Saturday, November 8, 2014
Indoor Playground- Apa yang ibu abah selaluuu buat?
Wednesday, October 29, 2014
Muslim Parent's Guide to the Early Years
A trip to Pusat Sains Negara.
Kids' Discovery Place ni mcm tempat utk anak-anak bawah 5 thn, utk explore bahan experimen kecik-kecik, kkdg boleh mewarna, boleh main stamp, boleh main titi gantung, ada slide show. Tgk rezeki waktu datang, apa yg drg sediakan. Waktu kitaorg pg, ada mian stamp and jigsaw puzzle.
Tuesday, October 21, 2014
DIY Mask- Utk Lembutkan Wajah, Kecutkan Jerawat.
Thursday, October 16, 2014
Screaming Free Parenting, boleh kah kita?
Wednesday, October 15, 2014
Dedicated to my dear daughter, Nur Athirah Raisya...
12 October 2014 aritu birthday anak dara ci yang ke 4 tahun. Dah besar la kakak! Baru je rasa dia duk potpet2 bahasa alien dia sambil menyusu, sekali dah 4 tahun dah. huhu.
Subhanallah.
Betapa ci bersyukur kepada Allah kerana anugerah Allah ni besar sungguh rahmat-Nya. Kakak seorang anak yg sangat baik, tak pernah melawan, tak pernah tinggi suara kat ibu abah, kalau dia sedih pun dia nangis sorang2 je minta org pujuk dia. Kakak jarang merebut mainan dgn adik, dia sangat bertolak-ansur, even kalau adik (atau Along!) menangis, dia akan pergi peluk, pujuk, tolong tenangkan. Kalau dia nampak ibu atau abah mcm serius skit, dia akan tanya 'nape ibu?' :)
Bila bawak kakak menziarah rumah org, kenduri kakak jarang meragam, kalau ada benda yg tak kena, boleh nampak muka dia cuba sorok. Kalau pergi kedai, shopping complex, kakak sgt jarang minta mainan. Dia kata nak, bila ibu kata tak payah, dia akan turut sahaja. Takde drama involved! hihihi. Ni bukan compare dgn budak lain, ni compare dgn long dia sendiri. huhuhu.
Takde lain yg ibu mintak, melainkan kebahagiaan kakak dunia dan akhirat :)
Tuesday, October 14, 2014
Abah sayang....tapiiii...abah penat.....
In Dads and Daughters, advocate Joe Kelly explains that a father's relationship with his daughter is important because he's the first man she'll get to know in life. In other words, he's the standard for what she'll expect of a man and lifelong partner. Kelly, who is the executive director of Dads and Daughters, a national nonprofit organization based in Duluth, MN, encourages fathers to listen to their girls and -- just as they would with their boys -- be physically active with them. "A father who plays with his daughter -- shooting hoops, kicking a ball around, taking walks together -- is making a payment on an insurance policy that she'll grow up to be confident and strong," he says.
Friday, September 12, 2014
Ciri-ciri kecenderungan anak anda. :)
"Malam-malam mcm ni, tenang sikit nak buka buku teks ibu. Study buku Creative Parenting Today.
Nak didik anak dengan mudah, kita kena tahu anak kita jenis mcm mana. Audio ke, visual atau kinestetik.
Ci kongsikan sikit ye.
Ciri-ciri anak cenderung audio.
- lebih suka mendengar dari membaca- suka cakap sendirian ketika bermain- menggerakkan bibir atau mengucapkan bacaan ketika membaca- suka membaca dengan suara yg kuat- lebih suka muzik drpd seni lukis- mudah terganggu dgn suara kuat dan bising. etc.
Ciri-ciri anak visual
- lebih mudah mengingati apa yg dilihat berbanding apa yg didengar - suka menulis sesuatu sambil bercakap - lebih suka melukis drpd mendengar muziketc.
Ciri-ciri anak kinestetik
- gemar permainan yang menggunakan tenaga fizikal- tidak boleh duduk diam dlm jangka masa yg lama- byk menggunakan bahasa badan ketika bercakap- suka menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca.
Bila dah tahu, mudah bagi ibu abah nak pilih method utk mendidik anak. Nak belajar sambil menyanyi ke, nak belajar dengan melukis ke, atau buat aktiviti fizikal sambil belajar.
Semoga bermanfaat.
