Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)

Friday, April 15, 2011

Usrah di Pagi Jumaat... ;)


Ci rindu nak hadir majlis ilmu atau usrah mcm ni….ada dept yg tetiap pagi jumaat memang wajib berkumpul baca Yasin atau bertaskirah sekali…tp dept ci kecik, kami bertaskirah kkdg2 tru email dan berkongsi artikel atau khutbah Jumaat. Ci pernah baca yg kalo kita tak pergi usrah dalam 3 hari, hati kita akan jadi keras. Hati pon mcm pokok bunga jugak, kena selalu siram, belai, dimanja selaluuu…baru hati jadi bersih dan sihat….kan kan kan…oh majlis ilmu tu, kalo tgk kat tv atau dengar tru radio pun dh consider majlis ilmu kan…as long as ilmu tu ada…. ;)

Usrah tadi (eh tajuk usrah td apa yeh, dh lupa lak) byk ceritakan ttg diri kita n kesedaran diri. En. Wan, speaker kali ni byk sentuh ttg kepentingan kita berfikir ke arah akhirat, bukan hanya dunia.

  • · Mengajak kita selalu berfikir di mana kita di mata Allah…fikirkan amalan kita, betulkan amalan kita, sentiasa perbaiki amalan, dan usaha utk nampak baik di mata Allah. Jangan hanya selesa kalo kita sudah solat 5 waktu, tp perelokkan bacaan, khusyukkan, tambah dgn doa dan amalan sunat yg lain. Ikut sunnah Rasul…

  • · Jangan terlalu asyik mengejar dunia, nanti semua ketinggalan. Kita kejar akhirat dan dunia sndiri akan mengejar kita…(bukan shut off terus dr dunia, cuma jgn terlalu terikat dgn duniawi)…

  • · Renungkan pengisian amalan kita seharian. Ada tak terselit masa utk membaca Al-Quran, utk mengaji, utk berjemaah, utk ke masjid (bg lelaki), utk hadiri usrah, utk ke kelas agama dll. Jgn terlalu stick dgn jadual rutin yg semuanya utk dunia semata-mata. Dan jgn tgu uzur, dh pencen bru nk start beramal ibadat….atau tgu seru…. ;p

  • · Bertaqwa; ada kpd org yang sgt berhati2 dgn apa yg dia lakukan. Rasa takut dgn Allah, takut dgn azab dan keadilan Allah. Org yg Allah masih pelihara ialah org yg bila teringin utk buat jahat/ tak baik (cth nk tingglkan solat) akan ada ‘lintasan hati’, yg mengatakan ‘eh, aku wat salah ni. Baik aku solat skrg’…Lintasan2 tu menandakan kita masih ada iman. Tapi kalo wat salah, tp mcm relaxxx aje n tiada lintasan, tandanya hati kita sudah keras.

  • · Banyakkan menambah ilmu2 tasawuf, tauhed dan fiqh utk memantapkan iman. Sentiasa bertaubat setiap masa supaya pintu taubat Allah buka dan kita akan mendapat rahmat-Nya.

  • · Tips khusyuk dlm solat; hadirkan hati sedari waktu kita berwudhuk. Setiap anggota yg kita lalukan dgn air, kita doa dan bertaubat dgn Allah. Faham makna dlm solat, bertenang dan jgn gopoh-gapah dlm solat.
  • Banyak lagi pengisian yg dapat tp xsempat salin sbb melopong dgr. Mcm cici, majlis ilmu mcm ni la yg akan give a pat to my shoulder dan kata ‘Cici, sila insaf dan bertaubat atas dosa2 cici….cici dh byk leka…sebelum terlambat, sila mohon rahmat Allah…’ bg ci sedar, betapa hina, kecilnya cici kalo skrg dihadapkan di hadapan-Nya. Betapa byknya ci nk ubah, betapa byknya ci nk bertaubat… ci pnh bc dlm solusi: Dunia dicipta utk manusia, manusia dicipta utk akhirat…..

It gives me chill just to think about that….. Subhanallah…Wallahualam…..

No comments: