Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Cici & Ery

Thursday, May 19, 2016

My Rainbow Baby

Waktu lepas ci miscarriage, life goes on mcm biasa. Ci pantang dua minggu aje. Ikut org patutnya pantang lama, tapi itu lah time tu org keliling kata 2 minggu aje, so ci ikut shj. Alhamdulillah, xde lak sakit urat ke, bentan ke, demam ke afterward. Takut jugak kan. Dah hujung tahun tu super busy dengan Along nak masuk sekolah rendah, so dah takde nak fikir sedih ke apa ke.

21 January 2016.
Hari tu birthday Along. Dah 7 tahun pun umur dia. Recap semalam sebelum birthday Along, cici rasa badan ci lain mcm. Sama mcm tanda nak pregnant yg sebelum ni. Penat, sakit kepala, mcm nak muntah. So malam tu minta hubsy belikan pregnancy test. Mmg tak expect pun pregnant, sebab a week before ada test sekali, dah kosong dah (maknanya hormone pregnant dlm badan dh takde), kalau test lagi sekali sure negative jugak. Untuk meredakan hati yg risau, cici pun check lagi pagi tu.
Mcm biasa la, kalau dah test tu, mesti letak jejauh dulu. Gosok gigi dulu, mandi dulu ke, baru jenguk tengok result.
Jeng jeng jeng.

Surprise!!!!! 

 Punya la terkejut tak terkata.
Berlari tunjuk kat hubsy, dia senyum aje. Dia kata hti dia kuat kata mmg ada baby lagi. Tunjuk kat Along, Along time tu tgh pakai baju sekolah. ‘Eh, baby ada balik yeh ibu? Dah tak meninggal dah?’ huhu.
This time around, husband kata cuba jangan bgtau sesape, sampai baby kuat. Ci turut aje. Ye la, gap sebulan je drpd miscarriage, mesti family pun tak percaya. Silap2 drg ingat ci tak pantang. Naya aje. Huhu.
Petang tu lepas amik Along kat sekolah n hantar kakak, kami ke Klinik Keluarga Dr Kamariah. Tapi takde rezeki nak jumpa Dr Norasiah (doctor family). Dr Norasiah yg check condition ci dulu tp dia pun tak tahu ci miscarriage. Sbb waktu miscarriage ci terus pergi Gombak Medical Centre.
Cici pun pergi klinik sebelah, Klinik Samudra. Bgtau doctor nak scan, nak confirmkan pregnancy. Waktu scan tu doctor Nampak kantung, tp mcm kosong lagi. Baby less than a month katanya. Dia suruh repeat next month.
Half hearted jugak la time tu. Happy tapi tanak over excited. Mcm biasa, orang pertama yg ci inform bila dtg bab pregnancy is my dear bestfriend Emma. Dia pun mcm terpinga-pinga jugak terima berita nih. Haha.
Not long until ci 7 weeks, almost semua family ci n mertua dah tahu. Jumpa pun dh boleh agak tengok perut lain mcm je. Mind u, 5th pregnancy, perut dh expand. Takde baby pun tak kempis. Haha.

Lepas tu, jumpa Dr Norasiah, dia ingat ci nak check utk previous pregnancy. Terkejut juga bila bgtau ci miscarriage. Lagiiii tambah terkejut bila bgtau conceived lagi sekali. Hihihi. Pening kepala doctor nak kira edd. Dia suruh tunggu lagi sebulan utk betul2 scan.
25th February, pergi checkup kat Klini Seri Indah, kesnya sebab demam lama, punya la tak larat sampai tak boleh bangun. Doktor scan, malangnya klinik tu pakai scan olskool sangat, apa pun tak nampak. Huhu.
Sampai la 7th March, baru la ada kesempatan jumpa Dr Norasiah lg sekali. Mmg plan nak bukak buku kat situ pun, smpai dh sarat baru bawak buku ke GMC. Doktor tanya kali ni ada bleeding tak, ada cramping mcm dulu tak. Ci kata tak, kali ni rasa okey. Baru la dia suruh baring untuk scan.
Alhamdulillah, dah nampak kepala, tangan, kaki, dah nampak mcm baby dah. Menguit sana, menguit sini, smpai doctor kata ‘baby awak ni tak duduk diam langsung. Nak ukur dia pn susah’ haha. Buat masa sekarang due date 19/9. Kalau ikut sejarah Safiyya, baby yg edd ikut saiz ni mmg selalu due date dia berubah. Kejap edd itu, kejap ini. Harap2 boleh la baby lajak sampai bulan Oct. Sama dengan kakak. Hihihi. Sama ke tak sama ke, janji bersalin lepas raya. Yang tu penting. Haha.
Ikut kiraan doctor, mmg lekat terus right after 2 minggu pantang. Fikir2 mcm tak logic je, tapi dh kuasa Allah kan. Terus subur pula lepas miscarriage tu. Cepat Allah ganti balik, Alhamdulillah.
To my 22 weeks rainbow baby, membesar dengan bahagia dalam perut ibu ye. Abah, ibu, Along, kakak n kak piya sabar tunggu baby. J

4 comments:

deeni said...

alhamdulillah, tahniah cici.

Cerita Cici said...

terima kasih :)

Ibu Ilyanie(s) said...

alhamdulillah... rezeki bulan syawal yg mulia...
selamat hari raya. jemput ke 'rumah' and folo. tqvm

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)