How to read a lot of books simultaneously
Semalam one of my friend asked 'how to read a lot of books silmutaneously' or 'how to find time to read'...Rasanya, ramai yg ada dilema ni kan. Banyakkk buku, tatau bila nak baca. hihi.
Read this:
http://www.wikihow.com/Read-Several-Books-at-Once
My fav point, yang memang ci buat, ialah "scatter books around".
Macam skrg ci ada 5 ongoing books yg ci tengah baca.
Ci ada satu tepi almari dapur (sambil buat sup baca buku.Lol), ci ada satu atas meja kerja (buku business/ motivational) dan 3 buku tepi sofa (spot fav ci menyusu safiyya, mostly buku parenting).
Waktu ci kerja dulu, ci make sure ci ada satu dua buku dalam handbag. Spot fav nak baca buku bila tunggu hubby ci pickup.
Betul, kita kena pandai cari masa. Semuaorg ada 24jam yang sama. Takde sesiapa yg ada lebih atau kurang.
Have fun reading everyone! Jangan malu org gelar ulat buku, daripada kena gelar ulat bulu. haha. okey bye.
20 things about Cici
Aritu Cici kena tag dengan adik Munirah psl 20 things about myself. Punya la lama tangguh. huhu. Okey, here goes. :)
2. Nama Cici drpd sinetron Indonesia. Waktu mak ci nk bersalinkan ci, kat ruang menunggu tayang cerita Indonesia, heroin dia nama Cici. Kakak sulung ci jatuh cinta dgn nama tu. So bila ci dh lahir, hari2 kakak pggl Cici, sampai melekat. Pegi sekolah, pg belajar, pg mana2 org pggl Cici Kkdg lupa nama betul dalam ic. Hihi.
3. Berangan nak jadi penulis. Pernah tulis cerpen, novel pehtu pass kat kawan2 suruh baca. Sekali ayah n kakak ci jumpa, satu dekad kena bahan. Haha.
4. Cita-cita dulu nak jadi pramugari. Tp bila tgk iklan pramugari semua putih melepak, ci lupakan cita-cita tu.
5. Sukaaaa budak-budak. Probably sebab ci anak bongsu. Dr kecik mmg ci selalu offer diri babysit anak2 jiran.
6. Favorite color dusty pink.
7. Kuat merajuk. Hubby ci kata 3 hari sekali. Haha.
8. Suka budak2. Eh, dah bgtau ye? Hihi.
9. My biggest enemy is procrastination.
10. Waktu ci umur 16, ci pnh sebut kat kawan yg ci nak jadi surirumah, nak jaga anak2 sendiri. Alhamdulillah. Allah makbulkan yg satu ni.
11. Dalam semua jenis transport, ci paling enjoy naik kereta api. Olskool punya train, tingkap boleh bukak, ada kipas atas kepala. Ada lg tak train mcm ni?
12. Suka duduk rumah. Kalau pg mana2, kelam kabut rasa nak balik rumah.
13. Ci tak pernah pg tadika. Homeschool dgn kakak Ci.
14. I guess i am a people person.
15. Sukaaaaaa teh tarik. I can make the most yummiest, most kaw teh tarik. Haha. Sehari wajib minum secawan. Kalau tak, takleh berfungsi. Hihi.
16. Sukaaaa kucing.
17. I hate confrontation.
18. The only reason i love bisnes is i can share/introduce my favorite things/books with other people.
19. Crazyyyy about paisley pattern.
20. Paling rasa comel waktu pregnant. Tak mandi pun rasa comel. Haha.
Aduiii...have you wrote yours? hihihi. have fun discovering yourself. lama tak belek diri sendiri, asyik fikir pasal org lain aje. :)
Wednesday, June 25, 2014
Anak-anak dan TV
Perkara ini menjadi bualan dan perbincangan ibu bapa hari ini. ada yang memilih utk tidak langsung membenarkan anak-anak menonton tv, ada yg bersikap terbuka.
Kami percaya yang semua perkara perlu lah dalam keadaan bersederhana. Agak sukar utk totally restricted anak dalam zaman teknologi skrg ini. jadi beberapa peraturan perlu dipersetujui bersama. Iya, walaupun anak anda masih bayi. :)
- Jumlah jam/masa utk TV. Hadkan jumlah masa, wujudkan jadual utk buka dan tutup tv. Cthnya, wajib tutup tv setiap kali azan, atau lebih baik setengah jam sebelum azan. Sejam/ dua jam utk menonton tv adalah memadai.
