Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Cici & Ery

Thursday, May 8, 2014

Salon ooo Salon

Petang tadi bawa anak-anak potong rambut. Seronok tengok salon kat area sri gombak, sederet kedai mesti ada satu dua.

Ci pergi satu salon, tak sure owner melayu or non, tp pekerja semua perempuan melayu.
Hairan jugak sbb yg berbaris tunggu giliran lelaki melayu.
Oh lelaki skrg mmg dh tak main kedai mamak ye, drg pg salon gitu.
Ci senyum kat adik kaunter. Nampak mcm stylo ckit. Kerja salon harus la style up to date kan.
Dia tgk ci atas bawah, 'Ye?'
'Nak gunting rambut... ' ci jawab.
'Sape?'  dia tgk ci pegang tgn Tiya.
'Dia...'
Pause jap, pastu acuh tak acuh,  'kena tunggu lah....'
Ci tak kisah pun sebenarnya.
Seriously, ci bukan jenis cepat melatah kalau org buat 'sekupang lima duit' kata org kedah. Huhu.
Sekali dgr adik2 salon tu mengilai ketawa dgn pelanggan2 lelaki.
Bergurau senda.
Even benda remeh. Merenyeh.
Ci boiled. A bit. Geli telinga.
Terus ci tak tunggu. Tarik tgn Tiya, pergi salon lain.

Salon kedua. Non-malay.
Bila ci bukak pintu, srg staff tanya, 'mau potong rambut?'
'Aah, iye. Dia. ' ci maksudkan tiya.
Dia senyum and sambung potong rambut customer lain.
Kebetulan ada satu family ni dtg sebelum ci, mmg satu family nak buat rambut. Ada yg nak potong, shampoo la bagai.
Without any direction, ci n tiya duduk kerusi depan cermin.
Staff ramai, tp semua busy.
Lalu-lalang depan kami tanpa senyum, tanpa bgtau berapa lama lg nak tunggu. Or berapa ramai lg baru turn kami.
Kami jd invisible selama beberapa minit kat situ.
Ci bangun.
Tarik tgn tiya, pergi ke pintu. Keluar terus.

Last2, along bawak ke kedai barbershop mamak yg paling hype kat sri gombak.
Kakak bawak ke Kwik AU2, yg masuk kedai terus takde mukadimah, zapp zapp zuss potong cantik terus. Nama pun kwik (quick)  kan. Hihihi.

Cerita ni dari kaca mata pelanggan.
Betapa dua kedai ni hilang satu dua keynote penting dlm berniaga.
Keramahan kpd semua pelanggan.
Timbang-rasa.

Tak rugi buat baik. Lagi baik lagi bagus.
Tambahan pula business salon yg sgt memerlukan return customer.

Haih.
^_^

No comments: