

Pagi tu ci perasan muka ci agak pucat. Husband dah pg keje, so ci bawak anak-anak swimming kat bawah apartment. Ci still rasa cramping tu, tapi ci abaikan shj. Balik drpd swimming, waktu anak-anak ci tgh mandi, sekali lagi ci rasa mcm ada sumthing keluar kat 'bawah'. Sama mcm semalam, secalit darah. Allah, risau datang balik. Cecepat pg basuh, ci terus pakai pad, in case keluar darah lagi. Waktu ci ke toilet nak basuh kesan darah dan buang air kecil, ci perasan darah dah tukar jd bertali-tali (sama mcm waktu kita period). Kelam kabut ci call husband. Husband kata dia cuba balik secepat yg boleh. Ci call emma, kak erda dan msg kawan doktor ci, Nang. Nang kata darah tu maybe sbb baby nak menempel, tapi kalau sekali dgn cramping, maybe nak jd miscarriage. Allah, seram sejuk ci dgr perkataan miscarriage, nak sebut pun seriau. Sepanjang hari ci doa semoga Allah kuatkan janin, semoga baby ci selamat.

Darah keluar konsisten, makin banyak, cramp makin teruk. 

Ci whatsapp Dr Zana, doktor dr GMC, bgtau kes ci, doktor kata ubat kuatkan rahim tu tambah dose ke 3 kali sehari, dan jumpa dia first thing in the morning.

Malam tu terasa gelap nya dunia. Dengan bleeding yg makin heavy, dgn cramp yg teruk.

16 Dec 2015

Pagi tu cici dilanda perasaan yg ci sendiri tak tahu nak cakap. Mcm miserable, mcm sedih, mcm kosong. Ci pegang perut, yg dulu rasa a bit keras dan bulat, dh jadi kempis dan lembut. Ci agak mungkin perasaan ci shj, cuba nak jadi positif, tapi bila ke toilet pg tu, bila tengok darah berketul-ketul keluar, ci jadi lebih sedih dan miserable. Rasa bersalah kat husband dan anak-anak, walaupun bukan salah sesiapa pun. Ci rasa cici yg tak pandai jaga diri, jaga baby.

Pukul 8 kami dah sampai kat GMC. Muka ci seriously pucat macam mayat. Cramp teruk sungguh sampai ci tak boleh nak berdiri straight. Ci duduk kat hujung tempat menunggu, sbb nak cari sofa. Sofa tu pulak mengadap ibu-ibu preggy lain yg datang nak checkup. Based on their baby bump, ada yg masuk 2nd trimester, ada yg nampak dah sarat. Bahagianya. Here I am, with my-no-longer-looks-like-babybump, duduk menangis di bucu bilik sebab sakit sangat. Sakit tu rasa lebih teruk dr sengugut, almost like contraction. 

Tapi pagi tu ci mmg pasrah, awal-awal ci bgtau husband, 'Kalau baby ada lagi, mmg la ajaib. Ibu rasa baby dah tak ada'. Dia peluk ci, nak tenangkan, tapi Allah shj lah yg tahu apa yg ci rasa.

Kehilangan. Susah nak define kan.

Waktu masuk bilik doktor Zana, Dr Zana sambut ci dgn penuh concern, nampak mcm dia risau. Ci rasa sebab muka ci pucat sgt, berbanding ibu-ibu lain kat situ yg ada pregnancy glow. 

Dr Zana: Awak yg msg saya semalam kan. Macam mana hari ni? Bleeding lagi tak?
Cici: Aah doktor. Bleeding lagi doktor. Hari ni heavy drpd semalam.
Dr Zana: Awak cramping tak?
Cici: Cramp teruk sangat, sakit pinggang.


Doktor angguk2 perlahan, mngeluh sikit, mcm dah tahu apa yg jadi, tapi dia try tenangkan ci.

Dr Zana: Baring dulu ye, kita scan, doa byk2 ye, semoga ada lg rezeki.

Ci pun siap2 utk scan.