- Program television yg ditonton haruslah sesuai dgn tahap umur mereka. Program tersebut perlu mempunyai ciri-ciri pendidikan.
- Tonton tv bersama anak-anak dan libatkan diri bersama. Supaya aktiviti tonton tv itu menjadi aktiviti belajar secara tidak langsung. Buka tv dan tinggal anak sendirian agak merbahaya terutamanya tv skrg penuh dgn iklan dan selingan cerita yg tidak sesuai utk tontonan kanak-kanak.
Semoga Bermanfaat.
Petikan dr buku Now You Are a Mother; olahan drpd Cici, founder of Ciciyaya Shop.
Argan Discovery Set testimony by Cici
Assalammualaikum semua. :)
Sebelum ci mula cerita, nak bgtau yang review ni tak dibayar oleh Secretleaf ye. Memang ikhlas dr hati yang suci murni gitu. hihi.
Okey, here goes.
Ci rasa ramai org tahu yang ci bergelut dengan masalah kulit jadi-tah-hape-hape lepas ci terkena demam campak tahun lepas. Aah, kulit ci jadi kering melampau kat satu dua area, yg lain jd oily. Kering tu sampai bersisik. Ni kes pakai krim doctor bagi, dia kata boleh hilang parut, sekali pakai, dengan kulit-kulit ci hilang sekali. haih.
Sejak dr itu, segala mak nenek la yg ci cuba pakai. Yang dr internet, yang on the counter, semua ci rasa nak beli. Ci consume Herbasuci vco softgel, utk kulit. Alhamdulillah, mmg kulit jd better, tapi ci betul-betul nak satu set of beauty regime yang ci boleh stick to.
Kebetulan satu pagi tu ci buka Assalammualaikum di Tv Al-Hijrah. Memang tgh promo produk Secretleaf Discovery Set ni. Drpd RM138, jadi RM100 sahaja. Tiba-tiba rasa tergoda, sebab ci dh try bykkk oil yg claim boleh cure kulit kering, tapi end up muka ci jd unbalance. Yang kering tak cure pun, tambah oily lak kat tempat lain. Haih lagi.
Argan Oil- Liquid Gold of Morocco so they claimed. :)
Lepas ci pm page dia, terus ajak hubby pg pickup kat HQ, kat Prima Sri Gombak aje.
Set ni ada 4 benda:
- Argan Hydrating Cleanser
- Pure Oil Series 01
- Argan Age-Reversal Day Cream
- Argan Rescue Night Cream
- Argan Hydrating Cleanser
- Pure Oil Series 01
- Day Cream
- Night Cream
Friday, June 20, 2014
Jom Solat dgn Anak-anak
Kita boleh galakkan anak-anak utk bersolat dengan:
- Solat bersama mereka, atau depan mereka. Biar permandangan ini jadi kebiasaan bg mereka dr kecil.
-Terangkan dgn bahasa mudah kenapa kita perlu solat.
-Hadiahkan mereka sejadah/telekung, biar mereka pilih sejadah kegemaran mereka.
-Ajar cara solat dgn betul, terangkan dgn menunjukkan qiblat ke arah Ka'bah.
Beri mereka kompas, minta mereka cari qiblat.
-Solat berjemaah, dgn keluarga atau rakan sebaya mereka.
-Beri galakan dan pujian, walaupun solat mereka belum sempurna.
Ciciyaya Shop
Tuesday, June 3, 2014
A day as WAHM
Waktu mula2 ci start jd working at home mum, life's great!
Bayangkan la 8 tahun buat rutin yg sama, 5 years drpdnya ci lalui dgn pagi yg hectic nak uruskan anak2.
Sekali, tiba2 rutin dah tukar. Rasa mcm a longggg vacation. Hooreyyy! ^_^
Masuk bln kedua, rutin tunggang-langgang lagi. Still tak decide bila nak masak, pukul berapa nak homeschool anak, nak buat kerja, nak layan customers. Pendek kata, buat mana sempat, go with the flow.
