Kita hamba Allah.
Kita diuji.
Constantly.
Anak2 tak sihat.
Suami tak sihat.
Diri sendiri tak sihat.
Kereta rosak.
Kerja asyik ponteng, bos nyampah.
Business tak jalan, tak menjadi.
Iman turun naik.
Duit tak cukup.
Tengah jalan kena ragut.
Allah.
Bila kita ditimpa perkara yg tak best, selalu kita termangu, ini ujian Allah ke, ini balasan atas dosa? Atas dosa yg mana satu la agaknya.
Ci dgr channel Sis Yasmin Mogahed kat YouTube aritu. Cerita pasal hardship. Is it just a hardship or a punishment.
Meleleh air mata. Sebab kkdg tak sengaja, hati jahat ni terdetik, kenapa la asyik aku Ya Allah. :'(
So, is it just a hardship or punishment?
Wallahualam.
Kita pun tak pasti yg mana satu yg mana.
Which is which.
Tapi, kita boleh agak, dgn cara kita response kepada ujian Allah itu.
Kalau kita sabar, kita redha, Insyaallah, itu hanyalah ujian dr Allah. Ujian yg nak mendekatkan kita dgn Allah. Tanda Allah sayang.
Kalau kita jd moody, cranky, grumpy. Jadi tak boleh nak terima kenyataan. Jadi berang. Kemungkinan itu hukuman drpd Allah. Indeed, juga tanda Allah sayang. Tanda Allah mahu sucikan dosa, jika kita bertaubat. Tanda Allah rindu nak dgr suara kita merintih berdoa.
Kawan ci pernah kata, Allah jentik sikit, supaya kita ingat kat Dia. True!
Iya.
Cakap pasal ingat pd Allah.
Kadangkala.
Doa lepas solat kita pun mcm pita rakaman.
Dah fix.
Cth : Ya Allah, ampunkan lah dosaku. Amin.
Day in, day out. 5 kali sehari.
Itu dh bkn doa, itu skrip. Yg rutin.
Seharusnya kita spesifik.
Cth: Ya Allah, lembut kan lah hatiku utk melayani anak2 ku. Sekiranya anak2 terjatuhkan barang, terbuat salah, beratkan lah tgn ku. Jauhkan diriku drpd sifat pemarah. Engkau Maha Mengampuni.
Cth: Ya Allah. Murahkan lah rezeki ku hari ini. Aku dah byk melabur utk berniaga. Target masih suku utk dipenuhi Ya Allah. Engkau Maha Mengasihani, Engkau Maha Kaya.
Cth: Ya Allah. Kau lembut kan hati bakal mertua ku Ya Allah. Supaya dia jatuh kasih kepadaku. Demi Allah, aku ingin menjadi sebahagian keluarganya.
Lebih ikhlas. Lebih sentap di jiwa. Lebih cepat sampai.
Insyaallah.
So, next time, the moment something bad knock your door, cakap 'Alhamdulillah, Allah pilih aku utk dugaan besar ini. Sebesar mana pun dugaan, Allah Maha Besar. Aku redha.'
Amin...
:-)