Waktu doktor letak scan kat perut, dah tak susah nak cari baby pun, janin tu nampak sgt besar, rupanya dah bengkak. sadly, janin dah bukan janin. Doktor kata janin tak sihat. Badan ci takleh terima, so badan ci reject dia (menangis lak time nak taip ni. sobs). Dr Zana ci puji sbb dia mmg cuba terangkan dgn penuh kelembutan. Dan dia tak underestimate feeling kita, setengah org mungkin kata alah dh anak 3 pun, tak la sedih sgt. Tak. A lost is still a lost.

Doktor check jalan bawah, dh buka. Badan ci mcm dh ready utk keluarkan baby. So, doktor kata no need d&c, dia just bg ubat utk keluarkan baby naturally. Dia masukkan 2 pil kat bawah, dan 2 pil lg ci kena telan on the spot. Doktor pegang tangan ci, dia doakan ada lg rezeki ci lepas ni. Ci senyum kelat, tp nampak kelam dunia sekejap.


Boleh nampak beza dengan scan sebelum ni kan. 



Waktu melangkah keluar bilik doktor, ci nampak husband ci tengah tengok anak-anak. Ci duduk kat kerusi, betul-betul mengadap husband ci. Ci tatau nak kata apa.

'Abg, baby dah takde...' waktu ci bgtau tu, tetiba perut ci sakit sangat. Maybe effect ubat dh datang. Terus ci menangis kat situ jugak. Sedih ada, sakit pun ada. Tapi, tahan sikit sebab org ramai.

Along tanya 'Baby dh mati ke ibu?' Safiyya dtg peluk 'Takpe ibu, Iya ada...' Kakak nampak takut tgk ci menangis. Mana la pernah ibu drg ni menangis depan drg. Masalah besar mana pun, setitik tak pernah keluar. 

Masuk je kereta, ci meraung sekuat hati. Mostly sbb sakit tu dah datang.

Waktu berhenti kereta kat kedai sbb nak beli ikan bilis (tetiba kena masak makanan org pantang. huhu), husband call mak ci dan mak mertua. Rasanya susah drg nak faham ci cakap apa, sebab mcm dengar org meraung je. 

Rabu. Khamis. Husband ci jaga kat rumah.

Malam tu kami bergerak balik ke seremban. Sambung berpantang rumah mertua ci.

Pagi Jumaat, ci bangun nak temankan husband breakfast, dia nak gerak ke office dr seremban. Waktu bangun tu tetiba rasa mcm ada sumthing yg besar keluar kat bawah. Ci tengok, seketul darah, almost menyerupai daging, sebesar anggur. Ci angkat letak kat tapak tangan ci. Lama juga ci belek. 'Sorry ye baby' ci kata sebelum ci tunjuk kat husband. Takde rupa baby lagi, just seketul daging dan darah. Sepatutnya dia lahir, ci pangku dia, ci susukan dia. Hari ini dia keluar dr jalan yg sama, tapi tak bernyawa pun. 

Lepas je keluar baby, rasa sakit nyilu kat perut terus hilang dengan serta-merta. Semua sakit hilang terus! Seolahnya mcm baby bawa terus sakit tu pergi sekali dengan dia.

Apa yg ci rasa lepas tu? Rasa empty inside. Mcm kosong. Rasa mcm badan ci tak cukup anggota. Ci cuba seboleh mungkin sorok apa yg ci rasa, so bila org tnya, ci kata ci 'Okey'.

...................................................................................................................................................................

Dua minggu dah pergi. Life goes on. Semuaorg dah teruskan hidup. Anak-anak nak masuk sekolah, cici busy dengan kerja ci, husband dah kembali ke kerja dgn normal pace.

Namun, tak ada sehari pun yg ci lupa baby ci yang dah pergi. Al-Fatihah.

2 comments:

Kasih Kirana said...

Semoga cici tabah ye..pasni ade r3zeki lg..InsyaAllah..

deeni said...

sorry for your lost. al-fatihah. moga ci terus tabah. sy doakan ada rezeki yg lain utk ci.