Third month, dah mula rasa exhausted. Kerja tak siap, penat je lebey. Buat kerja sana skit, tak habis, sambung kerja baru. Cth nak kemas bilik, sekali msg cust masuk, duduk lama belek msg2 yg masuk. Pastu by the time habis, anak2 dah minta nak turun main. Haaa...
Banyak benda tercicir sbb tak mampu nak kendong semua. Ci jd a bit distracted sebab kononnya penat. Huhu.
Transition drpd full time working mother, jadi working at home mum mmg menjerihkan.
So, time goes by, baru la ci hafal rutin, ci set the rules. Bila nak buat apa, mana satu nak buat dulu.
Sebab, kita lah penentu kpi kita sendiri. Takde sape nak call dan kata 'saya nak awak sidai baju sebelum lunch, make sure siap', or 'saya nak awak hantar baju berlipat ke bilik saya asap'.
Takde sape.
Melainkan kita yg tolak diri kita sendiri.
Ada kalanya, ada harinya, ci stucked depan tv. Kononnya nak balas dendam sebab selama ni xdapat tgk tv, skrg nak ngadap puas2. Natijah, semua kerja tangguh, anak2 main tanpa input drpd cici. Too bad.
Allahuakbar. Nasib baik tak melarat.
So yes, cici buat jadual. Jadual cincai2 bgtau pukul bpe masak, mandikan anak, solat, makan bila, homeschool bila, dan bila nak uruskan bisnes...
Even simple thing, yg kita rasa kita boleh main congak dlm kepala pun akan jd payah kalau kita tak push utk buat.
Daily timetable tu, mostly hari biasa, yg tak ada apa2 yg berlaku, mcm tetiba hubby ajak keluar, atau ci keluar amik stock atau family ci datang, atau apa2. Iya, beri ruang juga utk benda2 ad-hoc terjadi, tapi nanti cover balik, esp. kalau kita ikut apa2 silibus homeschool anak2.
Well, that's about it. Thanx sebab sudi baca - wink*. Bagi kawan2 yg akan, baru memulakan hidup sebagai surirumah atau ibu yg bekerja dr rumah, good luck! Insyaallah, kita dah di dalam track yg betul, cuma perlu tolak sedikit utk jadi lebih dari 'biasa'.
With love,
Cici.
Thursday, May 29, 2014
Sakit Jiwa...
Susah utk kita sorok perasaan bila baca psl anak 6 tahun kena pukul, simbah air panas smpai meninggal oleh ibu sendiri kan.
Berkecai rasa hati.
Ci cuba takmau fikir dalam2 sgt, apa yg ibu dia fikir bila buat anak sendiri mcm tu.
I really think that she's not in her best shape. Mana ada ibu yg sihat dan waras tergamak buat mcm tu.
Anak ci pun pernah buat salah.
Setiap kali, ci doa yg ci takan kalah dgn rasa amarah.
Yup, because it will turn you into an ugly person.
Friday, May 9, 2014
Dugaan atau Hukuman?
Kita hamba Allah.
Kita diuji.
Constantly.
Anak2 tak sihat.
Suami tak sihat.
Diri sendiri tak sihat.
Kereta rosak.
Kerja asyik ponteng, bos nyampah.
Business tak jalan, tak menjadi.
Iman turun naik.
Duit tak cukup.
Tengah jalan kena ragut.
Allah.
Bila kita ditimpa perkara yg tak best, selalu kita termangu, ini ujian Allah ke, ini balasan atas dosa? Atas dosa yg mana satu la agaknya.
Ci dgr channel Sis Yasmin Mogahed kat YouTube aritu. Cerita pasal hardship. Is it just a hardship or a punishment.
Meleleh air mata. Sebab kkdg tak sengaja, hati jahat ni terdetik, kenapa la asyik aku Ya Allah. :'(
So, is it just a hardship or punishment?
Wallahualam.
Kita pun tak pasti yg mana satu yg mana.
Which is which.
Tapi, kita boleh agak, dgn cara kita response kepada ujian Allah itu.
Kalau kita sabar, kita redha, Insyaallah, itu hanyalah ujian dr Allah. Ujian yg nak mendekatkan kita dgn Allah. Tanda Allah sayang.
Kalau kita jd moody, cranky, grumpy. Jadi tak boleh nak terima kenyataan. Jadi berang. Kemungkinan itu hukuman drpd Allah. Indeed, juga tanda Allah sayang. Tanda Allah mahu sucikan dosa, jika kita bertaubat. Tanda Allah rindu nak dgr suara kita merintih berdoa.
