Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Monday, April 15, 2013

After 4 months of hibernation...

4 bulan bg orang lain, mungkin lama....4 bulan bg ci, sekejappp lah sgt berlalu.

Sebulan pertama ci on medical leave, preterm labor threaten. Duduk tgu baby Safiyya kuar.

Sebulan kedua berpantang.

Sebulan ketiga dan keempat, membina bonding maha rapat dgn anak2.

Ya Allah... Indahnya 4 bulan tu, Allah sahaja yang tahu. Ci tgk anak2 membesar depan mata. Anak2 makan apa shj yg tangan ci siapkan. 3 anak bawah jagaan ci, mengajar ci betapa besarnya nikmat Allah beri. Betapa Allah tunjuk ci apa makna sabar, apa makna tahan marah, apa makna teruskan kerja walaupun penat, dan bagaimana tunjuk teladan yg baik, instead of mengarah tak tentu pasal.

Oh yes, anak2 absorp apa shj yg ada depan mata.

Marah anak sbb makan keropk bersepah, tapi atas meja makan lupa nak bersihkan. Tegur anak main toys tak reti nak simpan, tapi kain berlonggok ibu lambat nak lipat.

Yup, ci kata kat diri sendiri.

Sbb sekarang ci faham benar kenapa ayah ci dulu tempelak, kami adik beradik lambat basuh kain, or biar kain dh penuh bakul bru terhegeh2 nak basuh. Sebab dia basuh baju setiap kali dia mandi. Mandi n laundry all one shot, so xde la baju yg bertapuk lama2 dlm bakul. Ayah even xdak pun bakul. hihihi...aah, ayah ci basuh baju dia sendiri. sesuatu yg suami2 lain boleh ambil iktibar.... :)

Begitu lah juga ceritanya dgn solat. Tempelak anak tanak/tak berminat nak dtg ke sejadah baru yg comel yg dibeli. Cuba tgk adakah kita sendiri bergegas ambil wudhuk bila dgr azan; esp kat rumah bila anak2 ada, or waktu azan kita dok melopong tgk tv. Adakah kita selalu berjemaah. Adakah kita ajak anak bersolat sama, adakah kita biar anak tgk kita solat or kita halau anak suruh duduk jejauh.

Kepimpinan melalui teladan.

Apa yg kita buat, mata2 kecil dok pandang je....hihihi... :)

Tough kan. Sgt scary sebenarnya.

Bila Allah beri anugerah, in this case, anak...Allah beri sekali tanggungjawab....  :)

Betapa besarnya tanggungjawab ni, sbb melalui kita lah, sedikit sebnyak mnjadi acuan apa yg anak kita akan jd. Jgn tgk akademik shj, pandai xpandai...tp adakah dia membesar mnjadi hamba Allah yg sejati....

Kalau ya, Alhamdulillah, sujud syukur, tanggungjawab kita dah selesai. Diselesaikan dgn jayanya.

Okey, berbalik cerita ci nak masuk kerja balik....arini hari kedua ci hntar anak2 ke Educare IIUM. yup, all three of them. Ayit ok, Fiya ok. Yang tak berapa okey, is si kakak Tiya...

Banyak kali dh attempt nak hantar, pastu dia demam. Ci rehatkan dia kat rumah. Pastu nak hantar balik ke nursery, at least nak biasakan dia before ci masuk opis balik.

Menangis melalak meraung depan pintu sekolah.

Bila tanya nape kakak tanak g sekolah?

Kakak mayuuuu (maluuu)

Allah, anak dara ci nih.

Fikir2 balik, elok la ada sifat segan silu, pemalu...dia kan anak dara...xde la nanti kena ajar malu pulak bila dh terlebih ramah sgt...hihihi.... :)


Allah...

Bulan ni tanda kami dh 5 tahun disatukan.... 5 tahun dah berlima.... 6 tahun berenam kah?

Hahahaha.... ok gurau.... ;)

3 comments:

shaliza said...

6thn-berenam=mungkin:-)hahaha gurau jelah...anyway mmg susah nak lepaskan anak2 bila dah lama bertempek:-)

*SiRibenMerah said...

hehe.. chaiyok2 cici.. berenam pulak.
kalo iyra neh mmg tak terkejar dah..

Cerita Cici said...

hihihih...scary kalo tambah lg srg...fuh3... :)