Kawan ci pernah kata, Allah jentik sikit, supaya kita ingat kat Dia. True!
Iya.
Cakap pasal ingat pd Allah.
Kadangkala.
Doa lepas solat kita pun mcm pita rakaman.
Dah fix.
Cth : Ya Allah, ampunkan lah dosaku. Amin.
Day in, day out. 5 kali sehari.
Itu dh bkn doa, itu skrip. Yg rutin.
Seharusnya kita spesifik.
Cth: Ya Allah, lembut kan lah hatiku utk melayani anak2 ku. Sekiranya anak2 terjatuhkan barang, terbuat salah, beratkan lah tgn ku. Jauhkan diriku drpd sifat pemarah. Engkau Maha Mengampuni.
Cth: Ya Allah. Murahkan lah rezeki ku hari ini. Aku dah byk melabur utk berniaga. Target masih suku utk dipenuhi Ya Allah. Engkau Maha Mengasihani, Engkau Maha Kaya.
Cth: Ya Allah. Kau lembut kan hati bakal mertua ku Ya Allah. Supaya dia jatuh kasih kepadaku. Demi Allah, aku ingin menjadi sebahagian keluarganya.
Lebih ikhlas. Lebih sentap di jiwa. Lebih cepat sampai.
Insyaallah.
So, next time, the moment something bad knock your door, cakap 'Alhamdulillah, Allah pilih aku utk dugaan besar ini. Sebesar mana pun dugaan, Allah Maha Besar. Aku redha.'
Amin...
:-)
Thursday, May 8, 2014
Salon ooo Salon
Petang tadi bawa anak-anak potong rambut. Seronok tengok salon kat area sri gombak, sederet kedai mesti ada satu dua.
Ci pergi satu salon, tak sure owner melayu or non, tp pekerja semua perempuan melayu.
Hairan jugak sbb yg berbaris tunggu giliran lelaki melayu.
Oh lelaki skrg mmg dh tak main kedai mamak ye, drg pg salon gitu.
Ci senyum kat adik kaunter. Nampak mcm stylo ckit. Kerja salon harus la style up to date kan.
Dia tgk ci atas bawah, 'Ye?'
'Nak gunting rambut... ' ci jawab.
'Sape?' dia tgk ci pegang tgn Tiya.
'Dia...'
Pause jap, pastu acuh tak acuh, 'kena tunggu lah....'
Ci tak kisah pun sebenarnya.
Seriously, ci bukan jenis cepat melatah kalau org buat 'sekupang lima duit' kata org kedah. Huhu.
Sekali dgr adik2 salon tu mengilai ketawa dgn pelanggan2 lelaki.
Bergurau senda.
Even benda remeh. Merenyeh.
Ci boiled. A bit. Geli telinga.
Terus ci tak tunggu. Tarik tgn Tiya, pergi salon lain.
Salon kedua. Non-malay.
Bila ci bukak pintu, srg staff tanya, 'mau potong rambut?'
'Aah, iye. Dia. ' ci maksudkan tiya.
Dia senyum and sambung potong rambut customer lain.
Kebetulan ada satu family ni dtg sebelum ci, mmg satu family nak buat rambut. Ada yg nak potong, shampoo la bagai.
Without any direction, ci n tiya duduk kerusi depan cermin.
Staff ramai, tp semua busy.
Lalu-lalang depan kami tanpa senyum, tanpa bgtau berapa lama lg nak tunggu. Or berapa ramai lg baru turn kami.
Kami jd invisible selama beberapa minit kat situ.
Ci bangun.
Tarik tgn tiya, pergi ke pintu. Keluar terus.
Last2, along bawak ke kedai barbershop mamak yg paling hype kat sri gombak.
Kakak bawak ke Kwik AU2, yg masuk kedai terus takde mukadimah, zapp zapp zuss potong cantik terus. Nama pun kwik (quick) kan. Hihihi.
Cerita ni dari kaca mata pelanggan.
Betapa dua kedai ni hilang satu dua keynote penting dlm berniaga.
Keramahan kpd semua pelanggan.
Timbang-rasa.
Tak rugi buat baik. Lagi baik lagi bagus.
Tambahan pula business salon yg sgt memerlukan return customer.
Haih.
^_^